Saturday, February 1, 2014

Ho Chi Minh City III

201114

200114
second day.

pagi tu kami berkumpul di lobi hotel menanti bas yang akan membawa kami ke tempat yang menarik ^_____^. Ketika sedang menanti bas, dihadapan hotel datang seorang auntie dan mybe anak perempuannya menjual souvenir pada kami. Bila di Vietnam, aku rasa kalau nak membeli t-shirt dan souvenir dengan harga yang murah, better beli pada orang yang berniaga menggunakan motorsikal. Dan sebenarnya orang yang naik motorsikal ni macam 'ikut' kami je ke sana ke mari =.=''

Hari kedua ni, kami telah ke Independence Palace. Bangunan yang dibina pada 1962. Ianya merupakan bekas istana presiden. Mempunyai 100 bilik termasuk dekat bawah tanah. Sambil jalan-jalan kat situ, aku rakam macam buat rancangan 'seekers' plak. hahaha.. lawak jer.. sebab boring jugak jalan2 kat dalam tu. =.='' (bukan nak hayati sejarah aku nih O_o) bila tour guide citer benda lain, aku translate jadi benda lain..xpatot betul!. Tapi seingat aku dan kalau tak silap, tour guide tu ada kata yang ada certain bilik cth cm bilik meeting tu masih digunakan sehingga ke hari ini bila ada meeting menteri2 gituh. *betulkan kalau silap*

Antara yang terdapat dalam bangunan tu ialah bilik meeting, bilik rehat presiden, tempat makan dll. Penat nak berjalan =.=''

Ouh ya, before masuk dalam Independence Palace ni. Kami sempat ke kawasan padang di sebelah kiri pintu masuk. Dekat kawasan padang tu ada pelajar sekolah tinggi buat festival. Sempatlah interview salah seorang student kat situ. Masa tu, mereka sedang buat senamrobik.

Lepas dah habis explore Independence Palace, kami ke Chu Chi Tunnel!
*tempat yang paling nak pergi*
Tempat sejarah peperangan Vietnam.
Kawasan dia macam kita jelajah hutan. (hutan yang dibangunkan. eh =.='')
Kami tengok macam mana 'kreatif' nya rakyat vietnam buat perangkap untuk memusnahkan musuh. Dan agak 'kejam' perangkap-perangkap yang ada tu. Bila dah berjalan, ada banyak lubang-lubang bawah tanah yang kita akan jumpa. Dan ada satu tempat tu, lubang besar. Dalam lubang tu ada patung yang 'hidup' dan melakonkan kembali macam mana diorang 'bekerja' untuk hasilkan alat-alat 'perang'.. macam tu lah.. *menakotkan*..

Tengah-tengah 'hutan' tu pun, ada satu 'kedai'. Dalam 'kedai' tu ada orang menjahit selipar yang diperbuat daripada tayar getah. At first aku ingatkan orang tu patung. hahaha.. sebab banyak sangat patung bergerak yang aku jumpa. Then bila aku tengok betul2.. larr.. orang rupanya... *menakotkan*

Lepas tu kami sampai di kawasan padang sasar. Jumpa lah ramai pelancong asing... macam kami...termasuk orang turki. Orang Turki tu sambil jalan sambil pegang tin arak. eh.. =.='' dan salah seorang dari diorang tegur aku... tapi aku tak berani sangat nak 'friendly' dengan orang tak kenal kat sini..  habis pun.. senyum jelah.. saya kan Malaysian ^___^...

Bila dah penat berjalan di tengah hutan tu, kami disambut oleh seorang perempuan... ahhhhhaaaaa... buniah O_o.... (pengaruh citer melayu =.='')... eh... bukan bunian tau..  kami singgah makan di kedai tengah2 hutan.... kami dijamu oleh makanan bunian. eh.. tak..tak... kami dijamu dengan ubi kayu dan air teh.. macam teh china. Ubi kayu tu dijamah sekali dengan kacang yang masin2 manis :) ...


Then... sekali lagi.. memang penat berjalan.. bila tengok jam.. sudah jam5 petang... maknanya 6 petang Malaysia.. patutlah macam dah gelap... Akhirnya kami sampai kat pintu keluar dan aku cepat nak naik bas...huhu.. penat kowt...

Sebelum sampai hotel.. kami makan malam dulu... perut lapar sangat :)
dan malam tu... aktiviti bebas buat semua... dan aku sempat layan drama 'Brain' lepas jalan2 kat pasar malam... sebab dapat wifi dalam bilik..,, ^______^


to be cont...


nur insan
presint 9
01 februari 2014 (10.05am)