Saturday, December 21, 2013

CIKGU RAIHANA ^__^

cikgu raihana :)




"kak...hari ni Rai beli buku untuk dia...hehehe..."

hari tu...
aku menerima panggilan dari rai...
sekali lagi...
dia bercerita tentang anak muridnya...
yang nakal...

anak muridnya...
ada yang tidur dalam kelas...
kata dia tak cukup tinggi...
ada yang tak hantar homework...

tapi Rai...
masih berusaha untuk anak muridnya...^___^
sampai air mata menitis mengenangkan anak muridnya...
hebatnya adik aku!

semua peristiwa tu...
terakam dalam memori alam praktikal yang sudah beberapa bulan berlalu...
hari ini...
kami semua telah menerima natijah a.k.a keputusan praktikal masing-masing....

ada nada gembira dan bersyukur...
ada nada sedih dan terharu...
terpulang  pada diri masing-masing untuk menilai...

aku...
aku dapat 4.00...
seharusnya aku gembira bukan?
alhamdulillah!
Allah bagi juga aku 4.00!

tapi....
entah..
sakit untuk aku terima 4.00 dalam gengaman!
dilema seorang kaunselor praktikal mungkin!
ada beberapa kes yang tak sempat aku nak selesaikan kerana faktor masa yang sangat mencemburi keberadaan aku disitu...
tapi insya'Allah... kes itu diambil alih oleh kaunselor tetap mereka...
cuma bagi pihak aku..
kepuasan itu tak ada!
dan aku sebenarnya dah pasrah dan tak harap apa pun lepas tamat praktikal..

kerana itu aku katakan...
bukan PNGS yang jadi ukuran...
tapi apa yang mereka dapat...?
as a teacher...
benarlah kata cikgu Noridah dulu...

'kepuasan seorang guru bila melihat anak muridnya berjaya..'

ternyata...
bukan mudah menjadi guru!
apa yang penting, Allah tak nilai keputusan...
tapi yang Allah nilai adalah usaha!

buat adik akak..
don't be sad dear...
it juz a grade from human... dan nilai itu mungkin tak sama di sisi Allah...
akak percaya dan masih ingat lagi setiap apa yang pernah rai cerita pada akak....
tentang usaha yang rai dah lakukan untuk anak murid rai tu...
dan akak... mungkin akak sendiri tak mampu nak buat macam tu...
akak yakin, Allah akan nilai usaha rai tu...
dan akak PASti! rai puas menjadi GURU buat anak murid rai kan?
^____^

urm...
sedih...
o_0

whatever it is...
move on..
and aku mula bercita-cita nak jadi pengarah filem..
eh??... motif sangat..
*sekadar rekaan..tanpa sebarang maksud dan takde kena mengena dengan entry*



nur insan
teratak bonda
211213 (08.47am)