Wednesday, March 13, 2013

KISAH CIKGU...

menjadi murobbi



Pelajar AT04, batch Realiti
Rabu.
03.30pm
Kelas Etika bersama Puan Hajjah Nazariah (Pengasas Congkak Tax Malaysia)

Puan Hajjah menceritakan sebuah kisah...
kisah ini berlaku semasa beliau di US...
Cikgu masuk kelas dan panggil nama seorang demi seorang studentnya...
Tiba di satu nama, rakan-rakannya memberitahu bahawa pemilik nama itu tidak hadir...
urm... masuk hari ni, dah 3 hari tak hadir...
Esoknya...
Pelajar itu hadir...
Guru bertanya... kenapa 3 hari lepas awak tak hadir?...
murid: "mak saya pukul ayah saya...."
Guru itu mengerutkan dahi dan mengangguk...
pengajaran diteruskan seperti biasa...

Jika anda ditempat guru tersebut...
apa persepsi anda?...

'masalah pergolakan family'
'dia anak yang diabaikan'
'mak dia wrestler kot...huhu'
bla... bla... bla...

kisah disambung semula


Esoknya, pelajar tersebut sekali lagi tidak hadir.
Guru tersebut berfikir dan berkira2 kenapa dia tidak hadir hari ini...
Keesokan harinya, guru tersebut pergi ke rumah pelajar tersebut...
tapi kawasan rumah tersebut tak boleh masuk...
Ada penghalang merah dan tanda dilarang masuk ke kawasan rumah tersebut...
Guru tersebut mendapat maklumat rupa2nya, pelajar tersebut telah meninggal pagi tadi...
Ibu pelajar tersebut menyatakan bahawa ayah pelajar tersebut telah membunuh pelajar tersebut kerana mabuk... dan sebenarnya ibu pelajar tersebut memukul ayahnya, kerana ayah pelajar tersebut sebelum ini pernah cuba membunuh pelajar tersebut beberapa kali....
Sejak mengetahui peristiwa itu...
Guru tersebut tidak lagi menjadi guru...
kerana trauma dengan apa yang berlaku...
rasa bersalah yang teramat sangat kerana tidak cuba membantu...
dan tak dapat menerima hakikat kematian pelajar tersebut....



Jadi... pelajar semua... persepsi...
jangan percaya pada persepsi hingga kita tahu perkara sebenar....
kadang2 persepsi sering tersalah dalam menilai...
dan kadang2 juga, pelajar cerita sekadar surface...
kerana itu soalan2 diperlukan agar pelajar dapat menceritakan perkara sebenar...
jangan cepat menghukum pelajar...
they juz a child's....maybe one day, mereka lebih berjaya dari kita...


#besarnyaamanahmendidikmanusiamenjadimanusia#
nur insan
persint 5
13 mac 2013 (06.25pm)

No comments: