Sunday, March 24, 2013

IZINKAN DIRI DAN HATIMU...

in memory: 19 mac 2013

“Jalan (perjuangan) ini tidak dihamparkan dengan permaidani merah, 
tetapi ianya dibentangkan dengan onak dan duri.
 Ingatlah, kita adalah salah satu mata rantai daripada rantaian dakwah yang panjang.
 Bukanlah kita yang memulakan, juga bukan kita yang menamatkan perjuangan ini. 
Kalau kita hidup hanya untuk diri kita, maka hidup kita pendek dan singkat. 
Tapi kalau kita hidup kerana perjuangan, hidup kita penuh makna dan panjang.“

Sebuah kisah :
Pada suatu hari,  Abi Abdullah Khabbab bin al Arat Ra telah datang bertemu dan mengadu kepada Rasulullah saw. 
Rasulullah saw pada waktu itu sedang berbaring di bawah naungan Kaabah berbantalkan serban . Maka beliau bertanya kepada Nabi saw :   
“Wahai Rasulullah, apakah tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita ? Adakah tuan tidak berdoa bagi pihak kita? 
Lalu berkata Rasulullah saw : 
“Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu , ditangkap seorang lelaki lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya , kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya , namun demikian perkara itu tidak memalingkan mereka dari agamanya. Demi Allah, nescaya Allah menyempurnakan urusan agama ini(Islam) sehingga musafir dari sana’a ke Hadrat Maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah, akan tetapi kamu adalah golongan yang gopoh.”  
[riwayat Imam Bukhari]

Yang bertanya ialah khabbab al Arat ...
Khabab adalah salah seorang insan yang berjuang hingga disalai oleh musyrikin di atas bara api dan dikelar jasadnya dengan besi panas sehingga masak dan luluh daging jasadnya.

Yang bertanya ini adalah insan yang berjuang, malah menghadapi penyeksaan yang dahsyat dari musuh. Yang bertanya ialah sahabat yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk mempertahankan prinsip agama. Yang bertanya ialah sahabat yang telah mewaqafkan dirinya untuk Islam dan perjuangan. 

Tiba-tiba Nabi saw membalas bahawa orang yang terdahulu lebih teruk ujian dan penyeksaannya. Maka kamu datang meminta-minta agar di doakan kemenangan, walaulaupun kamu dizalimi dan diseksa oleh musuh, kamu adalah golongan yang gopoh dan tidak sabar menanti kemenangan yang dijanjikan Allah swt.

Allahu rabbi...
Jika dibandingkan perjuangan dahulu dan kini...
Jauh..teramat jauh bezanya..
Derita dahulu dengan derita kini... 
Terlalu jauh perbandingannya...

Dik...
dalam kesusahan ada kemanisan...
manis itu yang akan dirindui...
susah itu adalah tarbiyah...
tarbiyah bukanlah segalanya, tapi segalanya bermula dengan tarbiyah...
ketahuilah dalam susah dan tarbiyah itu tersimpan banyak kemanisan...
tersembunyi sebuah kerinduan yang pasti akan disebut oleh mu selalu...

Izinkan diri dan hatimu untuk ikhlas merasai tarbiyah ini...
Izinkan diri dan hatimu untuk turut serta dalam gerabak ini...
kerana sesungguhnya islam tidak memerlukan kita, tapi kita yang memerlukan islam... 
~moga Allah permudahkan urusan ini dan tetapkan hati2 kita~

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."


saranghae lillah...
buatmu ukhti2 ku sayang...

nur insan
bumi tarbiyah syuhada islam
presint 5
24 mac 2013 (04:59am)

4 comments:

mawar berduri said...

perjuangan bersama itu lebih manis berbanding sendiri..sesungguhnya kita semua bersaudara..bukankah lebih manis setiap yang bersaudara itu berjalan bersama di atas landasan yang sama?WallahuA'lam..

Cik Sepet said...

maafkn sy kdg2 sy lemh dlm p'juang ini yg sy mmpu cuma b'jln shja dulu wt msa skrg tok truskn dkwah nie...yg pahit itu akn d'cari tok dptkn k'manisn yg m'dtg..:)

...Nur Insan..... said...

salam buat mawar berduri...
ya sangat manis apabila setiap yg b'saudara itu b'jln b'sma diatas landasan yg sama menuju redhaNya.. namun, tidak salah m'gunakan landasan yg b'beza andai masih lgi m'ikut syariat, b'lndasakn alquran n hadis..krn kaedah dakwah i2 pelbagai... Dr. Yusof Qaradhawi sndiri m'bolehkn kepelbagaiannya ini(dgn syarat)...

yg salah..andai kita langsung tidak mahu mimilih landasan2 redha ini... ^__^


*pilihlah landasan terbaik ^___^

...Nur Insan..... said...

to sufia:

berjalanlah nak...jgn b'henti sudah ^___^....