F F JANGAN DITANGISI PADA YANG PERGI... ~ ...PenCArI reDhA iLaHi... Sumber : http://sandydoank12.blogspot.com/2011/10/cara-buat-headlines-slide-show-pada.html#ixzz1ciRYCobR
...Tanganku akan hancur di dalam tanah,Yang kekal hanya tulisanku di atas buku, Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, Doakan keselamatan aku dari azab ~Imam Shafie~ ....

NIKMAT UJIAN...TERSENYUM DALAM KEPAYAHAN

Buat adik akak yang sedang diuji.... Saat mendengar luahan adik semalam, hati akak juga tersentuh... Akak juga pernah menghadapi hari2 sukar saat menghadapi peperiksaan SPM lantaran terpaksa mewujudkan "rumah kedua" dalam diary hidup ini...

BUAT HAWA: HARGA SEKUNTUM CINTA

Adalah suatu perkara yang sangat meyedihkan apabila mendapati sahabat dan saudara sejantina serta seagama, mempertaruhkan maruah diri semata2 kerana tidak mahu 'jual mahal'. Malah bagi diriku sendiri hal ini merupakan perlakuan yang sangat kejam buat diri sendiri.

MENCARI CINTA: COGITO ALLAH SUM

Semakin berjibaku wacana-wacana filsafat, aku semakin meragukan Hakikat Keberadaan Allah Hingga sempurnalah aku yang dulunya rajin ibadah kini enggan shalat, puasa, ngaji, suka maksiat, jago dugem, dan sebagainya.

Monday, January 16, 2012

JANGAN DITANGISI PADA YANG PERGI...


'Jangan ditangisi pada yang akan pergi... tapi fikirlah pada yang bakal mengganti...'

'Kuatkan diri... jaga adik2...'

[pesanan keramat, penguat semangat, dari kakak2 ku yang hebat!]





Masa... terlalu pantas berlari...perjalanan yang ku rasakan baru ingin belajar merangkak, rupanya memerlukan aku terus berjalan dan adakala berlari.... ya Allah, alangkah lekanya aku pada putaran waktu yang sentiasa berjalan tanpa menunggu....


Dahulu, aku punya 'kakak' dibumi tarbiyah ini....
kini aku pula yang bakal menjadi 'kakak' itu...

Dahulu, aku hanyalah anak kapal dalam bahtera bulatan gembira ini....
kini aku lah nakhoda yang perlu mengemudi...

Dahulu, aku hanya mendengar mereka berkongsi kisah dan pengajaran....
kini kisah dan pengajaran itu harus aku yang sampaikan....

Dahulu, fikiran ku untuk ummat hanya segitu pendeknya....
kini fikiranku untuk ummat harus segituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu panjangnya....
Dahulu pesan mereka begini:

'adik2 adalah bakal pengganti kami yang akan duduk dan berdiri di tempat yang kami duduk dan berdiri ini'....

Kini masanya semakin hampir, tempat itu memerlukan kami yang mengisi....


Ya Allah...
Aku perlu hijrah... Aku perlu islah...
Kuatkan aku untuk itu, kerana aku hamba lemah...



'jika bukan kita, siapa lagi....
jika bukan sekarang, bila lagi...
jika bukan disini, dimana lagi....'







Ya Allah,
Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dahsyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya...

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda....

Moga aku adalah mukminah yang tahu harga dan nilainya sebuah perjuangan....




:: Ya Allah, kuatkan aku dengan ayat cinta-Mu ini, yakinkan aku dengan janji-Mu...
'dan berjihadlah di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilihmu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan (kesulitan)...'
al-hajj: 78::



~temukan aku dengan tahajjud-Mu, kerana disitu kekuatanku~
~tenangkan jiwaku dengan ayat-Mu, kerana pada-Nya pengubat rindu~
~tumpahkan titisan jernih mataku ke alas sujud itu, kerana ia penghapus dosaku~
~moga aku kembali kepada-Mu, bukan kerana pengaduan, tetapi kerana kecintaan~



::nota ringkas buat mereka::

~Barokallahulakuma wabaroka'alaikuma wajama'a bainakuma filkhoir ukhti Hidayani Ahmad utk pernikahannya 15 jan 2012 (semalam)~

[perantaraku dengan dunia baru]
[asif along... acik xdpt hadiri majlis bahagia along akibat terperangkap dalam KTM semalam.... doakn acik, moga pemilik tulang rusuk kiri ini adalah muslimin soleh, penyejuk hati dan penenang jiwa.... ]
http://www.emocutez.com

~Selamat pulang ke Labuan ukhti Herwana Herman~
[mengajarku erti sebuah kekuatan dan persahabatan]

~Selamat berjuang ukhti Fizah Halim~
[insan yang membantuku saat aku keseorangan dahulu]

~Teruskan berjuang buat semua sahabat se-iman... moga Allah merahmati kalian~





::bicara hati sebelum last paper jam 2.30 p.m ni::

p/s: bahagia buat along....

nur insan
KHAR
16 jan 2012 (9.00 am)

0 coretan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More