Friday, March 6, 2015

Sem 1 (part 1)


selalunya dalam perbualan, 
kita bukan cuba untuk memahami apa yang cuba disampaikan... 
tapi lebih fokus pada...

'apa aku patut jawab lepas ni...'... 
:)

hingga menyebabkan kita tak faham apa yang cuba disampaikan tetapi lebih memikirkan kepada persoalan 'apa patut jawab' hingga akhirnya tak mampu memberi respond dengan baik kerana tidak memahami apa yang cuba disampaikan...

dalam teori kaunseling...
kita bukan belajar cara untuk membaca 'orang'...
tapi 
kita cuba membantu untuk individu itu sendiri memahami dirinya...
kerana itu teori kaunseling penting... sebagai alat untuk memahami kenapa manusia bertingkahlaku sedemikian dan kenapa manusia bermasalah.

manusia normal, memang normal ada masalah...
dan masalah manusia itu boleh berlaku disebabkan oleh 3 keadaan iaitu sama ada melalui 
-kognitif : pemikiran seseorang cth: ibu lebih sayang pada adik kerana selalu lebihkan adik berbanding saya
-perasaan : sedih/marah dll
-tingkahlaku: merokok/ponteng/ susah untuk mengubah tabiat lama dll.

manusia tu kan unik ;)
setiap orang ada cara yang tersendiri..
kerana itu pengajarannya setiap orang perlu diberi layanan yang berbeza-beza mengikut keperluan dan keadaan semasa...


fullstop.
class pertama teori kaunseling.
^_^
Prof Malek masih lagi menggunakan lukisan yang sama untuk describe mcm mana klien datang jumpa kaunselor dan apa perbezaan antara nasihat/bimbingan, kaunseling dan psikoterapi... lukisan lidi yang lejen. teringat sem 1 dulu... sekarang dan sem 1 semula...
tapi persekitaran yang jauh berbeza... 

btw, welcome to Malaysia mbak evi and mbak mawardah ^_^.
kalau kami rasa sukar... mereka lagi sukar kerana nak biasakan dengan persekitaran yang ternyata jauh berbeza dengan indonesia walaupun serumpun!.

tapi seperti mana kata Ellis:
'manusia menghadapi masalah bukan akibat drpd satu perkara atau peristiwa,tp disebabkan oleh pandangan atau pemikiran mrka terhadap peristiwa tersebut.'


kita kuat!
dan
saya lagi kuat!
^_^


terobek kelas pertama teori sem 1 degree:
aku dan hajar berjalan dalam panas menuju ke perpustakaan lama...
err.. sebenarnya kami tak tahu library lama tu pintu masuknya dimana...
banyak kali pusing..
tiba2 nampak dr.malek (masa ni tak jadi prof lagi)..
dengan songkok dan buku berjalan laju... 
(sekarang ni pun masih dengan songkok yang sama :) 
kami follow belakang dr..
tiba2 dr. pusing belakang..

dr. malek: kamu nak ke mana ni?
aku: nak masuk kelas dr. tapi kami tak jumpa pintu.
dr.malek: ouh... takpe2... mari ikut saya..

its one of the pick memory.. pertemuan pertama dengan dr.malek...and bila dapat tahu dr, masuk icu.. sebelum masuk sem 2... risaunya aku waktu tu... sempatlah juga melawat dekat hospital dengan Kak eizan dan kak wani...

semalam..
bila tengok sekali lagi dr. boleh mengajar dengan baik...
Alhamdulillah...
Allah masih bagi kesempatan untuk aku kutip ilmu dari dr...
^_^
kata prof  semalam masa dalam kelas...
'isteri saya kata, saya bila masuk kelas mengajar macam ada saka...'
haha...
moga Allah beri kesihatan yang baik buat prof...



menghitung hari.
mengharap semua yang bakal berlaku, 
berlaku dengan baik.
May Allah ease.


nur insan
library.
06032015(03.46pm)





2 comments:

Rintihan HambaMu said...

Subhnallah...perkongsian yang menarik..teruskan bertinta.

naffateha said...

akak... bukan ke lebih kepada 'apa yang aku nak buat lepas ni?' hehe.

no heart feeling :)

terkenang hari itu. hari jadi bidadari :p

kbai