Thursday, November 27, 2014

Kandil di Kaki Gunung.



kandil di kaki gunung (KDKG).
tulisan Roza Roslan.

tulisan dalam buku ni tentang kehidupan penulis,
dari kecil sampailah sekarang....
buku ni setebal 735 muka surat.

Ada beberapa catatan yang berjaya menarik perhatian aku.
tentang Cannosian Convent, Sister Mary dan Misteri Biara. 
pengalaman yang hampir sama dengan yang pernah aku lalui.
^_^


Cannosian Convent. Sebuah sekolah 'elite' yang terletak dalam bangunan gereja. Dulu aku juga pernah sekolah dalam bangunan gereja tapi bukanlah sekolah 'elite' sebegitu. Hanya sekolah 'asing' yang selalu dianggap 'buruk' dimata masyarakat, tapi sekolah terbaik buat kami. Setiap bulan bangunan itu perlu dibayar mengikut kadar sewaan yang ditetapkan. Situasi yang hampir sama dengan Cannosian Convent, diskriminasi kelas. Disekolah aku dahulu, kelas pertama tidak ada pelajar melayu, kecuali ditingkatan tiga. Itupun kalau berjaya. Walaupun result kami lebih baik, kelas kedua sahaja yang paling tinggi yang boleh kami jejaki.

Aku pernah tanya pada penyelia petang, kenapa kelas pertama tidak boleh menempatkan pelajar melayu sedangkan result kami lagi baik. Kata penyelia, kekalkan prestasi kamu selama dua tahun, form 3 nanti kalau kamu memang layak, maka kamu akan masuk kelas tu. Mungkin itulah yang menjadi penyebab kenapa aku dan beberapa orang rakan yang lain berusaha untuk buktikan kami juga boleh masuk kelas tersebut. (rasa macam pernah tulis tentang ni dalam entry sebelum ni =.='')

Bila mana sekolah tersebut adalah sekolah dalam bangunan gereja, aku juga seperti penulis KDKG, punya rasa untuk tahu apa yang ada dalam bangunan gereja yang tidaklah sebesar mana. Hanya sebuah bangunan yang terpencil di sebelah kanan pintu masuk. Di hadapan  gereja tersebut ada gelanggang bola keranjang, tapi gelanggang tersebut didominasi oleh pelajar cina. Kami hanya golongan minoriti (rasis betul... haha.. tak adalah rasis.. tapi student chinese yang kelas pertama je yang 'boleh masuk' dengan kitorang waktu tu.. yang lain... erm... )

Satu hari masa tengah rehat, aku pandang bangunan gereja tu. Dalam hati memang terdetik nak tahu sangat-sangat apa yang ada dalam tu. Tiba-tiba, aku nampak dari salah satu pintu yang ada dekat bangunan tu terbuka. keluar seorang paderi. Badan dia besar. Dia jalan laju dan nampak tergesa-gesa. Aku telan liur. Tiba-tiba takot pulak dah. Aishh... hahaha... tadi nak sangat tahu, dan tak pernah-pernah ada paderi dekat situ, tiba-tiba boleh keluar pulak paderi entah dari mana...

Bila cerita pula tentang Sister Mary, guru bahasa inggeris penulis KDKG. Itu pula mengingatkan aku pada seorang guru bahasa inggeris yang baru sahaja bertugas disekolah aku dahulu. Ada sesuatu yang lain tentang guru tersebut, dia satu-satunya guru yang mengajar disekolah aku dengan menggunakan pembesar suara ala-ala penjual dipasar malam. =.=''.

Cikgu ini punya banyak soalan yang kadang-kadang membuatkan aku lemas nak menjawab ketika itu. Dalam kelas tersebut, hanya ada aku dan Intan pelajar perempuan melayu. Suatu hari dia bertanya,
'Why you choose to wear this one?.'
Dia menunjuk ke arah handsock yang aku dan Intan pakai. Kami saling berpandangan. Ketika itu jawapan yang boleh kami jawab.
'We wan't to cover our aurah teacher'... errrr...
*tak tahu lah dia boleh terima ke tak*


 'Don't you feel hot with this kind of scarf?.'
Dia tunjuk pula tudung kami yang bidangnya 55. errr...
'No teacher. We enjoy wearing this. It's can show who we really are.' err...
*tak tahulah grammar aku betul ke =.=''*
Cikgu tersebut nampak masih tak puas hati dan ada benda nak tanya.

'Kenapa orang islam azan?'
tiba2 dia cakap malay.

'sebab nak ajak orang solat'
'bukan ke itu tanda masuk waktu'
'boleh juga'
Saya selalu dengar azan pagi2. Orang islam tak boleh bangun solat sendiri ke? takkan setiap hari tak tahu bila nak kena solat?.'
*Double slap*

'saya tengok ada je cikgu yang tak pakai macam awak pakai'
dia menyambung.
*double slap*
mungkin triple.

maka terkebil-kebillah aku dan Intan yang tiba2 diterjah sedemikian rupa.
agak2 ketika itu, apa yang kami nak jawab?.
Soalan yang tak diundang. Rasa 'sakit' juga dengan soalan macam tu.


'It's okay, awak tak perlu jawab.'
Dia senyum sinis.
Dan kelas berjalan macam biasa. Tapi untuk hari tu, satu pun aku tak fokus.
So, that is how rasanya dipijak-pijak.

Masa menanti untuk masuk lab sains, aku dan Intan berbincang soal teacher tadi.
Kami pun masih rasa tak puas hati sebab tak dapat jawab dengan baik.
Masa tu Qistina dengan Deewani cakap dekat kami,
'alah... korang ignore je teacher tu... aku tengok pun karet semacam je..'
aku boleh senyum jelah.

Its just one of the moment.
Dan kalau difikirkan balik sekarang, sepatutnya jawapan untuk soalan2 yang teacher tanya tu perlu dijawab dengan lebih kreatif dan mesra gituww... Cuma yelah, masa tu skema tu je yang ada dalam kepala.

Soalan 'Orang islam tak boleh bangun sendiri ke?. takkan tak tahu bila nak solat?'. Kadang2 manusianya selalu lupa tanggungjawab, cantiknya islam sebab 'kita' tak pernah dibiarkan hidup sendiri, Selalu ada je muslim lain yang nak ingatkan walau tanpa kita sedari. Dan Allah selalu ada untuk hambaNya. Mungkin 'teacher' tu tak nampak dan ada sikap individulistik dalam diri, tapi andainya dia tahu islam ajarkan kita untuk sayang saudara seakidah seperti sayangnya kita pada diri sendiri :)

that is how life is beautiful.

and finally,
buku ni menarik sebab setiap kisah tu boleh buat kita refleks balik pada diri kita.
In all along this journey,
what we have done?.
and entry ni bukan nak cerita tentang 'rasis'.


al-fatihah buat:
Aida Zamri dan Firdaus.
[daripada 25 orang, now tinggal 23 orang]
sahabat sejalan di SMK Katholik.
Now SMJK (C)
entah bila, waktunya aku pula.



_it was rainy day outside.
nur insan
presint 4
27 november 2014 (3.41pm)

No comments: