Saturday, August 2, 2014

Cikgu Math...

cikgu garang! ^_^

Cikgu Math biasanya semua garang2...
 *tipikal*
eh?.
(cikgu math aku sejak dari tadika sampai sek men je kot yg macam tu).


antara cikgu math yang paling diingati adalah cikgu 'S'.. bukan cikgu math mod, tapi add math... cikgu ni xpernah ajar aku... tapi tahap garang dia memang satu sekolah tahu... dia xmengajar (dengar ceritanya macam tu lah).. tapi bila dia masuk kelas, make sure dah tahu apa yang dia nak ajar... bukan tu je, semua perlu berdiri atas kerusi sebaik sahaja bagi salam bila dia masuk kelas... lepas dah jawab soalan baru boleh duduk... law xdapat jawab soalan dia, dia akan keluar dan studen masih berdiri atas kerusi sampai waktu dia tamat.  pergh!. dan student akan patuh arahan tu dengan jayanya!.

 macam anak murid tu witch je kan??... boleh tahu apa yang dia nak ajar =_=''.... yang paling 'best', result exam kena capai gred!.. memang THORbaik... subjek add math pula tu... dan aku memang alah dengan nombor. nasib baik xpernah kena dengan dia... boleh dikatakan satu sekolah 'anti' dengan dia akibat sikapnya yang begitu walaupun tidak boleh disangkal lagi bahawa dia ditakdirkan memiliki wajah yang hensem dan ketinggian yang cukup (puji dalam hati dan mulut menafikan dengan keras.)... tapi selalu jugaklah berdoa agar dia terhindar dari aku... eh.. ke aku yang sepatutnya terhindar dari dia???.... tapi betul juga dia patut terhindar dari student yang alah nombor dan math macam aku.. sebab temperature dia mesti naik law mengajar math dengan orang yang tak minat math macam aku... selalu juga doa yang aku kirimkan buatnya agar  jangan diselisih langsung aku dengan dia dekat mana2 pun!... *dahsyat!*


btw, dalam semua cikgu2 math aku... ada sorang lagi cikgu math yang aku selalu ingat... cikgu 'W'...dia garang.. of coz... badannya besar... mengajar aku masa sekolah rendah.... masa sekolah rendah aku agak rendang... jadi saiz badan dia boleh dikatakan menakutkan aku!.... selalu juga berdoa aku terhindar dari dia...huhu.. tapi akhirnya terpaksa berdepan dengan dia selama 2 tahun... dan 2 tahun itu cukup bermakna! :)
dia garang... suka marah2...kalau tak siap kerja dia akan kena denda... dan kalau buat latihan/markah ujian tak capai target yang ditetapkan, pun kena denda... denda dia memang melucukan ... dia akan tulis markah yang sepatutnya dicapai dekat pipi dan dia akan lukis sesuatu dekat area muka... kononnya itu adalah pembakar semangat... hahaha... but seriously, memang melucukan... dan dia xbagi sesiapa pun gelak masa tu even satu kelas dan gelak termasuk dia sekali... in fact sebabkan dia, aku pernah rasa suka matematik selama 2 tahun... dia lah satu2nya cikgu matematik yang boleh aku tersenyum dengan sikapnya.... tegas+garang+melucukan... tq sensei! (ketika menaip dan mengingati dirinya saat ini aku masih lagi tersenyum teringatkan peristiwa itu :) . Sebenarnya cikgu tu ada satu gelaran... dan gelaran itu disebabkan dia suka marah dan menyebut ayat itu... urm.. tapi aku sendiri tak tahu nak eja macam mana ayat tu... bahasa kelantan... hehe..

mereka berdua... Cikgu S dan Cikgu W... dua2 asal kelantan... dua2 garang dan tegas... tapi seorang dibenci.... seorang lagi disayangi... (hasil survey aku pada orang2 yang mengenali cikgu S dan cikgu W)... dan sebagai seorang guru, pastinya inginkan yang terbaik untuk anak-anak muridnya.. cuma cara mereka, itu yang membezakan...

harapan cikgu S, anak murid akan hormat dan akan belajar sebab takut dengan dirinya... cikgu W pula, anak murid perlu hormat dirinya dan perlu faham apa yang dia ajar.... kedua2 cikgu ni nak hasil yang terbaik dari student2nya... urm... O_o

kadang2 dalam hidup kita, kita nak buat yang terbaik buat semua orang... sampai satu tahap kita tak kisah, apa tanggapan orang pada kita... sebab yang kita tahu, kita hanya inginkan yang terbaik dan sudah cukup terbaik yang kita nak lakukan pada orang lain... jadi, biarlah orang itu terima atau tidak, benci atau suka... yang penting pada kita itu adalah yang terbaik....

tak salahkan untuk buat yang terbaik pada orang lain... sebab beri bahagia dan kemudahan pada orang lain itukan adalah benda baik :) ... cuma, mungkin kita lupa... yang terbaik pada kita, tak semestinya terbaik buat orang lain... dan mungkin juga ego kita menyebabkan kita masih lagi ingin lakukan sesuatu itu walaupun sudah berkali-kali orang lain menegur salah kita.. walaupun itu dikatakan 'benda baik' oleh diri sendiri... ya. EGO!.

urm... andai masih punya masa untuk disayangi, menyayangi...  kenapa perlu memilih untuk dibenci atau membenci?.
berbaloi ke...
dan mungkin tiba masanya untuk kita ubah cara.
jangan takut untuk melangkah.
dan jangan menyesal untuk berubah.

if orang tak nak terima kebaikan yang kita beri, jangan kecewa...
doakan dia, moga nanti kebaikan yang lebih baik dia akan dapat...

sebagai penutup, aku ramai kawan2 cikgu math to be...
tapi diorang xgarang pun.
sopan dan lemah lembut.
eh?!.
teeee....



mood: baru lepas terserempak dengan cikgu W.
dia bertambah comel dan bahagia disamping anak dan isteri tercinta.
dan aku tersenyum melihatnya.
^_*

and

barakallah buat alang a.k.a hajar my BFF yang baru sahaja sah menjadi isteri orang pada hari raya keempat  31 julai 2014 yang lalu... moga bahagia dan diredhai Allah selalu...
^_________^


nur insan
TB
02 ogos 2014 (09.13pm)



2 comments:

naffateha said...

haha...i love math to death...ngahaha. ok sis, nice :)

...Nur Insan..... said...

iyer!.
xtanya pown. eh :p
hehehe..
ok baguslah sebab minat m3.. m3 tu khdpan...