Friday, April 4, 2014

sweet talk #3




Petang tu, en-suh ke tasik bersama yoo Rin.
Menikmati keindahan pemandangan disitu.
seperti biasa.

Subhanallah!

Terasa tenang sekali.
mereka duduk memilih untuk duduk di salah sebuah pondok yang ada.

petang itu, mereka sekadar ingin menghabiskan waktu bersama.
memandangkan esok cuti midsem bakal bermula.
bermakna seminggu mereka tidak akan bersua muka.

sedang mereka menikmati indahnya ciptaan Allah,
tiba2 mereka dihampiri oleh seekor kucing.

kucing itu seakan-akan meminta sesuatu.
en-suh bangun dari duduknya.
rasa tidak betah  untuk duduk disitu lagi.

en-suh: jom kita jalan ke tempat lain.
yoo-rin: awak nak lari dari kucing tu ea?. kenapa awak tak suka kucing?
en-suh: jom lah...

*en-suh sudah ingin melangkah pergi*

yoo-rin: awak... tunggu!

yoo-rin berlari anak menghampiri en-suh.

yoo-rin: hehehe... kenapa awak xsuka kucing?. kucingkan binatang kesayangan Rasulullah.
en-suh diam.

xsuka?.
bencikah aku?.

tidak.
tidak.
dan tidak.

en-suh akhirnya berhenti di tepi tasik.

en-suh: saya tak pernah xsuka kucing. apatah lagi benci.

*diam*

yoo-rin menanti.

en-suh: saya sayang sangat kucing dan saya jatuh cinta pada kucing.
saya makan dengan kucing. saya tidur dengan kucing. saya belajar dengan kucing. saya berbual dengan kucing. semua rahsia saya kucing saya tahu. dia seakan faham perasaan saya. dia seakan memahami bahasa setiap apa yang saya kongsikan. semua benda saya buat dengan kucing. dan setiap hari, saya sentiasa mahu dia ada dengan saya... kucing tu... namanya 'putih'. ramai yang memuji putih dan suka pegang2 putih sebab bulu dia cantik dan badan dia besar. dan saya tak suka orang lain pegang dia. hehehe...

en-suh tersenyum.

en-suh terus menyambung,

"satu hari, putih sakit.
sakit kulit.
mula2 biasa je. tapi disebabkan dia bergaduh dengan kucing lain.
Akhirnya penyakit tu melarat.

Masa putih sakit, setiap hari saya sapukan ubat.
dan setiap kali itu saya menangis mohon pada Allah agar sembuhkan dia.
setiap minggu saya bawa dia ke klinik.
klinik xjauh dengan rumah.
bila dr. suntik ubat pada badan dia , saya tak sanggup nak tengok.
sakit.
dan dr. akan cakap pada saya.
"maaf ya dik. dr. terpaksa buat jugak. adik nak kucing adik sembuhkan."
laju je masa tu saya angguk.
sambil mata dah bengkak.

bila putih sakit.
putih dah tak dibenarkan masuk rumah.
saya rasa saya hilang 'semangat'....

pernah satu hari, masa tu hujan lebat.
sangat lebat.
putih merayu nak masuk rumah.
dia memanggil. merayu.
akhirnya dia duduk kesejukan di hadapan pintu.
saya intai dari tingkap. dan akhirnya saya pun menangis.
kesian tengok dia.
dan jujurnya, saya rasa saya cintakan dia."

en-suh tersenyum.

en-suh: "kelakarkan. huhu... masa tu sekolah rendah. kecik lagi. dan ia salah satu 'peak experience' yang tak mungkin saya lupakan. rasa itu. "

yoo-rin diam. tidak tahu mahu membalas apa.

en-suh: "putih ajar saya untuk mencintai orang disekeliling saya."

*senyum tawar*.

"saya kan budak yang degil dan keras kepala.
tak lama lepas tu, putih pergi.
sejak tu, saya takut saya jatuh cinta lagi.
lawakkan. huhu.. tapi tulah hakikat.
saya rasa sakit bila putih sakit. dan sejak tu, saya takut nak dekat dengan kucing.
sebab saya takut saya menangis lagi.
pelikkan saya ni...."


petang tu beransur gelap.
angin bertiup bagaikan hujan bakal membasahi bumi.
sekali lagi,
manusia seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diberi.
dan terkadang, pelajaran kehidupan bukannya hanya pada makhluk bernama manusia.
tapi turut ada pada alam dan makhluk lain ciptaan-Nya.

hebatnya Allah.
menganugerahkan rasa cinta pada manusia.
sungguh.
cinta itu mengajar banyak perkara.
siapa kita untuk membenci makhluk ciptaan-Nya.
dan terkadang, pengalaman lalu itu.
menjadikan 'ia' punya alasan tersendiri.


 ~So verily, with the hardship, there is relief.
Verily, with the hardship, there is relief~
...al-insyirah, love letter...
and en-sun ternyata bersyukur dengan apa yang pernah dilaluinya dahulu,
kerana ia pengajaran bermakna dimasa akan datang.




nur insan
presint 5
04 april 2014 (06:10pm)

5 comments:

Anonymous said...

3 kali kucing gua mati. 3 kali airmata gua menangis.2 kali kucing mati depan mata sendiri. 1 kali pun takkan pernah ku menjauhkan diri dari makhluk bergelar kucing walaupun sakit dan sebak berkali-kali. XD

...Nur Insan..... said...

its depends on how we react and our perception to the situations.

and it's not about the situation itself.


*aman*

Anonymous said...

wlupon xpaham bhsa inggeris,tapi gua juz nk berkongsi ja.Masih terbayang-bayang setiap kucing yang hadir Allah hadirkan ketika Allah sedang menguji hambaNya sebagai penawar duka dan penahan sakit.Sobs sobs sobs.

T_T

...Nur Insan..... said...

maksd sy, persepsi n tndakn tu yg menyebabkn kita pndang satu2 situasi tu berbeza...

mgkin en-suh dah trauma kot..huhu...

tp, tahniah sbb awk kuat utk sakit n sebak berkali2 atas kehilangan kucing...


p/s: untuk hadirkn kucing sbg yg penting dlm hidup kita tu satu pilihan... dan mungkin en-suh memilih utk tidak lagi begitu.
mungkin.

^______^

...Nur Insan..... said...

terima kasih sebab kongsi pengalaman.

gua mmg suka org berkngsi pngalamn dgn gua.
eh
:D


**moga kucing tu aman disana...