Sunday, March 2, 2014

Lompat Pagar =.=''



L: Ish... L risau ni, ada seorang budak tu... bila buat sesi... rupanya 'mengucap' pun xpandai.
Aku: Ha?! =.=''
L: tadi dalam sesi sampai kena ajar dia 'mengucap'... tu solat xtau ke mana..

*peluh*

ni dah masuk bab aqidah dah ni.
dialog tu beberapa bulan yang lalu.
hairannya, pelajar sekarang even pihak sekolah dah sediakan waktu amali solat.
tapi depa xmau pi... dah tu lagu mana?..
lebih sanggup panjat pagaq dari pi surau masuk kut pintu..
=.=''
_tiba2 cakap utara_

back to the topic.
sebenarnya tadi terbaca status imam muda khairul azhar :
6,779 pelajar Melayu yang gagal subjek agama dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Keputusan kajian juga mengejutkan apabila 1,616 gagal mengucap, 1553 gagal dalam aspek Rukun Islam dan 1,901 lagi gagal dalam aspek Rukun Iman.  Kita tak rasa angka ini tepat kerana betapa ramai lagi yang hanya tahu mengucap tetapi tidak memahami prinsip syahadah itu.
Mafhum sabda ingatan dari Rasulullah SAW, di kalangan kita ada yang pagi nya beriman, petangnya kufur. Rapuh sungguh iman kita sekarang.
Pemerintah! Inilah tanggungjawab kalian! Adakah kalian para menteri masih sibuk membincangkan agihan projek-projek. Kalian masih sibuk mempertahan kemunkaran kalian sendiri dengan menjahilkan rakyat. Kalian masih suka anak-anak belajar agama hanya 2 kali seminggu. Anak-anak lebih kenal katak dan isi perutnya berbanding mengenal siapa pencipta katak itu.
Kalian tidak takutkah keadaan di mahsyar Allah nanti atas kedengkian kalian kepada anak-anak ini. Apakah dosa anak-anak ini kepada kalian hingga kalian butakan mereka dengan agama.
Ibu bapa mencorak adab! Para pendidik memahamkan agama! Pemerintah, sediakan kehidupan agama buat rakyat! 


Statistik tersebut merupakan hasil kajian pada tahun 1995. dan sekarang kita percaya mereka ini sudah dewasa dan mungkin sudah mempunyai keluarga dan anak, dan sekiranya mereka tidak berubah tidak mustahil anak mereka mewarisi sifat sama,” kata Pengarah JAKIM. Petikan akhbar Harian Metro 2012

dan ternyata.
kini perkara yang sama sedang berlaku.
*garu kepala*

as a counselor to be. or what ever u want to be as long as u are muslim.
banyak solusi yang perlu difikirkan.
kerana masalah ini masalah serius.

then, kalau se-serius ini.
maka orang yang punya kesedaran dan kefahaman namun masih berdalih untuk buat 'sesuatu' then how to overcome this problem?.

*double slap*

aduhai diri.
bangun dan melangkahlah!

'Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah, lalu berilah peringatan!.'
_74_

and awak,
adik yang akak sayang.
jangan takut nak belajar jadi baik,
Allah takkan ubah nasib kita.
melainkan kita sendiri yang mahu mengubahnya.
dik!

dan bila kata Allah takkan mengubah nasib kita, melainkan kita sendiri yang mahu mengubahnya. Bukan bermakna Allah menzalimi hambaNya. Tidak!. sebaliknya, Allah sudah mengurniakan akal pada kita untuk bersikap lebih positif dan berusaha!.

Jadi berusaha!
jangan hanya menunding jari menyatakan semua orang salah.
kalau kita betul.
then mana kebenarannya?.

ohoiii.

 Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.
 (Shahih Muslim No.4832)



kalau kita tahu indahnya syurga.
^__^



nur insan
presint 5
020314 (02:52am)

No comments: