Sunday, February 9, 2014

Ho Chi Minh City Last Part


190114-230114 : in memory

Pagi ni, merupakan pagi terakhir kami di Vietnam sepanjang Jelajah Inspirasi ini berlangsung. Kerana esok kami akan bergerak pulang ke Malaysia.....  ^____________^

Seperti biasa kami berkumpul di lobi dan menanti bas...
Tempat yang akan dilawati adalah War Remnants Museum yang terletak di District 3... Menurut Kristin, war museum ini merupakan satu-satunya war museum yang terdapat di Vietnam dan dibina selepas tamatnya peperangan antara Vietnam dan Amerika.

War Museum ni ada 3 tingkat.... di dalamnya ada koleksi gambar dan peralatan perang...
Kita juga akan mengetahui bagaimana perit dan sengsaranya rakyat Vietnam pada ketika itu...
dan keadaan seperti itu kini sedang berlaku pada saudara-saudara kita di Syiria, Palestin dan negara-negara islam yang lain... Allahu akhbar!.

Ada beberapa potret gambar di dalam museum ini yang tertulis, '"...when I left him, I heard two rifle shots."
Sangat menyedihkan.... T_T... dan banyak kesan-kesan perang yang boleh kita lihat melalui gambar-gambar yang terdapat dalam museum ni... antaranya bagaimana kesan penggunaan senjata kimia oleh Amerika di Vietnam yang terdapat di zon 'agent orange'. Sebelum masukkan ingatkan kenapa bilik tu warna oren... cam canteq jer... rupanya sebab bahan kimia 'agent orange' yang digunakan. Sangat kejam!

Dan paling menarik dalam museum ni, adalah...
jeng.. jeng.. jeng....
bilik untuk kanak-kanak ^_________^
so cute... ada pokok besar... ada lukisan tema peperangan.. ada mainan...
at first masa tengok bilik tu, ingatkan bilik apa... masa kami masuk ada seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan sedang duduk dan berbual....

sempatlah interview wanita berkenaan... katanya, tujuan adanya tempat macam 'pusat asuhan' kanak-kanak tu sebab nak didik kanak-kanak dari kecil agar menghargai keamanan yang mereka capai. So, kalau parents bawa anak-anak datang museum ni, diorang boleh tinggalkan kanak-kanak di tempat tersebut... and kanak-kanak belajar cara mereka yang tersendiri ^_________^... menarik!

dan masa dalam bas... sempat story2 dengan Fred (one of my friend a.k.a adik) tentang apa yang dia dapat masa dalam museum tu. Serius, aku touching jugak dengar citer fred dan tengok airmuka fred masa tu.... dan perbualan tersebut telah dirakam...

Balik dari museum, kami singgah ke 'gedung' kain yang sebenarnya... terletak di kawasan macam deretan rumah-rumah... kat situ memang tempat peniaga Vietnam borong kain... so, english cotton yang kami dapat dengan harga rm23.. disini boleh dapat rm22.. dan ada kain pasang yang harga cuma rm19.... disini juga terdapatnya kain yang sudah dipotong untuk buat jubah wanita... harganya cuma rm30 sepasang... canteq!

Dihadapan kedai tu sempatlah para pelakon slot 'akasia' dan 'zehra' membuat pengambaran.. eh...huhu... view yang chanteq... hanya INSPIRASI yang memahami ^________^....

Selepas itu makan tengah hari di Red House... masa dekat red house ni, makan dia sedap... dan chanteq jugalah restoran ni...

Lepas makan, kami tidak lagi terikat dengan mana-mana jadual lawatan...cuma perlu berkumpul semula jam 6.30 petang untuk makan malam... so semua peserta boleh buat lawatan sendiri ke sekitar bandar Saigon... ^_________^... jadi petang tu, terjadilah peristiwa aku menelefon ''telekom malaysia berhad''...huhu... (hanya pegawai telekom terlibat yang memahami :) .... dan kami berkumpul di lobi hotel untuk jelajah dengan kaki ke sekitar Saigon City.. tempat yang kami cari adalah taman dan city hall... agak sukar sebenarnya kalau nak melintas di jalan raya disini.. kerana motor boleh datang dari pelbagai arah dan sudut... jadi berhati-hatilah...

Jam 6.30 petang, kami ke restoran yang sangat berhampiran dengan hotel... Dan selesai makan, sempat berbual dengan owner restoran tersebut... bercerita tentang harga makanan di restoran itu... so, aku keluar lambat dari restoran untuk pulang ke hotel....

Malam tu, aku, Su dan Aina keluar untuk kali terakhir... kami hanya ke kawasan depan hotel... tiba2, lepas Aina berjaya membeli beg, kelihatan pekedai-pekedai seakan-akan dalam keadaan 'kelam kabut'... jantung aku pun berdebar jugak masa tu... Su pun lalu memcerita apa yang berlaku petang tadi.... rupanya ada pergaduhan petang tadi di hadapan hotel kami... siap keluar pistol lagi tu... errrrr O_o...

Dan sebenarnya pekedai2 tu 'kelam kabut' sebab tidak boleh menjaja di kawasan tepi-tepi jalan sebegitu.. Disebabkan kejadian petang tadi, so pihak berkuasa buat pemantauan di kawasan tu... jadi, mereka takut barang perniagaan dirampas, tu pasal 'kelam kabut'...

But seriously.... tempat orangkan... so kita tak biasa sangat... teringat kata-kata kak eizan... kalau di luar negara, bila keadaan kecoh2... biasanya orang Malaysia lah yang paling 'rileks'... eh =D ... terpulang pada individu...

Makanya, pada malam tersebut... itulah kali terakhir sepanjang jelajah inspirasi berlangsung aku dan suriati boleh menikmati coffee dari francais warna oren ^___________^...

Esoknya, 23 Januari 2014 (khamis), selepas 5 hari 4 malam... akhirnya  kami bertolak jam 9am ke airport... dan 'ratuku' masih dalam ingatanku... ^________^
berkayak dengan 'ratuku' ... dalam bas kali terakhir di vietnam pun 'ratuku'... kesimpulannya.. memang 'ratuku' lah... ^_______^

So, ni adalah coretan tanda ingatan sepanjang di vietnam.. kalau nak maklumat lanjut tentang tempat yang aku pergi boleh search dalam google.... aku tulis berdasarkan apa yang aku nak tulis lar..hihihihi... aku harap apa yang aku kongsi ada manfaat.. sebab sebelum aku g, aku tercari2 juga info tentang harga barang di vietnam dan sbgnya.. tp kurang jumpa.. so lepas ni moga apa yang aku tulis boleh bagi manfaat pada yang nak pi sana...  lagi pun, setiap orang akan mengalami pengalaman yang berbeza walau berada di tempat yang sama...

Apa pun... Vietnam adalah pengalaman dan kenangan yang tidak mungkin akan dilupakan...
walaupun Pah dan kak nita tak dapat join, tapi aku bawa mereka dalam hati dan aku yakin yang lain juga begitu.... eh =D
selamat pengantin baru kak nita ^______^
(anak buah lebih advance kali ni... hihihi...)

next destination...
hanya Allah yang tahu...
maaf salah silap sepanjang saya menulis.
have a nice day..

kisah cinta sahabat sejati 
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku kau kan kurindui...

p/s: walaupun aku tak berjaya dapat jawapan pada soalan yang dah lama dalam fikiran... namun alhamdulillah, beberapa minggu lepas tu... jawapan itu berjaya di temui... alhamdulillah... tq ya Allah.. ^___^
TQ simbiosis kerana lahirkan INSPIRASI.


inspirasi dihati

nur insan
presint 9
090214 (09.28pm)


No comments: