Monday, July 22, 2013

Practical Diary: 1




Kaki berjalan dengan semangat.
Sekali lagi ke kelas itu...
tingkatan 4 sasarannya...

Sampai sahaja disana,
dua tiga orang minta keluar ke tandas...
aku benarkan...

sementara menunggu,
aku minta mereka membentuk beberapa kumpulan yang mana setiap ahlinya adalah seramai 5 orang...
mereka tidak bergerak... terpinga-pinga.... seolah2 arahanku tidak difahami.. aku bertanya, faham ke tidak arahan cikgu... mereka mengangguk... namun masih tidak berganjak...

aku memandang seorang pelajar yang duduknya berhampiran pintu masuk...
aku  nampak dirinya berbual tanpa suara dengan seseorang diluar...
aku lalu berjalan ke pintu masuk...
mata aku bertentangan dengan seorang budak perempuan...
aku memandangnya tajam!...
sungguh, hari ini... hari ke lima... kesabarannku tercabar...
tanpa suara... aku hanya memandang dan berlalu darinya...

"ish..kau nilah..."
pelajar perempuan itu masuk lalu memarahi rakannya... dihadapan aku!

"kamu semua dah membentuk kumpulan atau belum??..." suara ku meninggi. marah!
ya... aku marah!
aku memandang mereka tajam...

mereka lalu diam dan bangun membentuk  kumpulan...
"susah ke nak bentuk kumpulan?...  cikgu tak suka marah2... dan bukan cikgu nak marah... tapi tolong..jangan uji kesabaran cikgu...!" tegas.
aku memandang jam...
hanya untuk membentuk kumpulan... 15 minit masa  berlalu...

aku tarik nafas dalam...
"cikgu... janganlah marah...."

"hehehe... tak.. cikgu tak marah pun..."
aku cari mood baru...

aku lalu memulakan aktiviti... dan mereka diminta untuk membentangkan hasil...
tiba di kumpulan yang terakhir,....

"cikgu... waktu  rehat dah ni... pe kata kami  tak perlu  bentang...."
"kalau kamu cepat bentang... cepat kamu keluar..."
mereka lalu membentangkan hasil...

tiba2   sekali lagi....
"cikgu... cepatlah.. saya nak keluar   dah ni..."
pelajar tadi... yang sama... seorang pelajar perempuan!

"sekarang masa rehatkan.... siapa yang rasa nak keluar dan ada perkara yang perlu diselesaikan... silakan keluar... " aku berkata dengan nada lembut. serius, itu bukan poyo.

pelajar yang tadinya nak keluar sangat... menoleh ke belakang.. seolah2 bukan dirinya yang berkata2   tadi..
hati aku jadi panas...
"awaklah.. kenapa pandang orang lain... serius ni... cikgu tak halang... sebab ini masa kamu..."
dia menggeleng....

refleksi untuk kelas itu.. sebelum aku melangkah ke kelas form 5 untuk relief secara marathon sampai takde suara...

"......... ke mana kamu pergi... ingat, kamu bawa nama kamu... dan nama ayah kamu... cth: aminah binti abdullah... apa sahaja tindakan yang kamu lakukan... fikirkan, apa kesan pada ibu dan ayah kamu.... jangan
sampai kerana dosa kamu... ibu dan ayah yang perlu tanggung... mereka... terlalu banyak berkorban..."


::sungguh....bukan mudah mendidik manusia menjadi manusia sepertimana membina batu bata menjadi bangunan... walaupun hakikatnya manusia itu adalah manusia, dan batu bata bukan bangunan =.=''::




hari ke-5 praktikal...
kali pertama aku marah disini..

ya Allah.. beri aku kekuatan...
titipkan aku kesabaran...
mereka hanya anak... 


nur insan
teratak terbang melayang kiri
22 julai 2013 (4.50 am)

1 comment:

Unknown said...

semoga cik diberi kekuatan..setiap org cabarannye bebeza