Thursday, January 10, 2013

NOTA SEBELUM PULANG...

dengan mereka, sekecil kecil perkara dan sebesar besar benda, semua boleh dikongsi ^^,v

Aku bakal pulang ke pahang sebentar nanti...
tak sabar bersama syurgaku....
dan esok, akan bertolak ke kelantan...
untuk kenduri kak ngah sebagai menantu...
barakallahu fiq ya ukhti ^_^..
tapi sebelum tu...

semalam, sebuah perbualan yang sangat panjang...
mungkin boleh kami katakan ia bulatan gembira... eh ^_^..
tajuknya mengenai pembinaan baitul muslim dan pernikahan...
mentang2 nak p kenduri esok...
baitul muslim?.. nak kawen dah ke...eh...
uh.... bukan begitu...
bukan kawen yang jadi persoalan,
sebaliknya sebelum pernikahan dan selepas pernikahan itu yang lebih perlu diutamakan...
cinta yang bagaimana nak dikejar...
keluarga yang bagaimana nak dibentuk...
dan sebenarnya bagaimana nak didik diri buat masa sekarang ke arah yang lebih baik?...
semua sepakat bahawa ianya bermula dari diri sendiri...
tapi dalam masa yang sama pengaruh keluarga juga berkait rapat...
kita membentuk diri bermula dari keluarga kan?
jadi ianya macam circle..
kerana itu keluarga yang perlu dibentuk bukan sembarangan...
hingga kepada konklusi...
memetik kata2 angel pakai gucci...


Kita kata kita dah bekerja untuk Islam. En?
Betul ke? Cuba periksa:
1) Dah berapa ramai orang yang kita berjaya tarbiyah supaya lebih taat kepada Allah?

2) Dah berapa ramai orang yang berjaya kita Islamkan..?

3) Dah berapa ramai orang yang berjaya kita bina supaya sama-sama dapat bekerja dengan kita..?


Ye, Allah tak tengok pada hasil. Tapi Islam ni agama fitrah. Allah akan bagi hasil dan kejayaan bila kita kuat dan ikhlas bekerja!
"Sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantumu dan meneguhkan kedudukanmu!"
Jadi.. Adakah kita golongan yang bekerja..?


terdiam...
berfikir sejenak...
hakikatnya...


Cinta itu bukan pilihan...
Cinta itu ikhlas dari hati,
jika tepat pada masa ketika,
keadaan dan siapa,
Cinta itu adalah kuasa luar biasa,
yang tiada bandingannya...

Bila kita memang dijodohkan,
Apa pun halangannya kita pasti akan disatukan dlm pernikahan,
Namun bila memang kita tidak dijodohkan apa pun usaha
pastikan tiada hasilnya,

Ya Allah,

Ajarkan kami mencintai dgn sederhana,
Ajarkan kami agar lebih pandai memendam cinta,
Ajarkan kami untuk lebih mencintai-Mu dan kekasih-Mu,

Ya Allah,

jagalah kami dari dosa dunia,
jagalah dia dari dosa cinta,
Aku mencintainya karana-Mu,
Aku pun rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki
dan gantikanlah yg terbaik menurut Engkau Ya Allah.



jadi...
ianya misteri...
lebih baik kita tumpukan pada apa yang kita miliki sekarang dengan sebaiknya...
kita masih punya kerja dari memikirkan sesuatu yang sangat misteri...
kerana ia belum masanya...
jom tanam tekad untuk laksanakan kerja2 ini dengan sebaiknya dahulu..
yakinlah..
message will delivered...

dan hari ni...
ternyata, ada misi penting yang perlu aku selesaikan...
moga Allah tunjukkan jalan...
dan beri kekuatan...

nur insan 
kayangan
10 januari 2013 (5.20 pm)

2 comments:

MAHFUZAH MOHD MANSOR said...

catatan yg menarik... tarbiah sbnarnya banyak mengajar :-)

...Nur Insan..... said...

benar...
tarbiyah bnyk mengajar...
dan menemukan sy dgn dunia yg baru..
warna warni dan sangat indah ^_^