F F BELUM PASTI.....! ~ ...PenCArI reDhA iLaHi... Sumber : http://sandydoank12.blogspot.com/2011/10/cara-buat-headlines-slide-show-pada.html#ixzz1ciRYCobR
...Tanganku akan hancur di dalam tanah,Yang kekal hanya tulisanku di atas buku, Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, Doakan keselamatan aku dari azab ~Imam Shafie~ ....

NIKMAT UJIAN...TERSENYUM DALAM KEPAYAHAN

Buat adik akak yang sedang diuji.... Saat mendengar luahan adik semalam, hati akak juga tersentuh... Akak juga pernah menghadapi hari2 sukar saat menghadapi peperiksaan SPM lantaran terpaksa mewujudkan "rumah kedua" dalam diary hidup ini...

BUAT HAWA: HARGA SEKUNTUM CINTA

Adalah suatu perkara yang sangat meyedihkan apabila mendapati sahabat dan saudara sejantina serta seagama, mempertaruhkan maruah diri semata2 kerana tidak mahu 'jual mahal'. Malah bagi diriku sendiri hal ini merupakan perlakuan yang sangat kejam buat diri sendiri.

MENCARI CINTA: COGITO ALLAH SUM

Semakin berjibaku wacana-wacana filsafat, aku semakin meragukan Hakikat Keberadaan Allah Hingga sempurnalah aku yang dulunya rajin ibadah kini enggan shalat, puasa, ngaji, suka maksiat, jago dugem, dan sebagainya.

Monday, September 19, 2011

BELUM PASTI.....!


Salam mahabbah dalam kesegaran iman... (didoakan)... Nampaknya, semua masih menghirup nafas hari ini... alhamdulillah...



dah lama tak menulis.... tetiba hari ini nak sangat menulis, tapi tarian jari jemari ini terasa kaku
(ceh... ayat bebungo^^)...


Ya... aku nak menulis, tapi tak tahu nak tulis apa....
Ada dua kemungkinan disini, sama ada aku memang tak tahu nak tulis apa... atau aku sebenarnya terlalu banyak yang ingin ditulis, hingga akhirnya aku sendiri tak tahu nak tulis apa... erm...


Macam tulah hidup, seringkali ada pelbagai kemungkinan...
Sebab esok adalah sesuatu yang tak pasti...


Manusia sering berkata 'kalau'....'kalau' untuk hari esok... 'kalau' untuk sesuatu yang tak pernah pasti! ... ya kita belum pasti lagi 'kalau' itu benar2 baik untuk kita, atau sebaliknya... adakah 'kalau' itu sama seperti apa yang kita fikirkan???...mungkin boleh jadi lebih baik, atau mungkin boleh jadi ia sebaliknya... pengetahuan kita sangat terbatas, dan sesungguhnya setiap apa yang Allah berikan pada kita adalah diatas kemampuan kita.... tak lebih dan tak kurang....!




Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: “Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah: “Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan."

Riwayat Muslim


Erm... esok.....
Aku belum tentu ada....!

Semalam adalah kenangan (pelajari ia),
Hari ini adalah pemberian (hargai ia),
Esok adalah harapan (semoga ia lebih baik)....






~Bumi Murabbi, Persinggahan sementara~
Nur Insan@Srikandi Nazira.
~19 sept 2011 @ 1:03 a.m~



0 coretan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More