Wednesday, February 2, 2011

BUATMU PEJUANG...










salam mahabbah^^... dah lama tak tulis di teratak... erm... nak kongsi apa yerk arini??... hanya berkongsi kata2 dari seorang sahabat....


"Hidup ini sering kali terasa pahit, lantaran kita sering merasa kerdil disisi manusia-manusia yang hebat... Tapi sebenarnya kita lupa bahawa kita juga sebenarnya seperti mereka, kita lupa bahawa kita juga mampu menjadi hebat! Kerana kita juga manusia!... Berjuang untuk menjadi yang terbaik juga adalah hak kita... Selagi mana kita tidak lupa bahawa hidup dan mati kita kerana Allah, selagi itu kita MANUSIA HEBAT! Semangat itu datang dalam diri yang memburu redha Allah!..."



Wahai diri... andai ada satu saat Allah membuka jalan buatmu untuk berbakti pada agama, mengapa kau letakkan syarat ke atas dirimu sendiri???... Mengapa tidak kau ambil peluang itu dengan sebaiknya??.. bukankah Allah itu Maha Mengetahui sedang hamba-Nya sendiri tidak mengetahui...

Wahai diri... disaat kau merasa lemah lantaran kekurangamu... mengapa tidak pula kau fikirkan kelebihan yang kau miliki???... bukankah sedikit kelebihan itu andai dimanfaatkan dengan sebaiknya, pasti turut membuahkan hasil... Allah itu tidak menjadikan manusia itu sempurna, dan kejadian manusia itu walau kekurangan mahupun kelebihan pasti ada hikmah dan sebab musabab... tidak ada satupun yang dijadikan dengan sia2...

Wahai diri... andainya yang kau takuti adalah kemampuanmu sendiri... ketahuilah olehmu, selagi mana tidak dimulakan dengan langkah pertama, mana mungkin boleh kau nilai kemampuan yang ada... Kuat atau lemah, boleh atau tidak, hanya akan kau ketahui dengan mencubanya terlebih dahulu... Allahkan ada buat hamba-Nya... mohonlah dari-Nya andai kau rasa lemah selepas mencuba... pasti Allah akan membantumu... dan jangan pula kau berundur, kerana saat itu, dirimu adalah pejuang yang dipilih dalam kalangan yang terpilih...

Wahai diri... ketahuilah olehmu... Setiap yang berlaku adalah kehendak-Nya, manusia itu hanya merancang, dan Allah yang menentukan segalanya... Yakinlah dirimu, bahawa dirimu adalah pejuang yang dipilih Allah dijalan ini... Mohonlah pada-Nya agar langkahmu dikuatkan, dan perjalananmu diredhai-Nya... biar sakit yang kau dapat, biar derita yang kau telan, namun ketahuilah diakhirnya dirimu akan tersenyum dengan usaha yang kau lakukan dan dengan keyakinan yang kau pasakkan... walau payah untuk dimulakan... kerana itula manisnya sebuah perjuangan....



akhirul kalam dalam sebuah doa dan harapan....\



Nur Insan@Srikandi Nazira,
Teratak Bonda Tercinta,
~1.11 pm @ 02 februari 2011~


p/s:kata mak, "Srikandi tu maknanya pejuang...
law pejuang tak boleh lemah..."...
moga aje aku tak lemah....


2 comments:

zulkbo said...

salam..
terima kasih perkongsian
pesanan buat saudara mu ini
jazakallah khairan...

...Nur iNsAn... said...

wassalam...
afwan^^
pesanan buat dri ini jga yg sering lpe...