Monday, March 1, 2010

Eh..boleh caye ke???



Dalam hidup yang serba mencabar dan banyak 'helah' ni, adakalanya kita sukar untuk mempercayai ketulusan dan ketelusan hati insan lain yang ingin berubah kearah kebaikan. Stigma yang menganggap pesalah selamanya pesalah ibarat banduan yang tak mampu menghilangkan perkataan 'BANDUAN' dalam kamus hidup, adalah penyakit masyarakat yang harus disedarkan... (hish, ayat macam nak buat bahan rujukan ilmiah pulak.http://www.emocutez.com... narnya nak tulis sempoi je nih)... Sedar ataupun tidak, mungkin ketidak percaya kita terhadap insan yang benar2 ingin berubah boleh mengakibatkan mereka yang ingin berubah akan 'tebantut' untuk melakukan perubahan atau bahasa canggihnya 'anjakan paradigma' dalam hidup. Ayat seperti 'boleh percaya ke dia ni dah berubah, entah2 trick je..." memang sering dilontarkan ibarat lava yang nak keluar tanpa segan silu dari perut gunung berapi...

Ada sebuah kisah, dimana berdiri seorang lelaki saat Rasulullah membuat pembahagian harta pada mereka yang berhak, tiba2 lelaki itu bersuara 'Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah' (sebagai tanda tidak berpuas hati terhadap pembahagian yang dilakukan nabi).

Baginda menjawab, 'Bukankah aku yang sepatutnya (sebagai Rasulullah) orang yang paling takut kepada Allah.'

Lelaki tersebut kemudiannya beredar dan Khalid Ibn Walid berkata, 'Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah2 telah murtad)?'

Baginda menjawab, 'Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat.'

Khalid berkata, 'Berapa ramaikah orang yang menunaikan solat dan lidahnya berkata sesuatu yang tidak sama dengan didalam hatinya (merujuk kepada munafiq)

Baginda membalas, 'Aku tidak diperintah untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka' (Riwayat Bukhari).


Malah dalam hadis lain yang ertinya: 'Nabi mengutuskan kami ke Huraqah, dan berperang dengan satu kaum lalu kami menyerang mereka pada waktu subuh dan menewaskan mereka, sehinggalah aku dan seorang lelaki dari ansar mengejar seorang perajurit (musuh), tatkala kami merapatinya, tiba2 dia mengucap La Ilaha Illa Allah, dengan segera lelaki Ansar itu menarik senjatanya dan aku pula menikam lelaki itu dengan panahku sehingga membunuhnya. Apabila kami pulang dan menyampaikan kepada Nabi, lalu Nabi bertanya, 'Adakah kamu membunuhnya selepas ia mengucap?'

Aku menjawab, 'kerana dia hanya hendak melindungi dirinya daripada kami.'

Rasulullah sentiasa mengulang-ulang pertanyaan (menunjukkan salahnya tindakan membunuh itu) sehingga aku merasa aku belum masuk islam hari itu." (Riwayat Bukhari)

Dari hadis ini jelas menunjukkan kita tidak boleh meragui keikhlasan individu lain untuk berubah. Cukuplah berhukum berdasarkan zahirnya sahaja kerana segelintir dari mereka yang benar2 ingin berubah atau bahasa lainnya bertaubat merasa tidak punya 'kekuatan' akibat sikap orang sekeliling yang seakan-akan was2 dengan keikhlasan hati mereka untuk berubah. Seharusnya apa kata kita sama2 berdoa moga mereka benar2 ingin berubah kerana Allah Taala(peringatan buat diri sendiri)... lagipun, bukankah ikhlas itu ibarat semut hitam, dimalam yang kelam, diatas batu yang gelap... (lebih kurang macam tulah)... Jadi hanya Dia yang tahu isi hati manusia...Oleh kerana itu, seandainya ada yang ingin melakukan perubahan, sokonglah mereka dan bimbinglah mereka serta doakan kebaikan untuk mereka. Bukan mempersoalankan hati dan keikhlasan mereka.


(coretan ingatan buat diriku yang sering lupa)http://www.emocutez.com



p/s:kena belajar ilmu ikhlas lagi nih...

2 comments:

abu muaz said...

salam.benar sabda Rasulullah s.a.w bahawa kita tidak tahu apa isi hatimanusia, tugas kita hanya menyampaikan.

...Nur Insan..... said...

w'salam.. betul tu abu muaz..hti mnusia xsiape yg tahu.. mdh2an kta smua diberi kekuatn utk menympaikn walau satu ayt n tdk m'persolnkn keikhlsn dri org lain sbliknya m'kji keikhlasn sndri..insya-Allah