Friday, January 22, 2010

Resepi Menyembuhkan Iman


"Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (QS. an-Nahl (16): 97)



"Iman itu sifatnya boleh bertambah dan berkurang, dan terkadang meningkat dan terkadang menurun...."

Menurut Muhammad Shalih al-Munajjid dalam karyanya Zhahiratu Dhuf'ul Iman, terdapat beberapa gejala lemah iman, antaranya:


1) Dada yang terasa sesak, mengalami perubahan perangai dan tabiat yang membelenggu, sehingga merasakan berat beban yang menghimpitnya

2) Tidak tersentuh dengan kandungan ayat-ayat al-Quran, tidak pula tersentuh oleh janji, ancaman, perintah, penyifatan khiamat dan lain-lain.

3) Tidak merasa marah jika ada pelanggaran terhadap hal2 yang diharamkan Allah

4) Merasa senang dan gembira jika ada saudara sesama muslim yang mengalami kegagalan, kerugian dan mendapat musibah.

5) Mencela yang ma'ruf dan tidak mahu memerhatikan kebaikan yang kecil

6) Tidak mahu memerhatikan urusan umat muslimin atau melibatkan diri dalam urusan tersebut. tidak mahu berdoa bagi kepentingan mereka, tidak mahu mengeluarkan sedekah, tidak mahu membantu, serta perasaan dingin dan membeku melihat musibah yang melanda saudara2 ditempat lain yang dikuasai, ditekan, dan ditindas musuh.

7) Resah dan takut tatkala ditimpa musibah atau masalah yang berat.


diatas hanyalah sebahagian dari 19 perkara yang disenaraikan oleh Sheikh al-Munajjid, dan berikut merupakan resepi bagaimana menyembuhkan iman seperti dalam Zhahiratu Dhuf'ul Iman:

1) Menyemak al-Quran
2) Merasakan keagungan Allah
3) Mencari ilmu syar'i
4) Mengikuti halaqah zikir
5) Memperbanyak amal soleh
6) Melakukan pelbagai ibadah
7) Takut su'ul khatimah ketika meninggal dunia (perkara yang tidak baik)
8) Banyak mengingati mati
9) Mengingat kewujudan hari khiamat/akhirat
10) Berinteraksi dengan ayat2 yang berkaitan dengan peristiwa alam
11) Zikrullah
12) Bermunajat kepada Allah dan pasrah kepada-Nya
13) Tidak berangan2 secara berlebih-lebihan
14) Memikirkan kehinaan dunia
15) Mengagungkan hal2 yang terhormat disisi Allah
16) al-wala' wal-bara'
17) tawadhu'
18) amal qalbi
19) menghisab diri sendiri
20) Doa





dipetik dari buku: Mengapa Terkadang Saya Bisa Alim dan Terkadang Saya Bisa Zalim?. karangan: Muhammad Muhyidin.

3 comments:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

nasihat yang bermanfaat.. terima kasih emy.. :)

nadia said...

al-wala' wal-bara' tu ape ye?

...Nur Insan..... said...

wala' tu taat pada pemimpin.... tp ketaatan tu jgn plak sama spt yg diberikan kpd Allah dan rasul... n taat pd pemimpin tu pn ada ciri2 pemimpin yg perlu ditaat cthnya pemimpin yang menjalankan syariat islam...

bara' tu plak antonim wala'... Ia juga boleh difahami sebagai, tidak meletakkan kecintaan yang sebenar serta kesetiaan dan penghormatan yang tinggi kepada pimpinan, seterusnya membenci, menamatkan hubungan dan mengadakan permusuhan sama ada berbentuk nyata atau tidak....