Monday, January 18, 2010

Awak jangan terasa yew...


Satu hari di sebuah kelas, Sarah, Tipah dan beberapa pelajar lain sedang membincangkan isu masalah gejala social dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan pelajar (baik mahasiswa ataupun pelajar sekolah).



"Semalamkan, kakak saya call mak saya sebelum dia ambik paper." Sarah sebagai salah seorang yang mendengar cerita Tipah hanya tersenyum. Sarah akui sudah menjadi kebiasaan bagi insan2 yang bergelar anak dan pelajar mengambil kesempatan untuk memohon 'restu' ibu bapa sebelum menduduki imtihan, malah Sarah sendiri juga begitu. "Tapikan awak, awak tahu apa yang terjadi?." Lah.. citer jelah... "Awak jangan terasa bila saya citer ye." Apa hal pulak dia ni?, ada kena mengena dengan aku ke, kakak dia pun aku tak kenal..hihi... kata Sarah dalam hati. "Takpe, awak citer jew. Saya akan cuba menjadi pendengar yang baik...hihi...". Tipah menyambung, "Kakak saya cuak sangat, sebab dia nampak darah dekat bilik air." Darah???. "Lepas tu ada suara orang kesakitan mintak tolong. Kakak saya ni ingat hantu..hehe...sebab waktu tu pagi." Sarah pun tumpang gelak sekali. "Rupanya ada orang keguguran." Hah!!! terkejut semua yang mendengar termasuk Sarah. Tapi Sarah sempat menyampuk, "Urm... lah, biasalah orang keguguran. Mungkin bukan rezeki dia nak ada anak kot. Tapi saya peliklah, saya pernah keguguran ke sampai awak kata 'jangan saya terasa pulak'..hehe... keguguran rambut pernahlah...huhu.." Tipah buat muka bersalah. "Akak tu tak nikah lagi, dan...urm... akak tu pakai tudung labuh macam awak, dia pun selalu pakai jubah. Akak tu memang nampak baiklah." Sarah diam. So what the point???... Muka Sarah berubah serta merta dengan takat suhu tiba2 meningkat ke paras tertinggi. Fuh... ini betul2 mencabar tahap kesabaran nih... semua yang mendengar memandang Sarah. Tenanglah wahai diri.... Sarah memandang muka insan yang menuturkan kata2 yang 'mengguris hati' kecilnya. Insan ini juga memang sering menduga keimanan dan kesabaran. Sering juga mencari isu untuk diperdebatkan dengan Sarah (entah apa sebabnya, tak tahulah).Urm... 'apa aku nak kata kali ni dekat hamba Allah yang sorang ni yerk'..monolog hati Sarah.


"Jadi apa kena mengena akak tu dengan saya?." "Urm... takdelah... saya nak citer tentang gejala sosial dalam kalangan mahasiswa sebenarnya." Sarah pun menjawab, "Jadi main pointnya, awak nak kata tak kira macam mana baiknya mahasiswa tu kelihatan diluaran, kita jangan sangka dia baik, macam tue?". Tipah mengangguk. "So, kenapa awak mesti cakap 'jangan terasa' hanya pada saya, dan tidak merujuk kepada semua? sebab saya pakai tudung labuh macam kakak tu?, dan kenapa awak perlu merujuk 'tudung labuh' seperti saya? kenapa nak bandingkan akak tu dengan saya?." Soal Sarah bertubi2. Tipah senyap. Sarah menarik nafas. Sebelum menjawab kebisuan Tipah.

"Saya faham apa yang awak nak cerita. Tapi maaf saya tak boleh terima cara penyampaian sebegini. Di awal lagi awak tak harus kata 'jangan terasa' dengan hanya merujuk kepada saya seorang, cerita awak ni nampak macam awak berniat nak mencari kesalahan insan2 yang bertudung labuh. Sedangkan main point awak, awak nak cerita tentang kebenjatan sosial dalam kalangan masyarakat terutamanya pelajar. Kita semua siswi, harus 'terasa' dengan isu ini, ini soal maruah, bukan kira tudung berapa inci tudung kita pakai. Lainlah tajuk utama awak, 'budak tudung labuh buat maksiat' atau 'budak tudung labuh berlagak baik, tapi tak baik pun'. Kalau itu headlinenya, insya-Allah saya boleh terima dari awal lagi cerita awak ni. Tapi isunya berbeza kini. Saya akui saya sedang terasa sekarang. Awak juga tak patut bandingkan saya dengan kakak tu dengan merujuk pada saiz tudung yang kitorang pakai. Saya nak tanya awak, awak tak pakai tudung, lepas tu saya bandingkan awak yang tak pakai tudung sama dengan sorang perempuan yang juga tak pakai tudung buat maksiat dekat taman semalam, awak boleh terima tak? Sedangkan isu yang saya nak cakap adalah gejala maksiat dekat taman yang semakin berleluasa." Sarah bertanya. Mungkin agak kasar bunyinya. Tipah diam.

"Entahlah saya mintak maaf. Saya tahu saya bukan baik sangat, dan tudung bukan ukuran apa2. Saya pun selalu cakap yang saya memang tak baik pun. Tapi tak yah buat comparison macam tu. Dan saya juga tahu awak dah bagi amaran agar saya jangan terasa, dan saya tahu saya tak perlu terasa sebab saya tak buat benda tu. Tapi saya nak awak tahu, jangan kerana sorang yang pakai tudung labuh buat onar, awak nak judge semua yang macam dia punya perangai seperti dia. Sebab awak sendiripun tak suka dan tak sudi nak terima kalau ada orang compare awak dengan insan yang sama macam awak. Dan satu lagi, jangan guna isu lain, untuk membangkitkan isu lain. Awak faham2kanlah apa yang saya cakap ni."

Semua diam... Sarah pun diam... Mungkin diam itu lebih baik dari berkata2 sesuatu yang mungkin menyakitkan haati insan lain... Sesungguhnya menjaga hubungan baik sesama insan lebih susah dari menjaga hubungan baik dengan Allah swt... kerana Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang serta Maha Pengampun...


...Cerita habis sampai situ...

Cerita yang bermula dengan ayat 'Awak jangan terasa' akhirnya berubah jadi 'saya memang terasa'...



p/s: jangan sesekali bandingkan setiap individu dengan individu yang lain sebagai sama dengan hanya melihat dari luarannya, sedangkan sekarang rambut dah lain colour, inikan pula hati manusia yang sering berubah2.

p/s:jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

No comments: