Sunday, June 15, 2014

bila hati terusik.




"assalamualaikum..."

"waalaikumussalam..."

"ayah buat apa tu? sihat ke?...."

"alhamdulillah.. sihat... awak buat apa?"

"takde apa... baru habis minggu orientasi. ayah dah makan ke?"

"dah tadi... mak dengan angah takde ni... keluar."

"kenapa ayah tak ikut?."

"urm.. malas lah..."

"selamat hari lahir ayah...moga ayah dikurniakan kesihatan yang baik... dipanjangkan usia... dirahmati Allah selalu...huhu "

"terima kasih..."

"ayah jadi ke nak datang sini minggu depan?"

"tak tahu angah... kalau angah nak pergi, boleh lah."

"ouh.. urm.. xpelah kalau macam tu... kita balik awal ramadhan nanti... insyaAllah."

"oyeker.. tahu ke nak balik macam mana?"

"tahu kot... xpe, nanti kita tanya jan macam mana."

"urm... nanti tanya jan.. ok ke duduk sana?."

"entah.. ok kot... hahaha..ayah doakanlah kita..."

"urm.. insyaAllah... selalu doa... belajar lah elok-elok tau..."

"insyaAllah :) ... nanti kita call lagi ya... ayah kirim salam kat mak dengan angah."

"iyalah... jaga diri... assalamualaikum."

"insyaAllah. waalaikumussalam."


biasanya ayah jarang mengangkat telefon.
hanya bila tiada sesiapa dirumah barulah ayah sendiri yang mengangkat telefon.
dan perbualan ringkas melalui telefon ini bertarikh 11 Julai 2010.
beberapa tahun lalu.
perbualan terakhir melalui telefon.
saat aku baru bergelar pelajar semester 1.
beberapa minggu sebelum ramadhan tiba.
dan alhamdulillah,
minggu pertama ramadhan tahun itu,
kami sempat bersama-sama meraikannya.


"belajar elok-elok..."
"jaga diri..."
ringkas.
tapi deep.

rasanya most of parents akan pesan perkara yang sama.
cuma bagaimana manifestasi anak untuk mentafsirkannya.


hari ini,
bila melihat anak kecil melintas dipimpin oleh ayahnya,
hati ini berbisik cemburu.
kerana aku telah hilang tangan yang pernah dan
selalu memimpinku dulu.

tangan itu juga,
yang selalu ditadahkan untuk berdoa buat diriku.

Allah.
anehnya hati.

bila mendengar mereka menyebut
'ayah'
hati ini jadi sayu.


ya Allah.
rindu.
pada wajahnya,

rindu.
pada tangannya,
yang selalu dihulur.

rindu.
pada bicaranya.
yang selalu ditutur.

rindu.
pada dirinya,
yang tiada terkata.


tatkala rindu berbisik,
hati terusik.
alfatihah buat ayah.
21 ramadhan 1431H  bersamaan 31 ogos 2010.

_selamat hari bapa.
p/s: moga aku jadi anak soleh yang mendoakan kedua ibubapanya.
mak...
rindu mak...





nur insan,
presint 5,
15 jun 2014 (06.00am)

No comments: