Thursday, February 23, 2012

BUKAN MILIK KITA....


'Di jalan Allah... persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu...
Persahabatan ini adalah perancangan Allah yang Maha Mengetahui segala rahsia...
Kerana Dia aku mengenalimu, kerana Dia jualah yang menetapkan kita mengukir 1001 kenangan...'




Memang benar... persahabatan bukan milik kita...
Kita mungkin mampu merancang lewat pertemuan, namun Allah juga merancang...

Kenapa.... kita sering berharap untuk difahami, tapi sukar untuk memahami....
Kenapa.... kita sering harap untuk didengari, tapi jarang untuk mendengar kembali....

Aku... hanya insan biasa, aku juga butuh masa....


Sejarah... adalah peristiwa lalu dan takkan mungkin terpadam...
Namun dengan sejarah, kita boleh mulakan yang baru....
Let's new start with the old.....


pada 'tulisan' Penguasa, kau sesungguhnya sebahagian dari 'akan' dan 'pernah' yang tercatatkan dalam kitab hidup aku.... dan mungkin saat ini, Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk masa yang akan datang....


Ya Allah...
Sahabat... selepas apa yang terjadi dulu... aku butuh masa... masa untuk menerima... masa untuk perbaiki segala... namun alangkah kecewanya aku, kerana dirimu pula meletakkan prasangka buatku.... aku hanya insan biasa... aku juga punya hati dan jiwa... andai, saat itu terasa sukar untuk dirimu luahkan apa yang terbuku dihati... aku pula, terasa sukar untuk menerimanya..... terlalu sukar untuk dimengerti....

aku, sungguh... saat ini andai hati itu sudah sama-sama kita baiki... aku sudah pun berlapang dalam menerima..... namun, andai langkah kaki terasa lebih lurus dengan sendiri2... dan hati lebih tenang dengan keadaan yang begini... moga Allah redha dengan keputusan yang diambil....

Sungguh... bertemu kita kerana Allah... berpisah juga pasti kerana-NYA....
Allahu rabbi... tenangkan hati2 kami.... tunjukkan kami jalan yang lurus...
Permudahkan langkah kaki kami yang terasa tempang....
Ya Allah... dirimu yang menghadirkan semua ini... kepada-Mu jualah kami berharap beban rasa ini kembali.... amin ya Rabb...



::kembara mencari sinar::

Nur Insan
K.H.A.R
23 Feb 2012 (2.15 am)

Tuesday, February 21, 2012

RINDU....





Ku biar kalam berbicara....
Meluahkan rasa dihati...
Mungkin sukar untuk difahami...
Namun jiwa ini sudah cukup merasai....

Warna hati...
terlalu sukar ditafsir...
Kadangkala ia riang senang...
Ada ketika, ia merintih sedih...

Hati ini ibarat ais...
Ia beku... ia juga bisa mencair...





::jadikanlah aku anak yang soleh... yang mampu mendoakan kebahagiaan buat mereka yang ku cinta::


Dalam bisikan rindu
Nur Insan
K.H.A.R
21 feb 2012, 3.12 am (selasa)....



Sunday, February 12, 2012

THE BOY AND THE APPLE TREE







• A long time ago, there was a huge apple tree. A little boy loved to come and play around it everyday.He climbed to the treetop, ate the apples, and took a nap under the shadow. He loved the tree and the tree loved to play with him. Time went by, the little boy had grown up and he no longer played around the tree every day.

• One day, the boy came back to the tree and he looked sad.
“Come and play with me”, the tree asked the boy.
“I am no longer a kid, I do not play around trees any more”
the boy replied.“I want toys. I need money to buy them.”
“Sorry, but I do not have money, but you can pick all my apples and sell them. So, you will have money.”The boy was so excited. He grabbed all the apples on the tree and left happily. The boy never came back after he picked the apples.The tree was sad.

• One day, the boy who now turned into a man returned and the tree was excited. “Come and play with me” the tree said.
“I do not have time to play. I have to work for my family. We need a house for shelter. Can you help me?”

“Sorry, but I do not have any house. But you can chop off my branches to build your house.” So the man cut all the branches of the tree and left happily. The tree was glad to see him happy but the
man never came back since then. The tree was again lonely and sad.

One hot summer day, the man returned and the tree was delighted.
“Come and play with me!” the tree said.
“I am getting old. I want to go sailing to relax myself. Can you give me a boat?” said the man.
“Use my trunk to build your boat. You can sail far away and be happy.”

So the man cut the tree trunk to make a boat. He went sailing and never showed up for a long time.

Finally, the man returned after many years. “Sorry, my boy. But I do not have anything for you anymore. No more apples for you”, the tree said. “No problem, I do not have any teeth to bite” the man replied.

“No more trunk for you to climb on.” “I am too old for that now” the man said.“I really cannot give you anything, the only thing left is my dying roots,” the tree said with tears.

“I do not need much now, just a place to rest. I am tired after all these years,” the man replied. “Good! Old tree roots are the best place to lean on and rest, come sit down with me and rest.”
The man sat down and the tree was glad and smiled with tears.

Moral : ♥ This is a story of everyone. The tree is like our parents. When we were young, we loved to play with our Mum and Dad.
When we grow up, we leave them; only come to them when we need something or when we are in trouble. No matter what, parents will always be there and give everything they could just to make you happy.

You may think the boy is cruel to the tree, but that is how all of us treat our parents. We take them for granted; we don’t appreciate all they do for us, until it’s too late.

Dua:♥ May Allah forgives us of our shortcomings and may He guide us. (Ameen)


By Islamic Book


nur insan
bilik JMK (pendaftaran pelajar GSTT)
12 feb 2012 (1.50 pm)

p/s:manisnya apple hijau....

Wednesday, February 1, 2012

MATA YANG MENJADI TARUHAN....

Salam mahabbah dipagi hari yang sangat indah=)... alhamdulillah hari ni skali lagi kita bangun dengan nafas baru... insya'Allah, pagi ni sekadar ingin berkongsi kisah seorang srikandi islam yang bernama ZINNIRAH.... (hasil perkongsian ustazah google:)... moga kita sama2 bleh menghayati kisah ini....



Zinnirah menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.

Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...

Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta (ada juga sumber menceritakan dicucuk dengan besi panas). "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.




salam kemanisan...
nur insan
01 februari 2012 (8.30 am)
p/s: sanah helwah ukhti ku sayang nor mazni... moga allah merahmati...