Monday, January 16, 2012

JANGAN DITANGISI PADA YANG PERGI...



'Jangan ditangisi pada yang akan pergi... tapi fikirlah pada yang bakal mengganti...'

'Kuatkan diri... jaga adik2...'

[pesanan keramat, penguat semangat, dari kakak2 ku yang hebat!]





Masa... terlalu pantas berlari...perjalanan yang ku rasakan baru ingin belajar merangkak, rupanya memerlukan aku terus berjalan dan adakala berlari.... ya Allah, alangkah lekanya aku pada putaran waktu yang sentiasa berjalan tanpa menunggu....



Dahulu, aku punya 'kakak' dibumi tarbiyah ini....
kini aku pula yang bakal menjadi 'kakak' itu...

Dahulu, aku hanyalah anak kapal dalam bahtera bulatan gembira ini....
kini aku lah nakhoda yang perlu mengemudi...

Dahulu, aku hanya mendengar mereka berkongsi kisah dan pengajaran....
kini kisah dan pengajaran itu harus aku yang sampaikan....

Dahulu, fikiran ku untuk ummat hanya segitu pendeknya....
kini fikiranku untuk ummat harus segituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu panjangnya....
Dahulu pesan mereka begini:

'adik2 adalah bakal pengganti kami yang akan duduk dan berdiri di tempat yang kami duduk dan berdiri ini'....

Kini masanya semakin hampir, tempat itu memerlukan kami yang mengisi....


Ya Allah...
Aku perlu hijrah... Aku perlu islah...
Kuatkan aku untuk itu, kerana aku hamba lemah...



'jika bukan kita, siapa lagi....
jika bukan sekarang, bila lagi...
jika bukan disini, dimana lagi....'







Ya Allah,
Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dahsyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya...

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda....

Moga aku adalah mukminah yang tahu harga dan nilainya sebuah perjuangan....




:: Ya Allah, kuatkan aku dengan ayat cinta-Mu ini, yakinkan aku dengan janji-Mu...
'dan berjihadlah di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilihmu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan (kesulitan)...'
al-hajj: 78::



~temukan aku dengan tahajjud-Mu, kerana disitu kekuatanku~
~tenangkan jiwaku dengan ayat-Mu, kerana pada-Nya pengubat rindu~
~tumpahkan titisan jernih mataku ke alas sujud itu, kerana ia penghapus dosaku~
~moga aku kembali kepada-Mu, bukan kerana pengaduan, tetapi kerana kecintaan~



::nota ringkas buat mereka::

~Barokallahulakuma wabaroka'alaikuma wajama'a bainakuma filkhoir ukhti Hidayani Ahmad utk pernikahannya 15 jan 2012 (semalam)~

[perantaraku dengan dunia baru]
[asif along... acik xdpt hadiri majlis bahagia along akibat terperangkap dalam KTM semalam.... doakn acik, moga pemilik tulang rusuk kiri ini adalah muslimin soleh, penyejuk hati dan penenang jiwa.... ]
http://www.emocutez.com

~Selamat pulang ke Labuan ukhti Herwana Herman~
[mengajarku erti sebuah kekuatan dan persahabatan]

~Selamat berjuang ukhti Fizah Halim~
[insan yang membantuku saat aku keseorangan dahulu]

~Teruskan berjuang buat semua sahabat se-iman... moga Allah merahmati kalian~





::bicara hati sebelum last paper jam 2.30 p.m ni::

p/s: bahagia buat along....

nur insan
KHAR
16 jan 2012 (9.00 am)

Thursday, January 5, 2012

NILAIAN PERTEMUAN~






pada perkiraan alam,
pertemuan kita antara dua makhluk bumi

pada takdir langit, kau mungkin merah, atau ungu
atau coklat atau kuning yang mewarnakan lukisan hidup aku

pada 'tulisan' Penguasa, kau sesungguhnya sebahagian dari 'akan' dan 'pernah'
yang tercatatkan dalam kitab hidup aku....



~aku, kau... tak sama dan berbeza.
mengapa dilihat buruknya apa yang kita miliki,
sedang manusia itu ada anugerah yang berbeza~


~aku, kau... tak sama dan berbeza.
mengapa dinilai bezanya kita,
sedang persamaan itu memupuk kesatuan~


~aku, kau... tak sama dan berbeza.
ia bukan alasan untuk kita berjauhan,
ia sebuah kelengkapan yang memerlukan~


~haikakatnya... kita sama disisi-Nya, hanya amal yang membezakan~
moga pertemuan ini mendekatkan kita dengan-Nya walau kita dari kisah silam yang tak serupa......


::hargai, syukuri, rasai, nikmati pertemuan::



~pertambahan umur yang memberi peluang sekali lagi~
nur insan,
05 jan 2012 (12 a.m.)...



Wednesday, January 4, 2012

KALAM IMTIHAN...






Salam mahabbah dalam mood exam.... (bila dah namanya student, maka memang xleh l
ari dari exam, ujian, test, kuiz dan sebagainya^^).... ermmm... dah lama tak up-date teratak... fuhhh.. berhabuk!


Entry ni buat sahabat2ku.... moga ia kalam taujihad, pembakar semangat....!


sahabat.... kte semua dah berusaha untuk hari ini...namun andai dirasakan kita masih belum buat yang terbaik, jangan lemah krn i2, krn kita masih perlu menempuh hari2 mendatang yang sedang memanggil dgn seruan jihad dijalan ilmu... Lepaskan hari ini sebagai pengajaran untuk perbaiki hari esok...
bersangka baiklah dengan apa yang Allah telah takdirkan untuk hari ini, krn sangkaan i2 akan membuahkan hasil... andai baik, maka baiklah ia... yakinlah sahabatku sayang, Allah bertindak dengan sangkaan hamba2Nya...


“Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).

Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



salam bittaufiq wannajah fil imtihan!.. teruskan langkah perjuangan...


::pagi tadi, sebelum masuk exam call mak jam 8.42pagi...::

aku: assalamualaikum... mak....
mak: waalaikumussalam...
aku: mak buat apa tu?
mak: takde apa, ni jan (kakakku) dah lambat nak p keje...
aku: mak.... cmne ni....... (ayat biasa.......)
mak: exam kan arini?
aku: aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....... aah, ni satg nak masuk... kul 9 start...erm...
mak: takpe... A tu... amin....hehe....
aku: hehe.... doakan kita mak (senyum sampai telinga)
mak: insyaAllah... sentiasa....
aku: ok mak... bye.... sayang mak!... assalamualaikum
mak: waalaikumussalam... ok, jawab elok2....

TUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTUT

rindu mak! rasa nak terbang balik sekarang jugak!...



::saat itu teringat pada ayah yang dulu menghantar dan menjemputku disekolah.... menantiku dengan sabar... menungguku hingga kelas berakhir... terlalu banyak yang dikorbankan... nasihat ayah takkan ku lupa..... saat aku terjatuh, nasihatnya sering menyapa, yang membangunkan aku kembali hingga aku tiba dipuncak...
'kak teh jangan banyak main sangat...' aku senyum...
'tapi main sikit takpe kan'=)....
~al-fatihah buat ayah dan semua muslimin dan muslimat yang telah kembali ke negeri abadi dan yang masih di alam fana~
buat sahabat2 bakal guru, selamat ber'imtihan' dan selamat kembali ke sekolah buat adik2...::



~MENGHARAP MARDHATILLAH, dapat A ALHAMDULILLAH~

DOA IBU BAPA

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka


Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas

didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..





~kalam imtihan.....

KHAR
Nur Insan
03 Jan 2012 @ 2.00 pagi....