Sunday, March 20, 2011

Kerana Malu...






NUKILAN UNTUK ANGKATAN SASTERAWAN MUDA (ASASMU~UPSI)

Kerana malu…

Aku menunduk pandangan,

Aku takut andai mataku menjadi punca penzinaan,

Aku khuatir andai mataku adalah titik permulaan yang menggetarkan jiwamu,

Aku bimbang andai mataku membawa aku ke lembah penghinaan lantaran melihat diluar batasan

Aku cuba melindungi mataku lantaran aku tahu keindahan penciptaannya….

Aku cuba mengawal mataku kerana aku tahu perintah-Mu…

Moga Allah mengampunkan dosa-dosaku…

Moga aku lebih berhati-hati dengannya…


Kerana malu…

Aku jarang bersuara

Madahku hanya terdengar bila perlu,

Kerana aku takut bicara tanpa tulang dari lidahku adalah musibah buat diriku,

Aku khuatir andai bibirku menjadi saksi diakhirat yang merugikanku,

Namun diamku bukan bermakna aku setuju secara tuli,

Diamku juga tidak bererti aku gentar,

Diamku juga tidak pula membawa maksud aku rela tanpa hujah,

Cuma aku bimbang andai suaraku lahir dari hati yang sakit,

Kerana suara hati itu lebih tajam dari pena yang menikam…

Hakikatnya, bicaraku 'ingin' sekali penuh hikmah…


Kerana malu,

Aku sering sembunyikan wajahku…

Kata mereka malu itu biarlah bertempat,

Memang benar aku lebih suka menundukkan wajahku,

Namun aku tahu bila mana ianya perlu,

Bila bertemu mujahid sejati,

Maluku bertambah lagi,

Hingga akhirnya wajahku tersembunyi sendiri,

Jangan kerana sering melihatku begitu, maka dirimu berandaian jumud terhadapku…


Kerana malu,

Aku lebih suka kemana-mana dengan mahramku,

Bukan kerana manja atau kerana tidak mampu berdiri di kaki sendiri,

Tapi andai tempat itu sememangnya butuh teman untuk mendamping,

Mengapa aku harus menolak kehadirannya,

Aku hanya ingin melindungi diriku dari fitnah,

Aku hanya ingin menyelubungi diriku dengan kemuliaan seorang wanita,

Kerana setiap kali wanita itu keluar dari rumah, itu maknanya syaitan memerhatikannya…


Kerana malu,

Aku melabuhkan tudungku,

Aku gagahkan diriku mengikut syariat,

Memang benar syariat itu bermula dengan mujahadah yang panjang,

Melawan keinginan nafsu yang sering meminta aku mempamerkan keindahan ciptaan-Nya,

Namun akhirnya malu itu membawa aku agar teguhkan pendirianku,

dan kerana malu, aku semakin melabuhkannya…


Kerana malu,

Aku sering menghabiskan waktu dirumahku,

Bukan aku tidak mahu keluar bersiar-siar diwaktu senggangku

Namun rumah itu adalah tempat terbaik buatku

Dan aku pasti akan keluar, andai keperluan memerlukan aku berbuat begitu…


Kerana malu,

Aku sering menyembunyikan rahsia hatiku,

Aku bimbang andai hatiku tidak dibalut rasa malu,

Maka aku akan bertindak melulu,

Aku juga bimbang andai hati memaksa aku untuk memilih mengikut kehendakku, dan bukannya keperluanku..

Bukankah itu akan mendatangkan kekecewaan buat diriku…

Kerana itu,

aku cuba merendahkan hatiku, serendah dasar lautan…

Dan ku pasakkan setinggi tekad dihujung jalan….


Kerana malu,

Aku cuba tanamkan sifat hamba dalam diriku,

Malu ku kerana cintaku,

Malu ku kerana kasihku,

Malu ku kerana keindahan-Mu,

Malu ku kerana kekuranganku,

Malu ku kerana keagungan-Mu,

Maafkan aku ya Rabb, kerana malu ku sebenarnya belum cukup mampu menghalang dosa-dosaku…


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”


Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
"Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)






Nur Insan @ Srikandi Nazira

KHAR,

UPSI

~23 Januari 2011~


Monday, March 7, 2011

QUOTE OF THE DAY 5... (AKU DAN HATI)



"Orang beriman selalu punya cara sendiri untuk menjaga hatinya, meski berlawanan dengan apa yang ia terima dalam kehidupan... Saat mendapat musibah, air matanya menitis, tapi hatinya terilham untuk menyakini bahawa apa yang terbaik untuknya. Fizikalnya mungkin lelah, fikirannya mungkin penat, tapi tidak dengan hatinya yang terus yakin apabila ia diuji oleh Allah itu adalah tandanya bahawa Allah masih sayang padanya... Subhanallah, semoga kita termasuk dalam golongan hamba-Nya yang bersyukur dan bersabar..."
~kak wana~



"ya Allah... jagalah hati2 kami dari berpaling dari-Mu...
Jauhkanlah kami dari beban perasaan yang mengheret kami ke lembah kehinaan...
Lindungilah kami dari bisikan syaitan yang menghasut..."








~Nur Insan@Srikandi Nazira~
KHAR,
~07 MAC 2011@1.23 am~

Thursday, March 3, 2011

WARKAH RINDU BUAT USRATI...


Salam rindu selautan kasih, seluas benua buat usratiku, 244...
Ya Allah... hari ini rindu tu makin menyesakkan jiwa...
Semua benda dah jadi tak kena...
Fokus lari entah ke mana...
Akhirnya, tak tahu nak buat apa maka tertaiplah entry ni....
Tolonggglah wahai diri....
Kawal dirimu...


Usratiku...
Kalian sentiasa ada untuk diriku,
Mendengar kisahku,
Bercerita denganku,
Berkongsi rasa denganku,
Mewarnai hidupku...

Adakala kita bergaduh,
Adakala kita menangis,
Adakala kita bermasam muka,
Dan mak dan arwah ayah dahulu adalah pendamai rasa,
Hingga akhirnya kita bergelak ketawa,
Dan 'kita' itulah yang istimewa,
Sungguh itulah yang mengeratkan...
Dan aku rindu untuk pulang ke 244 untuk kembali menyulam cinta...




Usratiku... beruntung aku kerana Allah mengizinkan aku memiliki kalian... anugerah Allah yang tidak ternilai... Moga Allah masih menciptakan pertemuan antara kita....rinduuuuu nak balik rumahhhhh....!




Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hihupku 'kan ku bangun
di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku



Salam rindu di batasan waktu...
Renungan cinta buat diriku...
Buat usratiku di Pahang....

nur insan@srikandi nazira
~pentarbiyahan syuhada islam~