Sunday, October 30, 2011

TRAVELOG DIRI


Salam dari teratak bonda... hari ni adalah hari terakhir aku diteratak ini setelah aku pulang ke rumah pada hari jumaat (28/10) baru ni... dan esok aku akan kembali ke kolej tercinta untuk kembali seperti biasa... setelah hari2 yang aku lalui penuh dengan luar biasa...

Sebenarnya, aku sendiri tak tahu kenapa aku nak sangat balik rumah... nak kata aku rindu, rindu yang sekian lama ada itu telah terubat bila mak, angah, jan dan zudin datang kolej hari isnin (24/10).... bukan aku tak biasa menahan rindu pada mereka sebelum2 ni... tapi kali ni terasa lain dan aku tahu aku memang perlu pulang...pulang mencari hati yang baru... (hingga aku tidak menghadiri kem anjuran KASIH yang telah ku bayar sebanyak RM70... maaf salina, sebab zira tarik diri last minit...)

Sukar untuk aku jelaskan sebenarnya... benarlah, hati adalah punca semuanya... andai rosak hati, maka punahlah semua... Allahu rabbi... maafkan aku ya Allah...


Bicara soal hati...

Semuanya bermula dengan hati...
Jika rosak hati, maka punahlah segala...
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pergi...
Walau mungkin kepergianku hanya seketika....
Walau sukar untuk aku jelaskan sebabnya....
Namun biarlah hanya hati ini yang merasa....
Mungkin luarku kelihatan biasa...
Mungkin senyumku masih ada...
Namun hati sudah tidak tahu mahu berkata apa...

Ya Allah...
Sungguh aku semakin tidak kenal diriku...
Andai hatiku mati,
Aku mohon hadiahkan aku hati yang baru...
Hati yang lebih lembut pada-Mu...
Hati yang lebih kasih pada-Mu...
Hati yang cinta untuk berjalan dijalan-Mu...
Hati yang kasih pada-Mu...
dan
Hati yang kasih pada orang yang mengasihi-Mu...


Pejalananku kali ini, membawa aku banyak berfikir pada setiap perbuatanku...
Perjalanan kali ini, sekali lagi mengajarku...
Esok aku akan kembali,
Moga kembalinya aku dengan hati yang baru...




::Hakikatnya, berdoalah pada Allah untuk hati yang baru... tidak perlu mencari hati hingga jauh membawa diri... kerana Allah mendengar rintihan hamba-Nya walau berada diceruk bumi mana sekalipun::




~Catatan dari seorang hamba yang hina~

nur insan @ srikandi nazira
teratak bonda
30 okt. 2011 (4:16am)

Thursday, October 20, 2011

PESAN BUAT HATI...


Salam ukhwah buat semua=)....

Sedikit kata2 untuk hari ini...


Andai dirimu disakiti, tulislah di pasir agar ia boleh hilang dengan mudah apabila pantai mula berubah...
Dan andai batu itu menjadi tempat dirimu meluahkan, nescaya semakin meranalah hati kerana batu yang terukir akan sentiasa berbekas....!

(pilihan ada ditangan, pilihlah untuk bahagia!)






~pilih untuk bahagia~

Srikandi Nazira@ Nur Insan
20 okt. 2011 (1.46 am)

Monday, October 17, 2011

MENTARI MUNCUL KEMBALI...






Salam ukhwah dalam kemanisan iman.... alhamdulillah,

hari ini kita masih diberikan kesempatan dalam kesempitan...Entry kali ni khas ku tujukan untuk insan2 yang aku rindu dijalan perjuangan.... moga Allah merahmati kalian dan moga kita bersua kembali dengan izin Allah...


Buat insan yang aku rindu dijalan perjuangan...
Hadirnya dirimu disaat aku baru belajar bertatih...
Namun kerana semangatmu, aku tekad menyalur kefahaman...
Biar dengan kefahaman itu, kita sama2 belajar berlari...
kerana semangat akan pudar, namun kefahaman akan terus
menyinar...

Pernah aku hampir saja tersungkur dimedan ini...
Namun kehadiranmu penyembuh lukaku...
Dirimu tetap berdiri disampingku...

Suka, duka, tangisan dan ketawa pernah kita kongsi bersama...
Hingga aku lupa bila kali pertama kita bertegur sapa....
Allahu rabbi... sungguh aku rindu insan2 ini...

Buat insan yang aku rindui dijalan perjuangan...
Doakan aku disini... kerana kalian pengubat jiwaku!



Bila bicara tentang perjuangan dimedan dakwah, ikhlas itu rukun yang kedua selepas kefahaman... bila sudah ada kefahaman, ikhlas itu pasti hadir!... mem
ang benar, ikhlas bukanlah perkara yang mudah kerana memahami erti ikhlas itu sendiri sukar... Namun alangkah indahnya andai ikhlas itu ada... subhanallah, hebatnya seorang daie itu kerana keikhlasan yang dimiliki!... Bayangkan, dengan ikhlas semua perkara akan dilakukan dengan senang hati, kerana ikhlas itu juga boleh ditafsirkan dengan gembira apabila melakukan sesuatu=)....moga aku dan mereka terus thabat!



::ya Allah... aku sangat ingin menyulam ukhwah bersama mereka... aku ingin larian ini bersatu kerana hati... sungguh mentari itu telah muncul lagi....::





~bila hati bicara~

... srikandi itu bukan hanya pada nama...
16 oktober 2011 (1:29 am)



Tuesday, October 11, 2011

BICARA TENTANG WAKTU




Ia bagaikan pedang yang sedang membunuhku dalam diam....
Ia bagaikan belati yang menghiris nafasku dalam lelah...
dan aku????
Apa mungkin membiarkan ia terus berlaku dan berlalu....

Titipkanlah aku kekuatan ya Allah...
Untuk mengharungi samudera waktu yang terus memburu!


"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa." (HR Tirmidzi).

~apa jawapanku kelak???~
...Allahu rabbi... ampunkan aku atas segala keterlanjuranku....


~musafir berkelana dibumi murabbi~

8.42 PM@11/10/11