F F December 2010 ~ ...PenCArI reDhA iLaHi... Sumber : http://sandydoank12.blogspot.com/2011/10/cara-buat-headlines-slide-show-pada.html#ixzz1ciRYCobR
...Tanganku akan hancur di dalam tanah,Yang kekal hanya tulisanku di atas buku, Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, Doakan keselamatan aku dari azab ~Imam Shafie~ ....

NIKMAT UJIAN...TERSENYUM DALAM KEPAYAHAN

Buat adik akak yang sedang diuji.... Saat mendengar luahan adik semalam, hati akak juga tersentuh... Akak juga pernah menghadapi hari2 sukar saat menghadapi peperiksaan SPM lantaran terpaksa mewujudkan "rumah kedua" dalam diary hidup ini...

BUAT HAWA: HARGA SEKUNTUM CINTA

Adalah suatu perkara yang sangat meyedihkan apabila mendapati sahabat dan saudara sejantina serta seagama, mempertaruhkan maruah diri semata2 kerana tidak mahu 'jual mahal'. Malah bagi diriku sendiri hal ini merupakan perlakuan yang sangat kejam buat diri sendiri.

MENCARI CINTA: COGITO ALLAH SUM

Semakin berjibaku wacana-wacana filsafat, aku semakin meragukan Hakikat Keberadaan Allah Hingga sempurnalah aku yang dulunya rajin ibadah kini enggan shalat, puasa, ngaji, suka maksiat, jago dugem, dan sebagainya.

Thursday, December 30, 2010

DOA ELAK MAKSIAT


Doa ini adalah untuk menharapkan anak atau kenalan anda hilang rasa untuk melakukan maksiat dari Ustaz Zahazan Mohamed....



Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini: (Jika sukar membaca, copy, pastekan di atas microsoft word anda dan besarkan saiz tulisan)



اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya”

Riwayat Ahmad no.22265



Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a, ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina. Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:


apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”


tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.


Bagi yang ingin mendapatkan doa2 seperti ini sila dapatkan daripada buku 101 Doa drp hadis2 sahih Terbitan Telaga Biru sdn Bhd.

Wednesday, December 29, 2010

PENGHUJUNG SEM SATU...


(NOSTALGIA INDAH SEMESTER SATU)


NOTE: ENTRY INI HANYA SEKADAR UNTUK MENCATATKAN TANDA TERIMA KASIH BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DAN SEBAGAI PENGHARGAAN BUAT DIRI SENDIRI!. JANGAN BACA DEMI MENGELAK ANDA MEMBUANG MASA!. TQ.
Salam mahabbah buat semuahttp://www.emocutez.com.... Alhamdulillah, hari ini sekali lagi kita diberi kesempatan untuk menghirup oksigen dengan banyaknya tanpa dikenakan sebarang bayaran... Alhamdulillah!.

Tirai semester satu telah secara rasminya berakhir semalam selepas aku menekan button semester registration di portal UPSI semalam^^... Alhamdulillah!... Suka duka semester satu yang ku lalui dengan seribu satu kenangan akan aku abadikan dalam lipatan sejarah hidupku...

Semester satu terasa lama buatku... Walau hanya mengambil masa beberapa bulan untuk menghabiskannya, namun cukup2 lama buatku.... Kata orang jika masa terasa lama, itu tandanya ada 'kepahitan' disitu... erm... Buatku... bukan pahit, tapi pengalaman... dan pengalaman ini yang akan menguatkan langkah perjalanan... Pengalamankan Guru Terbaik Kehidupan!.


Selamat Tinggal Semester Satu yang banyak mengajarku untuk KUAT dan lebih BERSEMANGAT! http://www.emocutez.com... Akhirnya aku berjaya menutup tirai Semester Satu dengan kepuasan dalam meraih keputusan final beberapa hari lepas... Dalam kepayahan aku meneruskan perjuangan sepanjang semester satu, akhirnya kemanisan yang ku raih... Benarlah, kepayahan di awal perjalanan akan membuahkan senyuman diakhirnya...

Terima Kasih Buat Emak, Emak dan Emak yang telah banyak bersusah payah mendidikku yang sangat nakal dan memahami diriku lebih dari ini sendiri memahaminya^^... Terima kasih buat Almarhum Ayah yang banyak berkorban demiku, menghantar dan menungguku tanpa jemu dan terlalu memahami diri ini... Terima Kasih buat adik beradikku yang tersayang, kita semua adalah pelengkap antara satu sama lain... Kita adalah adik beradik TERHEBAT^^...hehe...

Terima kasih buat Guru2 yang sentiasa menyayangi diri ini^^... Terima Kasih buat lecture2 tersayang... Terutama Dr.Malek yang mengambil berat..Moga kesembuhan Dr. Seiring kemantapan iman seperti yang Dr. harapkan... Dan Terima Kasih buat sahabiahku sekalian, terutama Cik Siti Hajar yang mai dari Utara^^...huhu... Syukran Jazilan ya Ukhti... Enti terlalu banyak bersabar dengan kerenah ana yang 'pening' ni^^... Sungguh Ukhwah kita adalah anugerah buat ana...

Sekalung Ucapan TAHNIAH buat sahabat B&K batch REALITI sekalian kerana kita semua berjaya menghabiskan sesi pengajian kali ini dengan senyuman=)... Moga kejayaan ini menjadi PEMBAKAR SEMANGAT untuk meniti kejayaan seterusnya...insya'Allah..


Akhir kata dipenghujung Sem Satu... Mencipta kejayaan adalah suatu yang sukar, Namun mengekalkannya lebih sukar... Jadi PILIHAN ditangan, PILIH dan BERANI untuk BERTANGGUNGJAWAB ke atasnya!.


Tekad Semester Dua:
  • Nak salin nota Lecture^^.
  • Tidak mahu 'melenggang' ke kelas.
  • Mesti segarkan mata^^
  • Nak rajin membaca^^.
  • Lebih menghargai masa
  • Mahu lebih sibuk.
  • Nak tidur awal.
  • Mahu lebih Fokus.
  • Nak lebih semangat.
  • Nak jadi pendengar yang lebih baik.
  • Mahu 4 flat???
  • Nak mula cari bahan untuk produkku^^.
  • Nak ...................... ???


erm... ok dakwat dah habis...!

Wassalam...

http://www.emocutez.com

Nur Insan@ Srikandi Nazira
Bumi Pentarbiahan Syuhada Islam
~12.30 am@ 29 disember 2010~



Monday, December 27, 2010

PILIHAN DAN TANGGUNGJAWAB


Salam mahabbah dengan senyum yang sentiasa terukir dibibir^^,v... huhu... Alhamdulillah hari ini dengan sedikit kekuatan, ingin sekali mengukir sesuatu diteratak buruk milikku ini...Insya'Allah...


"...Benih yang baik, kalau dicampak ke darat menjadi gunung,
Jika dicampak ke laut menjadi pulau..."



Sekadar mengingatkan diri yang sering lupa, dan sesiapa yang ingin mengambil pengajaran melaluinya...

Manusia yang HEBAT itu, campaklah dilautan api mana sekalipun pasti boleh berenang kembali ke pantai semula... Letaklah di dalam ceruk hutan mana sekalipun, pasti mampu untuk hidup dengan baik...


Kita manusia, sering mencipta ALASAN dengan memprojeksikan keadaan atau menyalahkan keadaan. Hingga adakala kita lupa bahawa PILIHAN ditangan kita, kita yang MEMILIH untuk menjadi itu, kita yang MEMILIH untuk melakukan itu, kita yang MEMILIH untuk berada disitu dan kitalah secara keseluruhannya MEMILIH untuk BERTINDAK BEGITU.
Misalnya, jika kita diajak keluar lepak2 dengan teman2, sedangkan dalam masa yang sama masih banyak yang belum distudy sempena minggu peperiksaan yang semakin tiba... Jadi mana satu yang akan kita turuti???...keluar sekadar lepak2 atau study???... PILIHAN DITANGAN KITA BUKAN???

Justeru kita perlu BERANI MEMILIH DAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS PILIHAN. Jika keluar lepak2, maka mungkin tidak sempat untuk cover semua subjek hingga berkemungkinan untuk tidak LULUS. Dan seandainya kita STUDY, maka insya'Allah dengan mudah kita menjawab peperiksaan tersebut.


Namun sedihnya, bila mana mata melihat orang lain mampu melakukan sesuatu... sedang diri tidak mampu... Diri mula mencipta alasan dengan meletakkan, individu yang BOLEH itu kerana mereka berada dalam ZON SELESA sedang diri sendiri tidak. Jarang sekali kita ingin memuhasabah kembali apa yang telah kita LAKUKAN hingga kita tidak mampu menjadi BOLEH seperti mereka...

Seorang senior pernah berkata padaku:
"Orang yang kata payah saat menuntut ilmu, itu bermakna mereka tak study." Saat mendengar kata2 senior yang dengan YAKINNYA berkata demikian rupa, terpana sekejap diri ini.... Tika itu aku berada di Tingkatan Enam Rendah... Hingga saat ini, walaupun senior tersebut telah jauh merantau di USM, namun kata2nya masih terkesan dihati...Fuhhh... makan dalam^^.v...
TQ kak shakilla kerana memberi motivasi yang sangattt terkesan!...


Erm... Cik Nur Insan, Ingatlah... Jika inginkan kejayaan milikmu, bukan mencipta ALASAN atas kekurangan diri. Tapi perbaiki KELEMAHAN yang ada.. Kaji semula dimana letaknya KEKUATAN... Jika orang lain BERJAYA, itu maknanya mereka BERUSAHA ke arah itu jadi mereka BERTINDAK untuk jadi seperti itu.... Bukankah formula hidup tu macam ni=

HIDUP = PILIHAN = TANGGUNGJAWAB

Dalam hidup, kita punya PILIHAN untuk MEMILIH... Lakukan PILIHAN yang TEPAT dan TERBAIK, kemudian, HARUS BERANI berhadapan dengan KESAN akibat PILIHAN yang dibuat. Dan itulah yang dikatakan TANGGUNGJAWAB terhadap PILIHAN yang telah dilakukan...

Sesungguhnya KEJAYAAN dalam HIDUP tidak datang BERGOLEK, usaha dan penat lelah harus didahulukan... Jika tidak mahu, maka sesungguhnya dengan senang hati kita telah menempah tiket untuk ke destinasi KURANG BERJAYA^^...kerana itu ANDAI TAHU SUSAH, TINGKATKAN USAHA.. ANDAI TERASA PAYAH, JANGAN PUTUS ASA... KEMENANGAN DARI KEPAYAHAN ITU LEBIH TERASA MAKNANYA;)


BANGKITLAH WAHAI DIRI... PILIH YANG TERBAIK DAN LAKUKAN YANG TERBAIK^^,V...
JADILAH BENIH YANG BAIK, DICAMPAK KE MANA SAHAJA PASTI MAMPU MENJADI YANG TERBAIK...
KERANA SESUNGGUHNYA KITA YANG MEMILIH UNTUK ITU...



We ARE ENTITLED TO THE BEST AMONG THE BEST...



Akhirul kalam... hidup harus berani memilih dan bertanggungjawab atas pilihan^^,...




http://www.emocutez.com

Nur Insan@ Srikandi Nazira
Bumi Pentarbiyahan Syuhada Islam...
~1.14am@27 disember 2010~



Friday, December 24, 2010

NIKMAT UJIAN...TERSENYUM DALAM KEPAYAHAN


Salam mahabbah wa rahmah buat pembaca sekalian^^... [wah... ada ke orang yg baca???..hehe... xpelah I consider have...bleh gitu???...huhu]... oklah, sedikit pengisian untuk hari ini... Moga ada manfaat.... Entry ni sebenarnya khas untuk "adik" ^^... Adik yang mana????... [Andai 'adik' terbaca pasti adik akan tahu ni untuk 'adik' =)..]




BILA ALLAH MENGUJI...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."...
(al-Baqarah 2/216)



Hidup ni xlepas dari ujian... Adakala kaki terasa kuat melangkah menuju impian, namun adakala terasa rebah sebelum dipenghujung jalan.... Ermmm... Memetik satu kata2 Saidina Ali r.a:

"Bukti seorang hamba cintakan sahabatnya, diberi kesenangan kepadanya,
Bukti Allah cintakan hamba-Nya,
maka ditimpakan kesusahan dan kesakitan..."


Sebagai hamba-Nya beruntung bila mana kita teruji, itu bukti Allah masih pedulikan diri kita... Dan lebih beruntung bila mana kita bersabar dengan ujian tersebut... kerana ujian itu pasti akan meninggikan darjat buat orang2 yang bersabar dengannya^^...

Allah itu Maha Adil, setiap musibah atau kesusahan tidak akan diberikan kepada kita diluar batasan kemampuan hamba-Nya...

”Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya…” [Al Mu'minuun:62]



Buat adik akak yang sedang diuji.... Saat mendengar luahan adik semalam, hati akak juga tersentuh... Akak juga pernah menghadapi hari2 sukar saat menghadapi peperiksaan SPM lantaran terpaksa mewujudkan "rumah kedua" dalam diary hidup ini...malah ketika akak baru sahaja melangkah 2 hari untuk menjadi student STPM 'ujian' itu kembali menyapa diri ini... Walhal akak baru sahaja ingin menanam tekad dan semangat baru... Saat itu memang ada airmata mengenangkan nasib diri...


Allah berfirman yang bermaksud: "Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan berasa) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." (Surah al-Baqarah, ayat 155).


Alhamdulillah Allah beri kekuatan... dan sekarang akak harap segalanya akan kembali seperti biasa, insya'Allah^^... Buat adik, jangan sekali-kali merasa payah untuk mengejar cita-cita lantaran kesusahan untuk kita memperolehnya... kerana disetiap kesulitan itu pasti akan ada kemudahan... kan semuanya diciptakan berpasang-pasangan..hehe...


Lagi pula andai dipermulaan perjalanan itu sukar untuk kita memperoleh apa yang kita ingini, akhirnya bila mana impian itu benar2 ditangan, ianya akan membuahkan hasil yang lebih menggembirakan^^...


Selagi mana punya kesempatan untuk berjuang mengejar cita2...Jom kita berlari mengejarnya^^... Ataupun apa kata kita anggap UJIAN itu sebagai NIKMAT
[think positive ni=)..] ... kerana jika kita sabar kita akan jadi orang yang BERUNTUNG... Malah itu bukti Allah SAYANG kita... Bila Allah sayang, bukankah itu NIKMAT^^...erm.. banyak betul NIKMAT yang hadir bersama ujian^^... Moga aje kita sentiasa berlapang dada dalam menempuh hidup ini dan menerima segala NIKMAT yang Allah beri^^... [pesan untuk diri juga=)..]



Nabi saw bersabda "Sesungguhnya yang lebih lama susahnya di dunia ialah yang lama gembiranya pada akhirat dan lebih lama kenyangnya di dunia akan lebih lama lapar di akhirat." (Riwayat Ibnu Asakir).



Akhir kata...moga Ukhwah yang terbina dirahmati dan diredhai Allah^^... Sesungguhnya akak tahu adik kuat orangnya.. dan entry ni untuk kuatkan adik lagi dan untuk mengukir senyuman dalam kepayahan buat insan2 yang sedang teruji... ketahuilah kalian disayangi Allah atas kesabaran yang dimiliki^^,..moga hari2 setiap kali kita bangun dari tidur kita bersyukur dan sentiasa tersenyum^^...





http://www.emocutez.com

Nur Insan@Srikandi Nazira
Bumi Pentarbiyahan Syuhada Islam
~1.30 a.m @ 24 disember 2010~



Wednesday, December 22, 2010

PATAH HATI!



Salam mahabbah (T.T)...... [mood: xde mood!]...


intro: [Betullahkan...manusia akan diuji dengan kata2nya]....




Selalunya bila hp berbunyi, tertera nama sahabatku yang seorang ni, hati berbunga2...
Senyum sampai ke telinga....
Maklumlah sudah hampir 3 tahun tidak bersua....

Tapi 2 hari lepas....http://www.emocutez.com
Mesagge darinya membuahkan kecewa (T.T)...waaa..waa...

Orang dah lah tengah sedih mengenangkan nasib diri diperantauan...
Dia menambahkan sedih....aaaaaaa....http://www.emocutez.com







Xpelah sahabat... pilihan ditangan... ana dah cuba pujuk enti,... enti tak nak jugak... ana nak wat cmne????http://www.emocutez.com .... Macam ana kata... moga Allah redha dengan pilihan... (T.t).... ana nangis sampai bengkak mata pun tak guna... Hati ana kecewa sampai pecah pun nak buat apa???...
[ayat lain macam je nih...ishk2... jangan putus asa wahai diri ...yahhhhhhttp://www.emocutez.com ]

http://www.emocutez.com... dah 2 ari kenapa asyik dok ingat je nih???...
[kerana inilah aku menaip tentangnya http://www.emocutez.com...ish2...]


Ana nak tanya, enti lupa ke hari yang enti col ana bagitau berita gembira tu????... Berjam2 kita gayut kat telefon [sampai orang pk lain pulak]... Ana gembira sangat... Enti ingat lagi tak kat surau time sekolah dulu.... bahu ini menjadi saksi airmatamuhttp://www.emocutez.com .... Enti nak tau x????... ana tahu berhijrah tu susah... Jadi adatlah kalau hati tu kadang2 cm tak kuat je... Yang ana hairannyahttp://www.emocutez.com, enti ni kenapa bila dengar Wat tu cakap camtuuuuu.......... enti dah mula goyah.....tu yang ana tak faham... enti ni dlu bukan jenis cepat makan dalam...tell me why????http://www.emocutez.com ..... [but i think i know...]... Wat tu pun satu jugak.... eeee.... lagilah tak faham.....http://www.emocutez.com



Akhirnya... meh kita layan lagu Patah Hatihttp://www.emocutez.com... moga2 hati kita cepat sembuh...sebelum tu.. aiman nak doalah....


::....Ya Allah... sesungguhnya Engkaulah yang membolak-balikkan hati2 kami...
teguhkanlah hati kami untuk selalu taat kepada-Mu... dan matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah...::



Moga hidayah Allah sampai dihati2 kita....



http://www.emocutez.com

Nur Insan@Srikandi Nazira
Bumi Pentarbiyahan Syuhada Islam...
~9.00 pm@ 22 disember 2010~


[HANYA WATAK YANG TERLIBAT AKAN MEMAHAMI...]




[pic by: matahari]

Tuesday, December 21, 2010

MENCARI CINTA: COGITO ALLAH SUM...




Salam mahabbah dalam kesegaran iman [insya'Allah]... Semakin aku berfikir, Allah semakin ada... Indah sekali kata2 ini... Itulah yang dimaksudkan dengan Cogito Allah Sum... Sebenarnya ianya merupakan tajuk sebuah buku tulisan saudara Lalu Mohamad Zainudin...

Aku telah beberapa kali menghabiskan masaku untuk menghadam buku ini... Sungguh, tulisan didalamnya sangat luar biasa.. Rasanya penulis tersebut seperti telah berpengalaman dalam bidang penulisan, walhal penulis baru pertama kali menulis...

Entah kenapa sejak sekian lama buku iniku baca, baru hari ini terlintas untuk menulis tentangnya diteratak ini setelah ditanyakan mengenai satu soalan...





Ada apa dengan Cogito Allah Sum???

Buku ini ditulis buat para pencari TUHAN... buku ini buat diri ana secara peribadi mampu menaikkan spirit dalam diri... Sungguh ada airmata saat menghayati apa yang berlaku pada Rayyan [watak utama]... Banyak liku2 yang perlu dilalui oleh Rayyan dalam misinya mencari Tuhan... Rayyan ini hakikatnya dilahirkan sebagai ISLAM, ayahnya pula seorang kiai yang sangat hebat...


Semakin berjibaku wacana-wacana filsafat, aku semakin meragukan Hakikat Keberadaan Allah Hingga sempurnalah aku yang dulunya rajin ibadah kini enggan shalat, puasa, ngaji, suka maksiat, jago dugem, dan sebagainya.
~petikan dari Cogito Allah Sum~



Tidak tahu bagaimana hendak ana khabarkan mengenai buku ini... Terlalu hebat tulisannya... Syukaran Jazilan buat Kak Wani kerana meminjamkan buku ini [dah buat macam harta sendiri pula^^]... Andai ada yang ingin memilikinya boleh lah beli di KINOKUNIYA, KLCC dengan harga RM23.00 sahaja...


Soalan Apa yang Ditanya???

Pagi semalam, sempat ana membuka formspring setelah dihujani dengan kebosanan tahap melampau... Tiba2 ana tengok ada simbol merah... 'Wah... ada soalan ni.. maknanya pagi2 ni da boleh berfikir^^..' huhu... Akhirnya ana membaca soalan tersebut dengan hati yang pelbagai... macam warna pelangi tu..kan ada macam2 warna..huhu... soalannya adalah berbunyi begini:


"bnar ke kita islam...? sape yg islamkn kite...? sedangkan zaman ini zaman akhir yang penuh tipu daya..."


Erm... soalan ni datangnya dari hamba Allah yang hanya diketahui berasal dari keturunan Adam, yang dijadikan dari tanah... Soalan ini mengingatkan ana pada antara part yang terdapat dalam Cogito Allah Sum...

Rayyan pernah bertanya pada Ustaz2 yang dikenalinya tentang islam...[namun soalannya adakala terlampau jauh] ...Rayyan benar2 inginkan jawapan, tapi seringkali Ustaz2 tersebut mengelak dari menjawab soalannya dengan jawapan bahawa, kita tidak perlu terlalu berfikir.... Hinggalah Rayyan berjumpa dengan seorang Pak Haji Misbah, Pak Haji tersebut ada menyatakan setiap persoalan pasti ada jawapannya... Namun saat Pak Haji tidak menemukan jawapan, Pak Haji telah meminta Rayyan bertemu dengan Kiai yang lebih hebat... Kiai tersebut hakikatnya adalah ayah Rayyan...

Memikirkan keadaan itu, ana pun cuba mencari jawapan melalui ilmu yang masih lagi terangkak-rangkak dan dalam proses belajar untuk memahami... Jadi jawapan ana sangat terhad dan ianya mungkin berdasarkan pandangan ana sendiri tentang apa yang ditanya... dan hanya itu sebaik2 jawapan yang mampu ana berikan berdasarkan kefahaman ana... Mohon betulkan ana jika ada salah silap...


Memetik antara puisi yang terdapat didalam Cogito Allah Sum yang membawa keinsafan dihati ini... Betapa sukarnya memperoleh hidayah Allah... Mudah2an kita semua tetap dengan hati2 yang beriman kepada-Nya...


Aku semakin percaya dengan ketiadaan-Mu,
Ketiadaan-Mu dalam kekosongan hatiku,
Ia terbukti,
Ketika aku mengharapkan-Mu,
Engkau tidak peduli kesengsaraanku,
Aku benci pada-Mu,
Ketika ketiadaan-Mu dihatiku...

Ketika dijiwa mereka Engkau berada,
Mereka menganiayaku,
Tiada belas kasihan,
Tidak layak aku memuja-Mu,
Tidak harus aku mengagungkan-Mu,
Engkau menganiayaku ketika aku cuba mendekati-Mu,
Engkau tidak sudi memandangku disaat aku memeluk-Mu...

Tertulis sifat-Mu dalam lamunanku,
Selalunya Engkau pilih kasih pada orang tertentu,
Dan tidak orang yang mencari-Mu,
Aku bertanya benarkah Engkau seperti itu???
Benarkah diri-Mu seperti yang aku sangkakan
atau aku salah tanggapan terhadap-Mu.
Aku tidak mahu minta pada-Mu yang menyeksaku,
Berharap pada-Mu yang tidak memberi petunjuk padaku...

Aku sebenarnya berharap mendapat harapan,
Memohon diberi petunjuk jalan
Mendengar kisah hidupku,
Dapat berlindung kepada-Nya bila diperlukan...
Bukan memohon pada Tuhan dalam fikiranku,
Memohon pada Tuhan dalam khayalanku,
Tetapi memohon pada Tuhan yang sebenar wujud,
Meminta pada Dia yang sebenarnya Dia,
Mengadu yang sememangnya ada...


Setiap kali mendengar luahan Rayyan lewat puisi ini... Hati ini turut tersentuh(T.T)... Inilah antara puisi terbaik yang pernah ku baca...




Wassalam...


Selamat menyelami hati Rayyan...


Nur Insan@Srikandi Nazira
Bumi Pentarbiyahan Syuhada Islam,

~5:00 am@21 disember 2010~



Sunday, December 19, 2010

Tahajud Seorang Hamba...


Dipenantian ini,

Aku sarat dengan rindu,

Aku sarat dengan cinta,

Hati ini remuk,

Resah dan dendam,

Menanti kasih yang tidak jua bertandang,

Salahkah aku untuk memahami cinta?

Tidak layakkan aku untuk itu?

Langkah ku tidak tegar untuk mehnah ini

Kakiku seakan rapuh untuk tribulasi

Kasihankan aku ya Rabb…

Aku pencari kasih dan damai milik-Mu

Aku butuh diri-Mu untuk itu

Namun mengapa suaraku seakan tidak pernah Kau dengari ?

Mengapa aku rasa sendiri-sendiri

Apa mungkin cinta-Mu tidak layak buat hamba sepertiku ?...

Sujudku dinihari memberi jawapan pasti…

Khilaf ku atas kealpaan yang membelenggu diri…

Cinta-Mu sentiasa ada saat aku diuji

Sakit itu bukti kecintaan-Mu

Buat insan, agar bercambah benih kehambaan…

Manisnya…. pasti dihujung jalan

Kecintaan itu perlu pengorbanan

Diuji demi sebuah keimanan

Moga malam sentiasa ada buatku.

Demi kekuatan yang aku butuh saban waktu….



~...Bicara seorang hamba yang inginkan CINTA...~


Nur Insan @ Srikandi Nazira

KHAR

UPSI.

~11.07 PM@ 19 disember 2010~

Saturday, December 18, 2010

APA SUMBANGANKU???


Hari ni aku ditanya satu soalan...

Apa sumbanganku buat islam???

............................................................

::Sesungguhnya setiap hembusan nafas ini akan dipersoalkan::
Apakah aku telah punya jawapan yang menggembirakan???






Muhasabah Cinta dalam Mengenal Erti Sebuah Kehidupan jua Menanti Sebuah Kepastian...

Nur Insan@Srikandi Nazira
KHAR,
UPSI TERCINTA.
~11.25 pm @ 18 disember 2010~

INDAH, ANEHNYA BERJAYA TIMES SQUARE


Tarikh: 16 Disember 2010


Tempat: Berjaya Times Square


Event: Reunion with NiZieYouRi (Budak Baik^^)



Salam mahabbah dalam kesegaran iman… insyaAllah [doa untuk semua]… Alhamdulillah tanpa dirancang secara rapi oleh geng NizIeYouRi, namun telah termaktub dalam perancangan Allah, maka buat kali pertama setelah 8 tahun tidak berkumpul bersama seperti dahulu, akhirnya pertemuan antara 4 orang teman sepermainan zaman kanak2 dahulu telah kembali bersatu… Walau bagaimanapun salah seorang dari kami iaitu Nurul@ Uyoi tidak dapat bersama….



Last kami bersama adalah ketika berusia 12 tahun… Kemudian terlalu banyak perkara yang telah berubah… Maklumlah, dahulu zaman kecik2 main lari2, menjadi kanak2 yang sangat nakal…huhu… hinggakan ustazah Mastura (ustazah kami) sendiri rasanya seakan tidak larat melayan kerenah dan kenakalan kami berempat.. [Maaf Ustazah…. Tapi kami tidak lagi senakal dahulu… kami tidak lagi mengenakan orang lain dengan memberi gula2 hacks hitam yang masin… kami tidak lagi ponteng kelas untuk makan ais krim hingga kena kejar dengan anjing dan kami telah tinggalkan segala kenakalan kami, (mungkin ada sikit lagi kot=)…huhu… semuanya insya’Allah sedikit sebanyak hasil nasihat ustazah masa kami di Kelas Fardhu Ain Saidatina Aisyah dahulu… Alhamdulillah]



Ya,… di Kelas KAFA lah geng NiZieYouRi ini tertubuh hasil gabungan nama 4 orang sahabat mengikut susunan kelahiran… Dan kenangan zaman kanak2 yang penuh tawa dan riang itu sedikit sebanyak kembali diingati semasa reunion ini dijalankan… Masya-Allah… mengingati zaman itu, huhu… senyuman pastinya tidak boleh lari dari bibir… alangkah bahagianya zaman kanak2^^,v…



Mahu sahaja aku menukilkan segala keindahan zaman kanak2ku bersama geng NiZieYouRi disini, namun rasanya tidak cukup 7 hari 7 malam untuk menaipnya=)… Dan pertemuan semula kami sangat bermakna!...


Sebenarnya inilah first time aku menjejakkan kaki di TS… Rasanya jika tidak kerana reunion ini, tidak tahulah bila aku akan ke sini…. Sempatlah aku bertemu dengan 2 orang insan yang aku kenali secara tidak sengaja disini… Seorang teman yang pernah se-dorm denganku iaitu Fatin… dan seorang lagi teman baru ku yang juga merupakan pelajar UPSI… Ermm… Apa yang ada di Berjaya Times Square???...



Kami bertiga telah turun naik escalator beberapa kali untuk mencari beberapa barang yang ingin dibeli dan meninjau TS yang seluas 7.5 million kaki persegi..fuh!.. besar tu… Disebabkan dalam kalangan kami bertiga tidak ada yang terlibat sebagai designer ataupun pekerja TS mahupun pemerhati TS yang tahu selok belok TS, makanya kami menggunakan directory board untuk mencari apa yang perlu dicari…huhu…



Pada awalnya kami merancang mencari baby store…[ehem…ehem… maklumlah nak menyambut kelahiran mujahid@mujahidah yang bakal dilahirkan oleh k.long tidak lama lagi^^… insya’Allah]… Kami pun baca direction, ‘Owh… tingkat 5 ada 1 baby store untuk New Born…” Kami pun melangkah menaiki escalator menuju ke tingkat 5… Kami pun mencari kedai yang dimaksudkan… Erm… setelah puas mencari, akhirnya kami temui sebuah kedai di bahagian hujung sekali… Aku sudah berkerut dahi… Azie dan Mazni turut sama kehairana… Puas aku membaca nama yang tertera dibahagian atas store tersebut ‘New Born’… “New Born ke ni???’ Aku bertanya… astaghfirullahhalazim….Azie dan Mazni ketawa… Aku turut sama tersenyum… ‘Boleh New Born macam ni???..’.. hehe….


Nak tahu apa tu New Born???... Baju perempuan yang bersaiz kecik sekecik baby yang new born… ya Allah… Moga2 muslimat semua terhindar dari memakai baju ‘new born’ tersebut… Inilah dia budaya zaman kini… Mengikut ilmu kaunseling yang aku sempat belajar, rasanya si pemakai pakaian sebegini menghadapi masalah ROSOTAN atau kembali pada zaman peringkat awal perkembangan sebagai mekanisme bela diri… mungkin kerana tidak dapat menerima keadaan semasa hingga membawa tingkah laku awal ke masa kini untuk rasa ‘selamat’.. erm… boleh jadi juga ya… Patutlah ramai wanita suka pakai pakaian adik2 mereka… kerana inginkan keselamatan… [TAFSIRANKU YANG MEMANDAI-MANDAI…TOLONG JANGAN PERCAYA!!!]…


Mari kita hayati ayat cinta ini :




“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengenakan (dan melabuhkan) jilbabnya (pakaian) ke seluruh tubuh mereka”. Dengan demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, dan dengan itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-ahzaab, 33: 59)



~Bukankah Allah dah janjikan keselamatan andai kita menutup aurat^^~




Setelah aku kecewa dengan pencari baju baby, kami melangkah ke destinasi seterusnya… Adik Azie baru sahaja selesai menjalani satu peristiwa besar dalam hidupnya sebagai seorang lelaki iaitu Bersunat =)… Maka sebagai kakak yang prihatin, Azie berhajat untuk mencarikan buku sebagai pengisian buat adiknya… Maka kami sekali lagi mencari direction board dan mencari dimana letaknya book store… Erm… Ada 1 book store kat tingkat 7… Mudah2an ini memang bookstore yang kami cari…huhu…Kami pun melangkah ke tingkat 7… “Rasanya belah sana kot….” Azie berpendapat… Kami pun melangkah dalam ketidakpastian… Suasana tingkat 7 agak lengang… Tidak seramai ditingkat bawah… “Entah2 tutup tak…” Azie sekali lagi bersuara… Kami terus melangkah… “Eh.. betullah Zie.. Tutup…huhu… ‘… Kami tertanya2 kenapa tutup pada hari bekerja… Aku terus memerhati pintu bookstore tersebut… Aku cuba membaca tulisan yang terdapat pada pintu kedai tersebut… ‘Hish… tulis apa ni???’ Aku merenung pula gambar yang terdapat di pintu kedai… ‘Macam pernah tengok…” Memoriku pantas memberi jawapan… Allahu akhbar… Aku memandang nama kedai yang tertera dibahagian atas… Astagfirullah al azim… SAI BOOKSTORE!!! Ya Allah…. Bukan ini yang aku cari….


Rupanya kedai tersebut adalah bookstore yang menyimpan ‘khazanah’ dakyah Sai Baba [Entahlah… aku sendiri tidak pasti type of book yang ada dalam kedai tersebut]… Astagfirullah al azim… Moga muslimin dan muslimat terhindar dari kesesatan yang dibawa olehnya…



Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.


~Al-Kahfi, ayat 110~




Sebenarnya aku tidak pernah pula terbayangkan keberadaanya disini… Lalu aku mula membayangkan, andainya Sai Bookstore telah ada di tanah airku yang tercinta, maka tidak hairan andai SB telah ada pengikutnya disini… Nauzubillah… mudah2an kita semua muslimin dan muslimat terhindar dari kesesatan…



Selepas itu, kami sekali lagi ke tingkat 3… Pusing2 sekitar tingkat 3… Erm… ada panggung disitu… Berbaris orang beratur untuk beli tiket… Aku memandang tanpa terlintas walau sedikit keinginan untuk turut serta dalam acara perbarisan tersebut=)… Erm… kenapa orang suka tengok wayang???... Aku sebenarnya sangat suka tengok movie… Dulu aku pernah bercita2 nak jadi pengarah filem macam Cikgu Abu Hasan Murad atau pengarah baru Habibur Rahman^^… Tapi insya’Allah aku akan melahirkan lebih ramai pengarah filem seperti mereka yang menjadikan filem atau drama sebagai medium dakwah… Erm, dah lari topik ni.. ok2… Kenapa panggung wayang perlu dijauhkan ??? Sebenarnya ada tiga sebab kenapa panggung wayang jadi haram yang ku petik dari iluvislam:



1. Cerita yang ditayangkan (mengandungi unsur-unsur haram di sisi Islam)


2. Kedudukan yang bercampur antara lelaki dan perempuan


3. Mengundang fitnah


Andai ingin juga menonton wayang, cikguku pernah kata, “Beli projector dan screen putih besar… Pasang kat rumah… Hari2 boleh tengok wayang…huhu…” Betul2…^^



Erm… tu jelah sedikit perkongsian mengenai reunion yang indah dan aneh di Times Square… Akhirnya sebelum kami tertinggal bas untuk pulan ke rumah, kami sempat singgah di Bookstore yang terdapat di sekitar Sogo… Akhirnya aku dapat sebuah diary 2011 yang comel^^.. [Sebenarnya buku lain yang aku nak beli]…


Kesimpulannya, Apa yang indah???... Pertemuan kami^^... Apa yang aneh???... Segala2 yang aneh di pandangan akal yang dipandu oleh iman...


Oklah… insya’Allah jumpa lagi…


Wassalam…



Cinta, Kasih dan Sayang…


Nur Insan@Srikandi Nazira

Teratak Bonda

~3.45 pagi @ 17 disember 2010~

~Sekarang 18 disember 2010@UPSI~

Friday, December 17, 2010

MENGUKUR SEBUAH CINTA...


Salam mahabbah dalam kesegaran iman... Insya'Allah...[doa untuk semua]... Malam ni sebagai muhasabah buat diriku yang sering lupa.... dipetik dari laman sirah.blogsome.com... Muhasabah cinta pada Yang Esa dalam mengukur sebuah cinta pada-Ny

Di dlm Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525 diriwayatkan kisah berikut:

Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa’d. Keduanya mulai berdoa. Sa’d berdoa terlebih dahulu:

“Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dgn musuhku, berilah aku musuh yg sgt perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).”

Abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah aku musuh yg gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bhw keduanya terpotong ketika aku berjuang di jlnMu dan jln Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”

Sa’d mengaminkan doa Abdullah tersebut. Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah.

Sa’d bercerita kpd anaknya, “Duhai anakku, doa Abdullah lbh baik drp doaku. Di senja hari aku lihat hidung dan telinganya tergantung pd seutas tali.”

Kisah ini tlh melukiskan sebuah cara utk mengukur cinta kita pd Allah. Sementara ramai yg berdoa agar mendapat ini dan itu, seorang pencinta sejati akan berdoa agar dpt bertemu dgn Kekasihnya sambil membawa sesuatu yg bisa dibanggakan.

Ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kpd anda: “Dr mana kau peroleh hartamu di dunia?” Anda akan menjawab, “Harta itu ku peroleh dgn kolusi dan korupsi, dgn memalsu kuitansi, dgn mendapat cipratan komisi.”

Allah bertanya lagi, “Apa saja yg tlh engkau lakukan di dunia?”

“Ku hiasi hidupku dgn dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga aku dipanggil menghadapMu.” Allah dgn murka akan menjawab, “Kamu benar!”

Bandingkan dgn seorang hamba lain yg ketika di Padang Mahsyar berkata kpd Allah:

“Tlh ku tahan lapar dan dahaga di dunia, tlh ku basahi bibirku dgn zikir, dan tlh ku curahkan waktu dan tenagaku utk keagungan namaMu, tlh ku hiasi mlm ku dgn ayat suciMu dan tlh ku letakkan dahiku di sejadah utk bersujud pd kebesaranMu.”

Dan Allah akan menjawab, “Kamu benar!”

Duhai.. adakah kebahagian yg lbh dr itu; ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya.

Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dgn membawa amal yg bisa kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yg akan menyenangkanNya?

Allahu ‘lam bisshawab.





Thursday, December 16, 2010

BICARA PADAKU TENTANG NUR





Dirimu kata kita sahabat...
Tapi kenapa tidak mengambil berat???

Dirimu kata sayang...
Tapi kenapa khilafku hanya dipandang???

Dirimu kata kita sentiasa bersama,
Walau jasad kita jarang bersua...
Tapi kenapa aku dibiarkan tanpa dipelawa,
Mengikut jejakmu mengenal Pencipta???

Dirimu kata berkasih kita kerana Allah,
Bermusuh kita nauzubillah...
Tapi kenapa dosaku kau anggap mudah,
Menegurku kau anggap payah???...

Mana pergi tanggungjawabmu sahabat???
Menegurku sebelum terlewat...
Sedang dirimu tahu aku butuh teman...
Menyinari gelapnya pandangan....
Akalku butuh peringatan...
Agar aku nampak dimana jalan...

Bicara padaku tentang Nur...
Agar aku nampak keindahan...
Sesungguhnya hati ini mencari Tuhan...
Tunjukkan aku jalan kebenaran...


~Di ilhamkan lewat pengalaman Ustaz Fitri~






Nur Insan @ Srikandi Nazira
Teratak Bonda
Pahang.

~12.35 am@16 disember 2010~


Wednesday, December 15, 2010

JOM DATING HALAL^^

[gambar sekadar hiasan]


Salam mahabbah semua moga bertebaran rasa mahabbah ke dalam hati dan jiwa setiap insan hingga mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah... [petikan puisi KCB=)...]
...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup oksigen dan udara yang sangat segar di atas puncak bukit...nyaman sekali^^,v...


Sebentar tadi aku telah menghabiskan hampir sejam di halaman rumah dengan emak tercinta sambil melihat keindahan bulan dan bintang yang banyak sekali di angkasa... Subhanallah cantiknya malam ni!^^,v... ermmm... dah lama tak berdating dengan mak...huhu... Inilah salah satu cara dating halal yang adakala telah dilupakan selain dari menikah mengikut sunnah... Maklumlah aku pernah mendengar ada yang berkata bahawa dirinya bosan lantaran tidak ada teman untuk diajak berdating. Masa tu menurutku dating itu HARAM... opsss... Bukan menurutku, tapi menurut ISLAM dan IMAN...

"..dan janganlah kamu menghampiri zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk.."
[17:32]


Maka jalan penyelesaiannya adalah berdating dengan ibu sendiri atau dengan mereka yang halal buatmu... Insya'Allah syaitan2 durja akan tergolek2 dan menghentak kaki tanda geram dan tidak berpuas hati..huhu... rasakan apabila usahamu tidak berjaya wahai syaitan yang menyesatkan^^...


Sepanjang berdating kami sempat mengambil beberapa shoot gambar =)...dan berbual tentang beberapa perkara termasuklah mengenai masa depan yang bagiku masih jauh sejauh bintang dilangit... Erm... tak sedar rupanya diri ini telah semakin tua...


Detik ini aku telah hilang sedetik lagi masa untuk merasai kenikmatan dunia yang sementara untuk kembali pada Pencipta... Bersediakah aku????...


Actually entry kali ini hanya sekadar ingin mengajak anda untuk menghubungi serta bermesra-mesraan dengan insan tersayang yang masih anda miliki... iaitu insan yang cintanya TANPA SYARAT buat kita... itulah IBUBAPA kita^^,v... Jom capai telefon untuk hubungi mereka... atau mungkin tatap wajah mereka dalam2 sementara masih punya waktu....


"Hargailah mereka selagi berkesempatan, moga sahaja andai sudah kehilangan tiada rasa penyesalan sebaliknya meredhai segala ketetapan, kerana sekurang2nya kita pernah menyatakan kecintaan dan pernah melukiskan kebahagiaan dihati mereka...insya'Allah... "



Salam muhasabah cinta dariku...
al-Fatihah buat ayah yang ku rindu...



Nur Insan @ Srikandi Nazira,
Teratak Bonda.
~1.54 am @ 15 Disember 2010~


~Drpd Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab,
“(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu..[jom sahur dan puasa hari ini]~

Monday, December 13, 2010

MENANTI EMAIL SAHABAT...


Salam mahabbah dalam kesegaran iman [mood menghirup udara segar, sesegar dan seindah ciptaan-Nya].. Urmmm… alhamdulillah dah sampai bentong, melihat gunung ganang dan awan yang cantik.. Wow!!! Subhanallah… Hebat^^,v… semakin aku berfikir , Allah semakin ada…

Dalam menelusuri hari2 dengan nafas kurniaan-Mu, tidak terucap lafaz terima kasihku… Alhamdulillah…^^


[mood hepy2 habiskan cuti^^… dan tengah berfikir menghasilkan entry berkaitan kaunseling… demi perkongsian ilmu…ermmm.. moga di ilhamkan idea=]….


Justeru, hari ini saya pemilik TERATAK NUR INSAN dengan ini mengisytiharkan bahawa saya sedang MENANTI kunjungan email dari seorang sahabat… erm… sudah hampir berapa bulan yer, tapi email tersebut belum juga berkunjung tiba… saya sendiri tidak pasti siapa yang bakal mengirimkan email tersebut… cuma saya pasti akan menanti kehadiran email tersebut kerana saya pasti isi email itu mampu membawa saya berfikir dan akhirnya insya’Allah mampu membawa kepada perkongsian yang bermanfaat dan seterusnya menjalinkan ukhwah… insya’Allah…


Buat sesiapa yang merasakan bahawa entry ini ditujukan buatnya… ketahuilah saya menanti email anda… insya’Allah jika ianya adalah persoalan, mungkin kita boleh bersama-sama merungkai permasalahan tersebut… andainya ianya perkongsian pendapat, mungkin kita sama2 dapat menimba ilmu^^,.. akhir kata dari saya, hidup baik2… moga Allah sayang kita semua… smile=)…




Nur Insan @ Srikandi Nazira

Disaksikan Allah, Bukit dan Bintang yang indah,

Teratak Bonda

Bentong, Pahang.

~11.44 pm@13 Disember 2010~


Alamat email = pemilik_cintaku@yahoo.com...

Hadiah Buatmu...^^


Salam mahabbah dan dalam kesegaran iman [doa buat semua, dan harapan buat diri ini]


~Sekali lagi terciptanya entry khas buat adikku Mohammad Aizuddin Bin Embong sebagai penguat semangatmu dan juga inilah hadiah dariku^^...huhu...
[no money for diz time...hehe]~



Dirimu pernah berpesan:
Sebagai wanita,
Tutup auratmu,
Jaga akhlakmu...
[saat aku tertinggikan suara dalam berbicara]


Pesanmu lagi:
Cubalah berdikari,
Jangan hanya menagih simpati...
[saat aku gusar menghadapi hari2 di bumi UPSI tanpamu]



Semakin kita menginjak dewasa, pelbagai mehnah kita lalui bersama... Hingga membawa kita terpisah asing di utara dan jauh di pantai timur... Pesan itu masih ada didalam memoriku... Dibawa bersama walau ke mana kaki ku melangkah... Hari ini, dirimu membawa khabar gembira dari bumi UDM... bonda pastinya insan paling bahagia... Itulah hadiah yang mampu diberikan sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan bonda yang sangat kita kasihi....

Tahniah dariku jua semua kakak2mu dan sejuta pengharapan aku pasakkan buatmu... moga ini adalah titik permulaan buatmu berusaha, kerana aku pasti, untuk meraih kejayaan hari ini, dirimu telah terlebih dahulu menanggung mehnah-Nya... moga sahaja terus thabat... Ketahuilah dirimu adalah imam keluarga kini... Amanah yang ditinggalkan almarhum ayah buatmu harus terlaksana sebaiknya... Jaga kesihatan jasadiah dan batiniah mu... Aku menunggu sesuatu darimu...

Akhir kata dariku:

Dalam menempuh hidup, imtihan itu adalah pasti, kerana kehidupan tanpa imtihan, umpama putih tanpa seri... Semakin diri diuji, semakin terpalit kematangan diri... Andai keimanan dijadikan paksi, pasti kemanisan akan dikecapi...

Wassalam...




Kak Teh@Nur Insan,
1-7-2 (3),
KHAR,
U.P.S.I.

~1:12am@13 disember 2010~


~Hadiah istimewa dariku, simple and sweet^^,v~

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More