Friday, September 17, 2010

KELAHIRAN ANAK SULUNGKU^^,...



(book mark CATATAN SANG MURABBI)



Salam mahabbah buat semua. Syukur alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk menarik nafas secara percuma dan masih bernyawa lagi... Mudah-mudahan kesempatan ini digunakan dengan sebaiknya sebagai bekalan untuk kita menuju ke destinasi abadi..insya'Allah...


Sebenarnya hari ini adalah antara hari yang menyeronokkan dalam hidupku^^,... Maka untuk berkongsi kegembiraan itu, aku menulis diteratak buruk ini. Nak tahu kenapa begitu teruja hari ini?, sebab anak 'sulungku' bakal menjengah dunia lagi 3 hari...huhu... Sebenarnya sudah lama aku menanti kelahirannya, namun baru kini aku benar2 memilikinya. Anak sulungku ini aku namakan 'CATATAN SANG MURABBI'^^,... Aku harap sangat agar kelahiran CATATAN SANG MURABBI ini lahir dengan isi yang sarat agar mampu memberi manfaat buat pembacanya kerana penghasilannya adalah demi menaikkan semangat mujahid dan mujahidah anak-anak2 didik ku kelak, agar tidak mudah putus asa dimedan perjuangan kehidupan ini terutamanya saat berada di ladang kebanggaan iaitu medan menuntut ilmu. Justeru, tema yang ku pilih bagi novel sulungku ini ialah 'Let mistakes be a keystone of your success'.

Namun hakikatnya, novel ini bukanlah untuk tujuan komersial, iainya tidak terdapat dipasaran kerana merupakan sebahagian dari tugasan assignment^^...



Sekalung ucapan Terima Kasih buat lecture ku Encik Mohd Nor kerana memberi kesempatan dan tugasan assignment menerbitkan novel buat kami pelajar BnK sem1, hingga akhirnya aku berjaya menghasilkan anak sulung ku sendiri yang telah sekian lama aku impikan...huhu^^,... Memang pengalaman yang menyeronokkan kerana aku berpeluang menjadi penulis, editor, pereka grafik dan akulah juga yang menjadi penerbitnya dibawah syarikat penerbitan khayalanku iaitu ENE's Publication Sdn. Bhd^^...




Sedikit renungan buat diriku dan sesiapa yang ingin berfikir tentangnya:








Dalam menempuh perjalanan ini ya Allah,

Terlalu banyak nikmat yang telah Engkau berikan buatku,

Cepat atau lambat, keinginanku akan Kau penuhi sesuai dengan peraturan-Mu,

Namun seandainya keinginan itu tidak aku perolehi,

Kau hadiahkan pula sesuatu yang lebih baik dari itu,

Namun sudah cukup bersyukurkah aku dengan nikmat-Mu itu,

Sudah ikhlaskah aku menerima takdir-Mu,

Justeru andai ada salah satu nikmat itu Kau ambil kembali dariku,

Layakkah aku untuk mempersoalnya pada-Mu,

Kerana itu, aku mohon keredhaan hati dari-Mu

atas segala ketetapan-Mu...







Salam kejayaan buatku^^,.... ila liqa' ma assalama...





Wednesday, September 15, 2010

SANAH HELWAH YA AKHI=)




"Selamat Hari Lahir,

Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,


Atas nikmat usia,"

(versi Saujana)




Entry kali ni special edition untuk adikku satu2nya iaitu Mohammad Aizuddin Bin Embong yang juga merangkap sahabatku dunia dan akhirat yang telah genap 18 tahun hari ini...huhu... dah tua dah..uwekz=)... Semoga bertambahnya usia seiring meningkatnya amalan...


Tiada seindah dan setulus murni lagi suci (....ayat apa ni http://www.emocutez.com....) hadiah yang dapatku beri melainkan doa semoga dirimu menjadi mujahid sejati yang tak gentar pada ujian dan tak takut dengan dugaan.... insya'Allah... Mudah-mudahan cita-cita dan impianmu yang 'satu itu' akan menjadi kenyataan... insya'Allah... aku sentiasa doakan dan sesungguhnya laksanakanlah impian itu kerana Allah semata-matahttp://www.emocutez.com...



Semoga dirimu juga berjaya didunia sebagai hamba yang mencintai Pencipta-Nya, umat yang menyayangi Rasul-Nya, anak yang soleh hasil didikan ibu dan ayah tercinta, adik yang mendengar 'nasihat' dari kakak-kakaknya yang tomey2http://www.emocutez.com , sahabat yang baik dalam pergaulannya, crew BAHTERA UniZA dengan ke-'tawadu'-kannya' ..huhu... dan insya'Allah berjaya juga diakhirat nanti...amin...


Ayuwah, buat kesekian kalinya aku menyayangimu kerana Allah...http://www.emocutez.com ... Moga kita semua disayangi Allah... okay sampai sini dulu... insya'Allah Ila liqa' ma assalama dengan perkongsian lain yang lebih menarik....
http://www.emocutez.com




Sunday, September 12, 2010

AIDILFITRI TANPA AYAH,,,,


Assalamualaikum dan salam mahabbah... sudah 4 minggu atau sebulan aku tidak meng-update blog ini. Terlalu banyak perkara yang telah berubah. Semalam rasanya aku baru je belajar merangkak, tapi rupanya hari ini aku telah hampir genap berusia 20 tahun.... Rasanya semalam, aku baru sahaja belajar ABC, tapi sekarang aku telah menganjak dewasa.... dan semalam rasanya baru sahaja aku berdegil tidak mahu mendengar kata AYAH yang tidak membenarkan aku berlari kerana takut diserang asthma, tapi kini aku tidak lagi seperti itu, malah perkataan asthma juga sudah hilang dari kamus hidupku... alhamdulillah...

Macam mana yer nak mulakan nukilan kali ini, terlalu banyak yang bermain difikiranku... Tanggal 21 ramadhan 1431 atau 31 ogos 2010 yang lalu jam 3.22 pagi, aku telah 'kehilangan' insan yang paling aku sayangi, yang memahami dan paling aku percayai iaitu AYAH ku setelah seminggu tidak sedarkan diri dan selepas seminggu itu, ayah kembali sedar dan kami sempat berbual sebelum kembali tidak sedar dan menghembuskan nafasnya yang terakhir disebabkan kegagalan pelbagai fungsi organ....

Aku akui, kehilangan itu menyebabkan jiwaku jua turut hilang walau mungkin aku cuba bersikap tenang.... Ucapan takziah dan perkataan 'sabar' yang diberikan kepadaku menambahkan lagi rasa sakit di jiwaku... namun syukran jazilan ya sodiqi wa sodiqoti atas keprihatinan kalian... Puas aku pujuk diriku sendiri... Sungguh Allah tidak akan menguji melampaui kemampuanmu!...
seperti kata Urwah b.Zubair, "... demi Allah kalaupun Dia mengambil sedikit dariku, Dia telah memberi kepadaku lebih banyak... Kalaupun Dia mengujiku sekali, Dia telah memberi keselamatan kepadaku berkali-kali."...

Sungguh, ramadhan yang ku nanti tahun ini terlalu istimewa buat kami sekeluarga... Tidak pernah terlintas perkara ini akan terjadi secepat ini.... semoga semangat ayah terus mengalir dalam jiwa kami dan Semoga AYAH ditempatkan dalam kalangan insan-insan soleh dan tenang disana... Al-Fatihah...

Buat EMAK, sanah helwah pada 1 september yang lalu iaitu sehari selepas pemergian AYAH... semoga EMAK lebih tabah... dan sungguh mahligai yang terbina hampir 30 tahun ini terlalu banyak kenangan yang tercipta....


;;..BUAT SEMUA PEMBACA, SALAM AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN ANDAI ADA YANG TERGURIS DENGAN TULISAN-TULISAN DIBLOG INI... MOGA KITA SEMUA DISAYANGI ALLAH...::



:: Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman...::
(ali-imran :139)