Saturday, July 31, 2010

PENULISAN:SETITIK DAKWAT, SEJUTA RASA, BERFIKIR TENTANGNYA



Dari mana datangnya ilmu jika tidak dari membaca... Dari mana datangnya bacaan jika tidak dari tulisan...



Erm.. bila dikaji semula ayat diatas rasanya agak kurang tepat frasa tersebut. Sebenarnya ilmu itu bukanlah sekadar dari membaca, tapi banyak cabangnya dalam menuntut ilmu, cuma mungkin kebarangkalian yang sangat tinggi adalah melalui pembacaan. Bahan bacaan pula terhasil melalui penulisan, betul atau salah???... hah, jawab jangan tak jawab!.




Pelbagai bentuk penulisan yang ada hari ini baik novel, cerpen, majalah, surat khabar, puisi dan seangkatan dengannya. Namun sememangnya penulisan kreatif menjadi kegemaran kebanyakan remaja dan boleh dikatakan termasuk diriku. Novel ni sebenarnya bagi diriku sama seperti bahan2 bacaan seangkatan dengannya seperti cerpen dan puisi, iaitu hanya imaginasi seorang penulis dalam membayangkan watak atau perwatakan serta plot penceritaan itu sendiri. Namun tidak boleh juga dinafikan adakalanya imaginasi itu terhasil melalui pemerhatian sekeliling atau mungkin pengelaman penulis itu sendiri.


Disebabkan wujudnya imaginasi penulis yang sangat tinggi maka tidak hairanlah andai tulisan tersebut mampu meninggalkan pelbagai rasa dan impak terhadap si pembaca. Sebagai contoh suka aku mengambil novel karya En.Azizi Abdullah salah seorang novelis yang sangat tersohor. Karyanya Memoir Seorang Guru (MSG) misalnya, sangat meyentuh perasaan. Novel tersebut merupakan novel yang terlalu sarat dengan emosi hingga tidak ada satu plot pun yang tidak beremosi. Penulis novel ini bagi diriku sangat berjaya dalam menonjolkan perasaan yang sarat dengan penyesalan, marah, benci, sedih dan pelbagai lagi rasa hingga mampu membuatkan pembaca turut merasakan setiap perasaan yang wujud dalam diri watak utama novel tersebut iaitu seorang ustaz yang mengajar disekolah rendah. Membaca MSG juga mencelikkan akalku bahawa tugas dan tanggungjawab seorang guru merangkap murabbi sangat besar dan berat serta sangat mulia. MSG ini juga membuatkan aku berfikir bertapa besarnya pengaruh seorang guru lebih2 lagi seorang guru sekolah rendah dalam mendidik jiwa2 pelajarnya. Sememangnya harus aku akui walau berulang kali membaca novel ini, namun perasaan bosan tidak wujud malah setiap kali itu juga air mata ibarat terlalu murah dalam menghayati jiwa watak utama yang penuh dengan penyesalan!.

Novel lain yang mungkin mampu memberikan impak terhadap emosi pembacanya ialah Anugerah Pertama karya Ramlee Awang Murshid iaitu penulis thriller nombor satu Malaysia. Apa yang menarik tentang Anugerah Pertama ialah novel ini mampu membuatkan pembaca merasakan seolah2 'pembunuh' dalam novel tersebut berada disekitar anda. Memang hebat karya ini. Hinggakan sampai ke satu plot dimana pembaca memang benar2 'takut' untuk meneruskan pembacaan jika berada berseorangan. Bayangkan betapa besar impak hasil penulisan novel Anugerah Pertama ini. Penuh suspen dan sangat mendebarkan pembaca. Walau bagaimanapun tidak harus dinafikan mungkin tidak semua yang merasakan debaran tersebut, namun segelintir yang merasainya sudah mampu membuktikan bahawa melalui pembacaan emosi atau 'rasa' turut sama 'terbawa-bawa'.

Beralih pula kepada bahan bacaan lain selain novel seperti Riwayat Bidadari Syurga karya Saudara Munif Ahmad, seolah2 berjaya meniup semangat ke dalam jiwaku untuk berjuang dan sentiasa kental juga sentiasa 'menjaga' cinta untuk Allah swt seperti mana Zinnirah serta Rabiyatul Adawiyah juga bidadari2 lain yang digambarkan dalam buku RBS ini. Sememangnya tidak dapat aku nafikan apabila kaki ini semakin lemah untuk melangkah RBS merupakan salah satu penyuntik semangatku untuk bangkit kembali.



Bagaimana pula dengan penulisan blog???... Erm... mungkinkah ada yang membacanya dengan 'rasa'???... Misalnya bagi entry di seteguh hati sendiri dengan tajuk 'buat hawa: harga sekuntum cinta'. Adakah wujud 'aura' dalam entry tersebut???... Hakikatnya sememangnya menulis blog bagiku bukanlah untuk melihat sejauh mana entry yang diterbitkan mampu menarik minat ataupun berlumba ranking ataupun seramai mana follower yang sudi mem-follow-kan diri, ianya lebih dari itu!...

Thursday, July 29, 2010

WANITA IBARAT SEMALU...


Pada suatu hari,Rasulullah S.A.W berjln-jln bersama puteri baginda,Saidatina Fatimah R.A.Setibanya mereka berdua dibwh sebtg pohon tamar,Fatimah terpijak pohon semalu,kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.


Fatimah mengatakan kpd bapanya apalah gunanya pohon semalu ituberada di situ dgn nada yg sedikit marah.Rasulullah dgn tngnya berkata kpd puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dgn wanita.Fatimah terkejut.Rasulullah menyambung kata-katanya lagi para wanita hndklah mengambil pengajaran drpd pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama:pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu(pada tempatnya)


Kedua:semalu mempuanyai duri yg tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu,wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga:semalu juga mempunyai akar tunjang yg sgt kuat dan mencengkam bumi ini bermakna wanita solehah hndklah mempunyai keterikatan yg sangat kuat dgn Allah SWT.


Dan akhir sekali,semalu akan kuncup dgn sendirinya apabila senja menjelang.Oleh itu,para wanita sekalian,kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.



*Ambillah pengajaran dari pohon semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yg kecil.
*Ambillah manfaat drpd peristiwa disekelilingmu....

Saturday, July 24, 2010

SUARA HATI LELAKI PENGHUNI SYURGA...


Wanita solehah,cerminan Ainul Mardiah...


Sabda Rasulullah s.a.w:

"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim

Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata, ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan, tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya...



Kemuliaan semua makhluk Allah adalah terletak pada nur taqwa...
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.

Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

Kerana itulah...

Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...

Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya...

Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...

Firman Allah dalam surah an-Nisa': 24

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah, Mardhatillah.

Rasulullah s.a.w telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud...

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim

Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. Wanita solehah itu adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya,serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya,tulisannya hatta namanya sekalipun, wajahnya bukan aurat,tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Dalam mazhab syafie ada khilafnya..berdasarkan ayat dalam surah an-Nur,30.

Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya,kecuali apa yang telah zahir daripadanya.


Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat, wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya, mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.

Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi, kerna memahami perintah Allah s.w.t padanya dalam surah al-Ahzab ayat: 33."

"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya".

Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi, pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib. Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian. Nabi Musa a.s telah mengambil alih tugas mereka memberi minum kepada binatang ternak mereka, apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa a.s dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa a.s ke rumahnya.(surah al-Qasas: 23-25)

Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya pada pandangan umum. Apabila ia berurusan dgn lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.

Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat(berdua-duaan). Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga perzinaan. Berbual-bual di telefon atau s.m.s antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua - duaan..fikirkanlah.

Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita".Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya, kerna ia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut. Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?. Maka, labuhkanlah tudung mu sehingga menutup juyub(tulung rusuk paling bawah) dan menutup punggung.

Ketahuilah bahwa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah saw,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab, seseorang telah menegurnya,"mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?". Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, beliau berkata, "aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah swt". Diriwayatkan juga ketika peristiwa Fathul makkah, Hindun datang berjumpa Rasulullah untuk memeluk Islam dalam keadaan berjilbab. Beliau telah siap menunaikan perintah Allah walaupun belum memeluk Islam.


Hari ini apa yang terjadi pada wanita Islam, bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya...

Wanita solehah juga tidak berpergian(keluar rumah) melainkan urusan yang mustahak.Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya. Para sahabiyah r.a tidak keluar dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal jalan -jalan di kampung mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah. Oleh itu, mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan pintas, dengan berjihad dan syahid di jalan Allah... Keluarnya wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan-papan iklan maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh Islam. Wanita kita hari ini melariskan produk keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka pada pandangan umum.

Aku bangga apabila ditanya pada seorang muslimah, "dimana tempat membeli belah paling besar di kota ini?". sedang ia menjawab, "saya tidak tahu". Seorang wanita solehah juga tidak bertabarruj(berhias diri)

firman Allah swt:

"Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah".



(surah al-Ahzab_33)

ya,memang benar...Islam itu mudah, tapi kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah terhadap Islam, dalam satu hadith dalam kitab hadith 40, Rasulullah s.a.w bersabda,


"Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, dan dosa itu adalah apa yang bergetar di hati kamu, dan kamu takut perbuatan itu dilihat orang

Wanita solehah itu adalah wanita yang menjaga pandangannya, kerna ia adalah perintah dari Allah(an-Nur,30-31), ia tidak akan mengizinkan dirinya untuk memandang atau dipandang lelaki ajnabi pandangannya sentiasa tertunduk ke bumi,lantaran sifat malu kepada tuhannya untuk berbuat kemungkaran atau mencetuskan kemungkaran. Tundukkanlah pandanganmu, ibarat mencari sesuatu yang hilang. Ketahuilah, kelak di dalam kubur manusia yang tidak menjaga pandangannya akan diajar oleh syuja'ul aqro, sekali ia menghembuskan bisanya ke bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh, dan di hari kiamat, dia akan dibangkitkan dalam keadaan buta.

Wanita solehah itu adalah wanita yang selalu menjaga pendengarannya daripada sesuatu yang melalaikan,umpatan dan cacian, wanita yang menjaga pendengarannya di dunia, maka di syurga kelak dia akan dapat mendengar suara Nabi Daud a.s membaca kitab Zabur, di mana sungai pun akan berhenti mengalir kerna kemerduan suaranya.

Dia akan dapat mendengar Rasulullah saw membacakan surah Yasin dan Toha.

Dan di hari puncak segala kebahagiaan untuk penghuni syurga, iaitu di kala melihat wajah Allah swt,Allah swt akan membacakan untuknya surah arRahman...MasyaAllah...


--------------------------------------------------------------------------------

Saudariku,


Bangkitlah dari lenamu yang panjang,

dan tidak berkesudahan,

sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,

kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,

walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,

yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas...

Saudariku...

hidup ini seperti mimpi,

seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja,

dipuji dan dipuja,

segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya,

tapi bila dia sedar dari lenanya,

dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa,

seorang raja yang bermimpi,

menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,

dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,

tapi bila raja itu sedar dari lena,

dia tetap seorang raja...

Saudariku...

itulah hakikat hidup di dunia,

kalau susah,susah yang sementara,

kalau senang, senang yang sementara,

tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia,

kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya...

Saudariku...

matanglah dalam urusan akhiratmu,

jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,

kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya,

jgn kerna kasih makhluk yg sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat,

jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...

Saudariku...

Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,

"sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,

itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan,

jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai,

yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,

di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya,

tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,

Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad.

yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...

Saudariku...

ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,

"barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"

lihatlah penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu,

moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,

mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a,

kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu,

tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,



seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?

Saudariku...

jadilah wanita solehah,

yang taat pada Allah dan Rasulnya,

teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,

jangan kau cuba menambah atau menguranginya

walaupun langit dan bumi menghimpitmu,

jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,

binalah hubungan baik dengan Tuhanmu,

beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan,

agar tarikan dan hembusan nafasmu,

di dalam keredhaan tuhanmu,

didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w,

walaupun dicaci,dilukai dan disakiti,

tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya...

Saudariku...

ajarlah jiwamu untuk bersahabat dgn tuhan,

ia tidak semudah pengucapan,

kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian,

di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,

di kala manusia lalai dengan keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan,

hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dengan zikir LailahaillaAllah,

berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah,

jalan yg pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a,

di mana seorang yang buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah...


semoga kamu dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita di syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan memerintahkan setiap manusia supaya menundukkan pandangan,kerna beliau adalah wanita yang tegar menjaga maruahnya di dunia..betapa tingginya maruah seorang wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi Allah untuk mendakapnya.ameeennn

Ibnu Aminah aljuhury..............






(DIPETIK DARI ILVUVISLAM.COM=
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2780)

Sunday, July 18, 2010

QUOTE OF THE DAY 4... (SILATURRAHIM)



"Bukanlah yang bersilaturrahim itu, orang yang berbuat baik kepada karibnya, tapi yang bila kaum kerabat itu memutuskan tali hubungannya ia tetap meyambung dan membalas dengan segala kebaikan..." Riwayat Bukhary dan Ahmad

Saturday, July 17, 2010

EKSPLORASI CINTA PENDIDIK



Assalamualaikum dan salam mahabbah semua... Seperti biasa, setelah sekian lama tidak meng-update blog, terasa kaku jari-jemari ini untuk menarikan sebuah nukilan... Hingga tidak tahu apa yang ingin dinukilkan... Maka dengan itu, segala yang tercoret dibawah ini sekadar perkongsian rasa dan catatan diri sahaja.....

Sebelum lebih lanjut ingin sekali aku berkongsi kegembiraan dan kegusaran diri ini... Sebenarnya aku baru sahaja 2 minggu menjadi sebahagian warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam kos Bimbingan dan Kaunseling.... alhamdulillah... syukur tak terhingga pada Yang Maha Esa kerana memberi kesempatan buat diriku untuk merealisasikan sebahagian impianku... dan sebahagian lagi, salam takziah untukku yang bakal menggalas amanah mendidik anak bangsa, insya-Allah lagi 4 tahun... Mudah2an Allah mempermudahkan urusan kami bakal2 pendidik anak bangsa... sesungguhnya kesilapan seorang doktor hanya membunuh seorang pesakit, tapi kesilapan seorang guru akan menghancurkan satu generasi....


Ibarat sebuah mimpi yang menjadi nyata. Suatu masa dahulu aku cuma bercita2 untuk menjadi seorang pendidik, malah aku juga pernah mempunyai keinginan untuk menjadi perunding motivasi atau pakar motivasi dan seanteronyahttp://www.emocutez.com ... Rupa2nya Allah dah menyusun dengan cantik dan indah sekali susunannya, dengan mentakdirkan aku hampir menjadi kedua2nya dalam satu masa, insya'Allah tidak lama lagi....(doakanlah bersama=)...

Andai ditanya mengapa aku memilih guru dan kaunselor sebagai pilihan, jawapannya kerana aku ingin menjadi sebahagian dari usaha yang "mengubah manusia menjadi insan". Seperti kata Dr. Aziz Shah, "Siapa yang akan merubah mereka (pelajar malas menjadi rajin, pelajar gagal terus berusaha)???"... Jawapannya "Kami semua bakal kaunselor sekolah!."

Sungguh, aku ingin sekali menjadi cahaya yang menghasilkan warna2 yang indah dalam hidup... tanpa cahaya warna tidak wujud. Jadi semakin baik pengcahayaan, maka semakin cantik warna yang dihasilkan... Oleh itu, aku ingin sekali menjadi cahaya yang baik buat anak2 didikku nanti....dan dalam menghasilkan warna yang menarik inilah 'eksplorasi cinta pendidik' buat diriku agar mampu menjadi seorang pendidik yang disenangi kelak...

Ayuwah, dah tak tahu nak tulis apa sebenarnyahttp://www.emocutez.com... Jadi sampai disini sahajalah nukilanku... Maaf kepada semua kerana sudah sekian lama tak update blog ini... Insya'Allah lepas ni, bila kad matrik dah aktif dan dapat digunakan untuk axcess internet, maka blog ini akan diupdate seperti biasa... insya'Allah... doakanlah semoga diri ini dipertemukan sahabat2 yang mampu mendorong ke arah kebaikan dan menegah diri ini dari melakukan kerosakan dan kebinasaan...








p/s:sebenarnya baru pas dengar ceramah ustaz Fauzi dengan tajuk "Eksplorasi Cinta Kampus", maka dengan senang hatinya mengambil tajuk ceramah sebagai tajuk entry kali ini=)...


http://www.emocutez.com