Thursday, March 25, 2010

PADAMKAN, DEMI KESEJAHTERAAN


Sayangi Bumi, Padamkan Lampu Kediaman Anda,

27 Mac 2010 : 8.30pm-9.30pm


Pameran
26 Mac 2010 (9.30pagi-5.00 petang)
27 Mac 2010 (9.30pagi-5.00 petang)

Bertempat di :
Aras 1, Dewan Serbaguna
Kompleks Menteri Besar
79503 Kota Iskandar,
Nusajaya, Johor

Aturcara Sampingan:
Pameran,Ceramah,Cara Bio-Composting,Pertandingan dan lain-lain



p/s:Alhamdulillah sebuah kempen yang baik, semoga mendapat sambutan ramai dan berjalan lancar. Namun bimbang andai ada yang mengambil kesempatan. Semoga Allah melindungi hamba2Nya dari melakukan kemungkaran. amin...

Sunday, March 21, 2010

BUAT HAWA: HARGA SEKUNTUM CINTA




Pagi tadi baca surat khabar kesihatan (sisipan dari mingguan malaysia), jumpa kisah 'Risau Jadi Andartu' dekat ruangan bersama putri. Memang benar, sebagai seorang wanita antara perkara yang paling 'dirisaukan' (mungkin bagi ramai wanita, namun diakui tidak semua) adalah soal jodoh. Namun kita sebagai wanita seharusnya menyedari bahawa tidak mahu dikatakan 'jual mahal' jangan sampai 'terlalu murah'...

Adalah suatu perkara yang sangat meyedihkan apabila mendapati sahabat dan saudara sejantina serta seagama, mempertaruhkan maruah diri semata2 kerana tidak mahu 'jual mahal'. Malah bagi diriku sendiri hal ini merupakan perlakuan yang sangat kejam buat diri sendiri. Mengapa menolak ketepi prinsip diri demi mencari seseorang yang belum pasti siapa sebenarnya insan yang bertuah itu???... Rasanya lebih molek andai bersabar dalam menanti lebih lama dan insya-Allah penantian itu pasti membuahkan hasil yang lumayan (Allah tidak akan mensia2kan usaha hamba-Nya), berbanding dengan terburu2 membuat keputusan hingga akhirnya maruah diri hilang entah kemana dan yang dicari tidak jua ketemu...


Memang benar wanita itu sifatnya lemah, namun jangan pula wanita itu menunjukkan kelemahannya. Memang benar wanita itu mampu menggoncang dunia, namun jangan pula gongcangannya kerana membawa 'virus' pembunuh jiwa2 insan yang lemah dengan godaan...


Soal jodoh memang perlu dicari kerana dia tidak akan datang dengan sendiri tanpa usaha ke arah itu. Pencarian memerlukan kesabaran, ketakwaan, keimanan dan pergantungan penuh pada-Nya. Malah seperkara harus kita ingat, dalam mencari jodoh, itu bermakna kita juga mencari tanggungjawab. Bukan sekadar tanggungjawab terhadap suami, namun jauh dari itu. Malah tanggungjawab yang lebih besar adalah mendidik jiwa2 yang baru mengenal dunia.


Sebelum mendidik kita dahulu harus terdidik disamping mencari. Jadi apa kata mantopkan dulu didikan diri (insya-Allah nanti pasti Allah permudahkan urusan pencarian) agar seterusnya kita mampu mendidik hingga menghasilkan generasi yang bukan sahaja penyejuk dihati, namun mampu menjadi pewaris yang berkualiti terhadap keluarga, agama dan negara.

::...Sesungguhnya harga sekuntum cinta itu terlalu mahal...::



"Ya Allah, kami hamba-Mu yang lemah... adakalanya kami kuat untuk menghadapi dugaan cinta fitrah insani, namun adakalanya kami tewas dengan desakan nafsu sendiri. Bantulah kami dalam mencari cinta-Mu agar kami bertemu dalam rahmat-Mu. Hindarkan kami dari terjerumus dalam kehancuran godaan syaitan agar kami mampu mencium syurga-Mu... Sesungguhnya kami mengharapkan bantuan-Mu dalam menentukan yang terbaik buat kami. Seandainya dia yang hadir adalah pilihan-Mu untukku, maka kuatkanlah aku menerimanya. Namun andainya tidak, bantulah aku untuk menghindarinya dan sabarkan kami dalam pencarian ini.... amin... ya Rabb..."



p/s:memang benar kita dituntut untuk meramaikan umat, namun ramainya umat yang bagaimana kita inginkan???...http://www.emocutez.com




::sekadar pandangan dhaif seorang penulis buat peringatan untuk diri sendiri yang sering lupa::

Saturday, March 20, 2010

BILA ANAK MULA BERBICARA...


Situasi-(anak jiran)...
"Ibu.. ibu... bapak... bapak... siapa yang punya anak bilang aku, aku yang tengah malu, pada teman2ku, kerna hanya diriku, yang tak laku2..."... Wah... sedap betul suara adam. Tiap2 petang aku dengar dia dok nyanyi lagu wali band ni (sampai aku pun dah hafal...ish2x!!! bahaya ni..)... kecik2 dah fikir jodoh yerk... huhu...adam... adam... Adam ni baru nak masuk 4 tahun... comel dan peramah...hihik...yang penting dia tak takut orang.http://www.emocutez.com



Situasi lain(dipetik dari dialog dalam tv)
"Mama... kenapa mama tak cantik macam aunty???, aunty cantik macam barbie..."(seperti barbie kerana aunty kurus). Tanya aina pada ibunya. Urm???... "Kalau aunty cantik macam barbie, mama cantik macam... teddy bear!" Aina terpaku. "Mana aina suka peluk???, teddy bear ke barbie???." Tanya si ibu. "Teddy bear kot..hehe..". "Hah.. tu maknanya teddy bear lagi cantik. Ada orang suka teddy bear, ada orang suka barbie...". Jawab si ibu yang agak berisi... (ish2x!! macam2...)



Inilah dia antara keletah anak2 bila mereka mula pandai berbicara... macam2 perkara yang ditanya dan yang dicakap. Adakala memang mencuit hati (layan jelah)... Tapi yang paling best bila dengar si cilik Wajih ni berbicara:

"Dagang pak malau dagang bertempat, dagang hamba musafir lalu... Wajih disini bukan nak tunjuk hebat... Tapi Wajih nak kongsi ilmu..."


Wah, hebat sungguh adik Wajih ni berbicara. Malah kesemua peserta rancangan realiti Adik-adikku ni hebat2, misalnya adik Wina yang memang dari awal dengan story telling style-nya yang mampu menarik minat untuk mendengar pidatonya . Walau apa pun, Tak kiralah menang atau sebaliknya, ke final ataupu tidak, yang pasti kesungguhan itu, insya-Allah akan menjadi titik pemulaan sebagai generasi pewaris dan pelapis agama dan negara dimasa akan datang...Tahniah untuk Adik2ku!!!! (insya-Allah lepas ni anak2ku pula..hehe... zaman apelah pulok tu yerhttp://www.emocutez.com =)...


Kesimpulannya inilah warna2 hidup anak2 zaman sekarang bila mereka sudah mula berbicara. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan solehah dan menjadikan setiap butir bicara sebagai amalan penambah pahala... amin...


p/s:Walaupun mungkin agak lewat menerbitkan entry ni (akibat sibuk sket beberapa hari ni), tapi ape2 pun... semoga rancangan ADIK-ADIKKU mampu mencipta fenomena baru di Malaysia bagi menggantikan fenomena2 'sampah' yang ada...

Thursday, March 18, 2010

AKU MENYINTAI MU, TAPI....


Nota Sang Fakir Cinta....

"...cinta itu tak pernah meminta tetapi memberi sepenuh rela, rasa bahagia biarpun sengsara berkorban segala-gala..."


Sebagai manusia biasa, aku juga punya hati juga cinta... kerana cinta itu adalah kurniaan Tuhan dan fitrah insani. Aku juga tidak mampu lari dari perasaan menyintai jiwa2 insan yang diciptakan Tuhan pemilik alam dan segala rasa cinta....

Suatu masa dahulu, aku pernah berlari dikaki bukit sambil menjerit meluahkan rasa cintaku terhadapnya. Aku puas begitu, walau aku tahu dirinya tidak mendengar jeritanku saat itu. Benar aku jatuh cinta!!! malah sejak sekian lama cinta ini telah ada untuknya...

Namun aku tahu, aku tidak mampu untuk membalas cintanya yang lebih tulus dari cintaku terhadapnya. Malah hingga ke saat ini lafaz cintaku masih belum terucap jelas. Aku akui, adakala aku sakit dengan cinta ini. Sakit melihat cintanya untukku, sedang aku tidak mampu membalas cintanya seperti mana dia menyintaiku... Malah adakalanya aku marah dengan huluran kasih dan cintanya yang tidak pernah surut untukku kerana aku juga menyintainya!!! jadi aku tidak sanggup melihat cintanya disia2kan olehku kerana aku rasakan diriku hanya sering mengecewakan dirinya.

Hakikatnya, setiap kali aku melihat senyumnya, aku tahu hatiku tertawan dengan manisnya senyuman itu. Setiap kali melihat tingkahnya, aku akui aku senang dengan kehadirannya yang mengisi setiap kekosongan jiwaku. Aku belajar erti cinta darinya yang menyintai diriku... dan sejak itu, aku tidak pernah berhenti untuk menyuburkan benih cinta dalam jiwaku walau cintanya tidak mampu ku balas sesempurna cintanya untukku...


Sedang cintaku masih belum terucap untuknya, tiba2 aku sekali lagi jatuh cinta pada seseorang yang bagiku saat itu, aku lebih memerlukan cintanya berbanding kekasih yang tidak mampu ku balas huluran cinta sempurnanya... Aku dapat rasakan keserasian aku dengan insan baru ini. Aku mula berkira2 mungkin selama ini keserasian yang ku cari dalam menjalin hubungan telah aku temui. Semakin hari aku semakin melupakan cinta lamaku yang tidak pernah aku lafazkan dengan jelas. Aku hanyut dengan cinta yang baru berputik dihatiku. Aku rasa aku lebih bahagia dengan cinta ini berbanding cinta sempurnamu yang aku tidak mampu membalasnya...

Hingga akhirnya aku menyesal kerana aku sememangnya tidak mampu mengucapkan kata2 cintaku untukmu... kerana Allah lebih menyintai hamba-Nya. Dirimu pergi meninggalkan diriku semasa dalam perjalanan bagi menyatakan rindumu kepadaku di kampus tempat aku menemui cinta baruku dan melupakan cinta sempurnamu... Aku menangis, aku menyesal dan aku jatuh sekali lagi...

Saat aku jatuh kini, aku sangkakan cinta baruku mampu memberi kekuatan untukku... rupanya dia hanya mempergunakanku... Aku sangkakan aku lebih serasi dengan cinta baruku, rupanya aku lupa bahawa darah yang mengalir dalam tubuhku adalah darah yang sama dari insan yang memberiku 'cinta insan' yang sempurna... Namun aku menyedari, akhirnya aku tidak lagi berpeluang melafazkan cintaku padamu kerana kesibukanku mencari cinta lain yang belum tentu diberi tanpa syarat sepertimu... ibu... ayah... walau kalian telah tiada, izinkan aku melafazkan ayat2 cinta ini buat kalian walau mungkin sudah terlewat ... "Sesungguhnya Ana menyintai ibu dan ayah... maafkan Ana kerana Ana bukan anak yang baik untuk ibu dan ayah..."....


AKU MENYINTAIMU... TAPI CINTAKU PUNYA SYARAT UNTUKMU... AKU MENYINTAIMU... NAMUN CINTAKU BUKAN SETEGUH CINTAMU PADAKU... AKU MENYINTAIMU... NAMUN HANYA TINGKAH YANG MENDAHULUI LAFAZKU... AKU MENYINTAIMU... MUNGKINKAH KASIHKU TULUS UNTUKMU???... AKU MENYINTAIMU... BENARKAH LAFAZ INI BUATMU, IBU DAN AYAHKU???...




p/s: Sesungguhnya cinta ibu dan ayah adalah 'cinta insan' yang paling sempurna. Mereka memberi tanpa syarat dan tidak pula diminta sebarang pembalasan. Mengapa dicari 'cinta insan' lain yang dirasakan lebih sempurna andai cinta ibu dan ayah belum lagi difahami dan diselami... Jangan biarkan cinta itu menjadi lafaz yang tersimpan...sesungguhnya cinta itu walau tidak mampu terbalas, namun tidak salah untuk turut menyintai... Ayuh rebut cinta ibu dan ayah sebelum mencari cinta manusia yang tidak pasti... lagipun, bukankah redhanya Allah selepas redhanya Ibubapa
http://www.emocutez.com....




cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan.. http://www.emocutez.com



entry ni tercipta saat mendengar lagu 'LAFAZ YANG TERSIMPAN dri Unic' ...sekadar nukilan imaginasi seorang penulis(",)v... (ibarat cerpen yang lebih pendek dari cerita pendek)...sekadar untuk hiburan mendidik jiwa...

Monday, March 15, 2010

QUOTE OF THE DAY 2... (OUR CHILDREN)




"Children will not remember you for the material things you provided but for the feeling that you cheristed them..." -Richard L.Evans


With our action today as a parents, what you think will happen to our children in the future???...












(Nota penulis:akhirnya jumpa pun gmbr yg sesuai, Quote of the Day...http://www.emocutez.com)

Thursday, March 11, 2010

AWAS SERANGAN OCD



Semalam lepas tengok CSI:(NY), akibat minat dalam bidang psikologi aku tertarik untuk tahu lebih lanjut tentang penyakit OCD atau Obsessive Compulsive Disorder. Setelah membaca beberapa maklumat dalam internet, baru tahu sebenarnya tidak ramai yang menyedari mereka menghidap OCD. OCD adalah sejenis penyakit yang menyerang bahagian mental atau jiwa sesorang. Seseorang itu boleh dikenalpasti sebagai penghidap OCD dengan adanya pemikiran yang selalu berulang-ulang (obsessive) serta tingkah laku yang sering dilakukan berulang (compulsive). Penyakit ini boleh dideritai oleh baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Berikut adalah maklumat yang diambil dari Malaysia Mental Health Association:


Ciri-Ciri OCD
Sebelum seseorang individu dilabelkan mengidap OCD, mereka perlu menepati criteria seperti berikut:-
  • orang itu obsesional dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi-tubi (rumination), contohnya dia merasa tangannya kotor walaupun hakikatnya tidak.
  • Individu terbabit berada dalam keadaan resah, cemas, tertekan dan merasa tidak selesa dengan keadaan ini.
  • Sedar dan apa yang berlaku sebenarnya bukan sesuatu yang sengaja dibaut-buat tetapi datang dari luar 'ego alien' pada dirinya.
  • Individu tersebut tahu bahawa idea atau bayangan yang hadir dalam dirinya itu adalah karut, tidak logic dan tidak sepatutnya berlaku.
  • Melawan dan menahan idea yang datang dan menyebabkan dirinya menjadi resah.
Pemikiran atau bayangan ruminasi obsesional ini boleh dibahagikan kepada sama ada:-
  1. Was-was
  2. Kebersihan
  3. Melakukan sesuatu secara perlahan-lahan (slowness)
Biasanya disusuli dengan tindakan kompulsif atau perbuatan yang dilakukan berulang kali. Individu yang mempunyai kesemua ciri-ciri ini biasanya cepat marah, mudah tersinggung di mana fungsi sosial mereka menjadi tidak terurus.

Malah, tumpuan fikiran mereka juga sering terganggu mengakibatkan hubungan sosial dengan orang lain dan keluarga sering menimbulkan masalah.

Individu yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya sering berkeadaan seperti:-
  • Kemurungan
  • Sedih
  • Kurang selesa
  • Cepat letih
  • Berat badan menurun
  • Cepat marah
  • Tidak menghiraukan aspek pengurusan diri seperti kebersihan atau kecantikan.
Sekiranya pesakit berhadapan dengan konflik, symptom OCD ini boleh berubah dari segi keterukannya dimana ia boleh menjadi lebih serius.

Bagaimanapun, sekiranya masalah atau konflik yang dihadapi dapat diatasi dengan cara yang baik, symptom-simptom ini akan berkurangan.

Adakalanya symptom-simptom yang terdapat pada OCD boleh didapati pada penderita-penderita penyakit mental lain seperti skizofrenia, manik depresif, psikosis, kemurungan, penyakit mental organic dan lain-lain.

Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Risiko Seseorang Mendapat OCD
  1. Genetik - ( Keturunan ) Ahli keluarga yang mungkin mempunyai sejarah penyakit ini meningkatkan lagi risiko OCD.
  2. Organik- Masalah organic seperti lesi dibahagian-bahagian tertentu otak juga merupakan satu factor bagi OCD. Masalah saraf seperti yang disebabkan oleh meningitis dan enkefalitis juga adalah salah satu penyebab OCD.
  3. Personaliti - Mereka yang mempunyai personality obsesif lebih cenderung mendapat gangguan OCD. Ciri-ciri mereka yang memiliki personality ini ialah seperti keterlaluan mementingkan aspek kebersihan, seseorang yang terlalu patuh pada peraturan, cerewet, sukar bertolak ansur dan tidak mudah mengalah.
  4. Pengalaman lalu - Pengalaman masa lalu / lampau juga muda mencorakkan kaedah seseorang menangani masalah diantaranya dengan menunjukkan symptom OCD.
  5. Konflik - Mereka yang mengalami gangguan ini biasanya menghadapi konflik jiwa yang berpunca daripada apa juga masalah hidup.
Contohnya hubungan antara suami-isteri, di tempat kerja, keyakinan diri, ketuhanan atau ada sahaja yang boleh mencetuskan konflik dalam diri. Namun konflik ini tidak dapat dileraikan dengan cara yang positif atau betul menyebabkan mereka berasa tertekan dengan konflik tersebut. Dengan erti kata lain, apa juga tekanan, peristiwa atau tragedy yang boleh mencetuskan tekanan akan menimbulkan symptom-simptom OCD.

Ciri-Ciri OCD
Dalam proses penyiasatan, doctor akan mengambil kira latar belakang dan sejarah pesakit termasuklah:-
  • Tempoh berlakunya masalah tersebut
  • Punca sebenar tercetusnya masalah
  • Tempat simptom OCD sama ada lebih ketara di rumah atau di pejabat
  • Keseriusan simptom sekiranya penderita menghadapi masalah.
  • Peringkat keterukan yang dihadapi.
Sekiranya pesakit menghadapi konflik atau tragedi yang serius, prognosis mereka biasanya lebih baik berbanding individu yang tidak diketahui punca penyebabnya.

Doktor perlu menentukan sama ada penyakit atau simptom OCD yang dialami pesakit bersifat primer atau sekunder penyakit mental yang lain.

Rawatan
Ubat-ubatan

Biasanya doctor akan memberi ubat anti-obsesif seperti chlomipramine dan fluxomine bagi membantu menenangkan pesakit. Ubat-ubatan ini juga berpotensi menghapuskan fikiran obsesional pesakit.

Adakalanya pesakit terpaksa mengamalkan ubat-ubatan ini dalam tempoh yang agak lama seperti dua hingga tiga tahun bergantung kepada tindakbalas.

Pendekatan psikologi
Pendekatan psikologi yang merangkumi psikoterapi kognitif dan psikoterapi tingkahlaku:-
  1. Psikoterapi kognitif - pesakit akan dibantu mengatasi masalah ini melalui cadangan dan perbincangan berdasarkan pemikiran yang rasional.
  2. Psikoterapi tingkah laku - Tetapi ini lebih bercorak kepada pendedahan dan tindakan pencegahan yang berperingkat-peringkat.
Bagaimanapun, sembuh atau tidak seseorang pesakit bergantung kepada:-
  • Keseriusan masalah yang dihadapi
  • Kerjasama dan patutnya terhadap rawatan yang diberi
  • Sokongan individu yang hampir seperti ahli keluarga, rakan-rakan atau teman.
  • Tempoh mengidap penyakit tersebut.
Pesakit juga perlu dibantu mengatasi masalah yang mereka hadapi sama ada masalah kewangan, perkahwinan, hubungan social atau sebagainya.

Malaysia Mental Health Association (MMHA)



Semoga maklumat ini memberi manfaat... untuk keterangan lanjut hubungilah yang lebih arif...
http://www.emocutez.com

AN ORDINARY PERSON


Rebah dikaki langit saat diri cuba menyampaikan maksud apa yang tersirat dihati. Bukan diri mencari nama apatah lagi meninggi diri menawan puncak yang jauh untuk didaki. Aku insan biasa punya sejuta rasa, punya kelemahan disebalik kelebihan. Aku pencari sesuatu yang hilang dari dalam diri. Aku pencari sesuatu yang hakiki. Dan aku bukan murabbi. Aku hanya insan yang digelar ordinary. Jangan cari mana kekuatanku kerana hanya kelemahan yang akan kau temu. Jangan cari mana diriku yang sebenar kerana aku hanya bayangan yang tidak menentu.... Jangan mengharap sesuatu dariku kerana aku tidak menjanjikan apa2 buatmu... Aku an ordinary person yang cuba bekerja keras untuk menjadi 'TAJUK' ku. Tapi ordinary-ku bukan penghalang maksudku... dan sayapmu bukan halangan untuk aku terbang dengan tanganku.








contenganku...

Tuesday, March 9, 2010

QUOTE OF THE DAY : 1









'Janganlah engkau menelan sahaja kerana
manisnya sesuatu makanan dan janganlah engkau memuntahkan sahaja keran pahitnya sesuatu makanan itu, kerana manis belum tentumenimbulkan kesegaran dan pahit belum tentu menimbulkan kesengsaraan' (Lukmannul Hakim)...


manis+pahit+kesegaran+kesengsaraan= rempah ratus hidup(",)v...

Monday, March 8, 2010

FALSAFAH HIDUP (HAMKA)


Apakah yang menghambat kita mengerjakan kebaikan?. Yang menghambat kita mengerjakan kebaikan ada 2 perkara iaitu pertama halangan dan kedua taqhsir (kelalaian). Halangan tersebut disebabkan oleh sakit, lapar, miskin dan seumpamanya. Walau bagaimanapun taqhsir adalah disebabkan 4 perkara:

1- Lantaran tidak dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil, atau antara yang baik dengan yang buruk. Ubatnya mudah sahaja iaitu BELAJAR.

2-Sudah tahu tetapi tidak dapat dibiasakan mengerjakan yang baik, sehingga dirasai bahawa mengerjakan yang jahat itu juga baik. Menghilangkan masalah ini tidaklah semudah yang pertama, ianya memerlukan kepada LATIHAN.

3- Telah disangka bahawa yang jahat itu baik, dan yang baik itu jahat kerana telah terdidik daripada kecil dalam perasaan yang demikian. Hal ini lebih sukar untuk diubati daripada yang ke-2. Ianya harus mendapat PENDIDIKAN atau GURU YANG LAPANG DADA dan SABAR.

4-Didalam kejahilannya dan kerosakan didikan itu, hatinya pula buruk. Dia berpendapat bahawa mengerjakan kebaikan itu sia-sia sahaja dan bekerja jahat itulah yang utama. Ini pula LEBIH SUKAR memperbaikinya daripada yang ketiga...

Thursday, March 4, 2010

29th K.Lumpur International Book Fair 2010


Tahun ni, seperti tahun2 sebelumnya bila bulan Mac menjelma pasti kami adik beradik akan menghitung hari "bilalah agaknya book fair tahun ni???" sebab 'kebiasaannya' time book fairlah kami dapat berkumpul sama2... dan alhamdulillah tahun ni sekali lagi book fair diadakan dan apa yang pasti, kami semua tidak mahu ketinggalan untuk turut menyertai kemeriahannya...

Macam2 jenis buku dari keluaran atau terbitan syarikat mana sekalipun ada terdapat disini (book fair)... Malah bukan setakat 'berjumpa' dengan buku yang anda inginkan, tetapi mungkin berpeluang untuk berjumpa dengan penulisnya sekali... erm... contohnya tahun lepas, sempatlah berjumpa dengan Dr. Danial pada sebelah pagi... tapi tak berkesempatan untuk bertemu dengan adik Nik Nur Madihah di sebelah petangnya kerana kami terpaksa pulang awal...huhu.. (tu semua gara2 aku buat 'hal'..http://www.emocutez.com.. ) tapi tahun ni insya-Allah segalanya akan berjalan dengan lancar... http://www.emocutez.com

Jadi jika anda berpeluang, luangkanlah masa untuk sama2 menyertai KLIBF2010 ni... insya-Allah walaupun ramai orang, tapi anda takkan menyesal... Malah mungkin juga tahun ni anda berpeluang untuk berjumpa dengan penulis seteguh hati.blogspot. ..http://www.emocutez.com... mane tau kan...huhu...


Maka dengan senang hatinya marilah kita sama2 mengunjungi KLIBF2010 ni bermula dari 19-28 mac ini, bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC)... datang jangan tak datang...http://www.emocutez.com


p/s: nak cari buku tulisan Sarinah Banuase ...

Wednesday, March 3, 2010

Rahsia Hidup...


Pengetahuan kita tentang baik atau buruknya apa yang kita cita-citakan itu lebih rendah daripada pengetahuan Allah kerana Dia Maha Mengetahui. Kita tidak boleh melihat masa depan tetapi Allah boleh. Allah akan memilih dan menetapkan HANYA YANG TERBAIK untuk kita walaupun pada zahirnya ia mungkin berlawanan dengan kemahuan kita.

Adakalanya hajat kita lambat dikabulkan kerana mengikut pengetahuan-Nya kita belum betul2 bersedia untuk menyambut kurniaan atau rahmat-Nya. Adakalanya juga kita tidak memperolehi apa yang kita hajati tetapi digantikan Allah dengan sesuatu yang lain yang lebih baik dan sesuai untuk kita mengikut pengetahuan-Nya.

Begitulah maksud dan perancangan Allah dalam setiap ketetapan dan takdir-Nya. Dengan pemahaman ini kita tidak perlu lagi berasa kecewa atau berduka cita dengan apa jua yang Allah tentukan dalam usaha kita membina hidupa yang BERJAYA, BAHAGIA DAN BERMAKNA... insya-ALLAH...http://www.emocutez.com... akhir kata, hidup ini penuh rahsia... sentiasalah bersedia untuk menghadapi 'rahsia2' terutamanya rahsia hidup yang paling BESAR iaitu kematian...




"BILA ALLAH CEPAT MEMAKBULKAN DOA MU, MAKA DIA MENYAYANGI MU...
BILA DIA
LAMBAT MEMAKBULKAN DOA MU, MAKA DIA INGIN MENGUJI MU... BILA DIA TIDAK MEMAKBULKAN DOA MU, MAKA DIA MERANCANG SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUK MU...
OLEH ITU
SENTIASALAH BERSANGKA BAIK PADA ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN KERANA KASIH SAYANG ALLAH ITU MENDAHULUI KEMURKAAN-NYA..."

Tuesday, March 2, 2010

Takdir dan Jodoh...




JODOH DAN TAKDIR



Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa

Moga dikurnia seorang ratu di jiwa Tempat untuk kuluahkan segala rasa Perasaan yg tersimpan seribu satu makna


Di kala aku keseorangan dia penghibur dan jua peneman hati yg sayu tidak kesepian duka dan lara tiada keresahan Ya Allah tidak ku pinta yg menawan tidak kuharap yg hartawan bukan jua kerna kedudukan cuma kudamba insan yang sepadan Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan biarpun derita yg menjadi rintangan ketulusannya yg tiada bandingan tercipta ayu indahnya peribadi insan


by:MISK


p/s:tetiba time jalan2 dialam maya ni, t'jumpa lagu nie... tak pernah dgr lgi lagu ni sblm ni (dh lme tak dgr radio..(",)v... tapi first time dgr best jgk...

Monday, March 1, 2010

Eh..boleh caye ke???



Dalam hidup yang serba mencabar dan banyak 'helah' ni, adakalanya kita sukar untuk mempercayai ketulusan dan ketelusan hati insan lain yang ingin berubah kearah kebaikan. Stigma yang menganggap pesalah selamanya pesalah ibarat banduan yang tak mampu menghilangkan perkataan 'BANDUAN' dalam kamus hidup, adalah penyakit masyarakat yang harus disedarkan... (hish, ayat macam nak buat bahan rujukan ilmiah pulak.http://www.emocutez.com... narnya nak tulis sempoi je nih)... Sedar ataupun tidak, mungkin ketidak percaya kita terhadap insan yang benar2 ingin berubah boleh mengakibatkan mereka yang ingin berubah akan 'tebantut' untuk melakukan perubahan atau bahasa canggihnya 'anjakan paradigma' dalam hidup. Ayat seperti 'boleh percaya ke dia ni dah berubah, entah2 trick je..." memang sering dilontarkan ibarat lava yang nak keluar tanpa segan silu dari perut gunung berapi...

Ada sebuah kisah, dimana berdiri seorang lelaki saat Rasulullah membuat pembahagian harta pada mereka yang berhak, tiba2 lelaki itu bersuara 'Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah' (sebagai tanda tidak berpuas hati terhadap pembahagian yang dilakukan nabi).

Baginda menjawab, 'Bukankah aku yang sepatutnya (sebagai Rasulullah) orang yang paling takut kepada Allah.'

Lelaki tersebut kemudiannya beredar dan Khalid Ibn Walid berkata, 'Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah2 telah murtad)?'

Baginda menjawab, 'Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat.'

Khalid berkata, 'Berapa ramaikah orang yang menunaikan solat dan lidahnya berkata sesuatu yang tidak sama dengan didalam hatinya (merujuk kepada munafiq)

Baginda membalas, 'Aku tidak diperintah untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka' (Riwayat Bukhari).


Malah dalam hadis lain yang ertinya: 'Nabi mengutuskan kami ke Huraqah, dan berperang dengan satu kaum lalu kami menyerang mereka pada waktu subuh dan menewaskan mereka, sehinggalah aku dan seorang lelaki dari ansar mengejar seorang perajurit (musuh), tatkala kami merapatinya, tiba2 dia mengucap La Ilaha Illa Allah, dengan segera lelaki Ansar itu menarik senjatanya dan aku pula menikam lelaki itu dengan panahku sehingga membunuhnya. Apabila kami pulang dan menyampaikan kepada Nabi, lalu Nabi bertanya, 'Adakah kamu membunuhnya selepas ia mengucap?'

Aku menjawab, 'kerana dia hanya hendak melindungi dirinya daripada kami.'

Rasulullah sentiasa mengulang-ulang pertanyaan (menunjukkan salahnya tindakan membunuh itu) sehingga aku merasa aku belum masuk islam hari itu." (Riwayat Bukhari)

Dari hadis ini jelas menunjukkan kita tidak boleh meragui keikhlasan individu lain untuk berubah. Cukuplah berhukum berdasarkan zahirnya sahaja kerana segelintir dari mereka yang benar2 ingin berubah atau bahasa lainnya bertaubat merasa tidak punya 'kekuatan' akibat sikap orang sekeliling yang seakan-akan was2 dengan keikhlasan hati mereka untuk berubah. Seharusnya apa kata kita sama2 berdoa moga mereka benar2 ingin berubah kerana Allah Taala(peringatan buat diri sendiri)... lagipun, bukankah ikhlas itu ibarat semut hitam, dimalam yang kelam, diatas batu yang gelap... (lebih kurang macam tulah)... Jadi hanya Dia yang tahu isi hati manusia...Oleh kerana itu, seandainya ada yang ingin melakukan perubahan, sokonglah mereka dan bimbinglah mereka serta doakan kebaikan untuk mereka. Bukan mempersoalankan hati dan keikhlasan mereka.


(coretan ingatan buat diriku yang sering lupa)http://www.emocutez.com



p/s:kena belajar ilmu ikhlas lagi nih...