Saturday, May 1, 2010

TERATAK BERSAWANG...


Salam singgah wahai teratak burukku... 'masa sesungguhnya terlalu mengekang keberadaanku di alam maya', hingga akhirnya ruangan ini 'terbengkalai' tidak di up-date. Malu juga sebenarnya bila tengok blog ini sudah ada sawang-sawang yang tidak diingini berjuntai-juntai disana sini...huhu.. dan bertambah malu bila terbaca diruangan 'shoutmix' sudah ada sahabat yang menegur keberadaan sawang-sawang inihttp://www.emocutez.com...(thankz ina sudi singgah blog yang semakin usang nihttp://www.emocutez.com).


Sebenarnya terlalu banyak urusan yang menuntut perhatianku melebihi minat menulisku, dan yang pasti insya-Allah salah satu urusan tersebut memerlukan persediaan mental dan fizikal bagi menyambut kehadiran insan baru dalam kehidupan kami sekeluarga pada 29 mei nantihttp://www.emocutez.com...


Walau bagaimanapun, insya-Allah ada satu lagi program yang bakal berlangsung pada 7-9 mei nanti dan pastinya ada sesuatu yang berharga ingin aku kongsikan (program apa???... ha, kita tunggu dan baca nanti=)... Apa-apa pun semoga semuanya berjalan dengan jayanya...


Dan ingin sekali dikesempatan ini ana @ saya memohon kemaafan kerana lewat membalas kunjungan sahabat2 yang sudi mengunjungi teratak buruk ini... dan maaf juga kerana entry didalam blog ini sesungguhnya kebanyakkannya adalah contengan-contenganku seorang insan yang baru ingin belajar bertatih...


Mohon diri untuk berundur dahulu... insya-Allah andai masih diberi kesempatan kita akan bersua kembali... Salam ziarah mengundur diri, moga pertemuan diberkati...amin...