Sunday, February 28, 2010

Pencari Redha Ilahi


Menapak kaki diatas bebutir pantai
Merenung jauh luasnya lautan
Aku tenggelam ditelan ombak
Jejak-jejak yang ditinggalkan
Masih tidak menemukan aku pada sebuah jawapan
Aku keliru dan buntu
Apa makna jalan cerita yang penuh liku
Kecewa??? rasa itu mula memamah hati
Namun berhenti mencari, tidak sekali-kali...

Akhirnya aku temui kedamaian
Ternyata damai itu tidak jauh dariku
Cuma aku yang gagal memahami soalan sendiri
Hakikatnya damai itu dihati
Hanya manusia leka mengejar mimpi
Juga hanyut dalam keindahan duniawi...



Ayuhai syabab juga srikandi
Gunakan waktu yang masih diberi
kita kembali pada Ilahi
juga ikuti sunnah nabi

Moga redha ilahi mampu dimiliki
Rindu kekasih-Nya tersemat dihati....


Saturday, February 27, 2010

Friend Forever...


Haritu kite jalan sekali, bez kan jalan sambel bgurau..

Tp lg bez bile awak kasi adiah tu, tu lar adiah paling saye tak boley lupe..

Senyuman manis awak..

Esok2 bile saye xley jalan, saye nak awak iringi saye, mase nie saye dah xboley nak pggl awak mcm slalo, awak yg kena datang...

Mase nie gak saya nak adiah lg tp saye dah taknak senyuman awak tu..

Saye nak Al-Fatihah..

Awak bacekan tuk saye ekh sbb saye dah xboley bace sdiri..

Pastu, bile ader owg letak saye bawah papan, awak jgn nangis @ cari saye sbb saye dah xboley tego awak..

Janji ek!!! Frenship 4ever..



p/s:hargailah sahabat selagi berada, jangan menyesali bila sudah kehilangannya...

Friday, February 26, 2010

...TAHNIAH SEMUA....


Salam Maulidur Rasul untuk semua... semoga Baginda Rasulullah s.a.w akan menjadi mentor kita semua dalam kehidupan yang fana ini demi mencari keredhaan-Nya....

Dah berhabuk blog ni, fuh fuh...http://www.emocutez.com... sebenarnya banyak sangat kekangan yang memaksa aku untuk stop blogging jap, tapi insya-Allah lepas ni dah kurang sikit kot halangan tu...


Apa2 pun TAHNIAH!!! untuk semua adik beradik dan sahabat seperjuanganku yang meduduki STPM tahun 2009... mudah2an terbayar segala penat lelah dan usaha gigih kita semua selama inihttp://www.emocutez.com... dan jangan lupa redha dan bersyukurlah dengan segala kenyataan(peringatan untuk diri sendiri yang sering lupa)...okay alhamdulillah... mudah2an ini adalah permulaan kita untuk melakar sebuah kejayaan yang lebih bermakna...

Sepanjang seminggu sebelum keputusan atau bahasa melayunya 'result' diumumkan, macam2 hal yang berlaku. Tapi yang paling menarik ialah tentang 'kedesakan' yang mendesakan keadaan hingga membuat manusia itu kembali mengingati Tuhan yang sering dilupakan... Betapa manusia ini sering berlaku zalim pada diri sendiri... teringat artikel yang pernah aku kongsi bersama didalam blog ni tahun lepas (PEMBERIAN YANG TIDAK DIREDHAI)... memang tak berbaloi2... Jadi mari kita renungkan sebagai muhasabah dipagi yang mulia 12 rabiul awal ni... jika benar dirasakan anugerah yang dimiliki adalah hasil KEBERKATAN usaha, TAHNIAH BERGANDA2http://www.emocutez.com, namun jika tidak apa kata kita muhasah diri dan menjadikan ini adalah permulaan dalam mendekatkan kita dengan Maha Pencipta... jangan pula kerana nakkan keputusan yang cemerlang didunia, maka kita berbaik2 dengan Allah dan selepas memperolehnya kita kembali lupa padanya... sesungguhnya Dia lah yang berkuasa keatas tiap2 sesuatu...

Kepada sahabatku, aku tahu dirimu telah berusaha sehabis baik... sesungguhnya hanya Allah yang lebih mengetahui setiap kejadian yang berlaku dan aku pasti Allah bakal menghadiahkan sesuatu yang lebih baik dari yang dirimu impikan... insya-Allah...

Walau bagaimanapun, TAHNIAH untuk semua kerana kita berjaya menghabiskan alam persekolahan hingga tidak ada satupun tingkatan dan darjah yang tidak dijejaki http://www.emocutez.com... dan sesungguhnya walaupun payah untuk menghabiskan 1 setengah tahun bergelar pelajar tingkatan 6, tapi kita semua berjaya juga..bukan semua orang nak masuk form6... jadi sebagai insan2 terpilih kita harus berbangga dan bersyukur...http://www.emocutez.com


Ayuwah, insya-Allah selamat maju jaya dan terus berusaha sahabat2 sekalianhttp://www.emocutez.com... dan sesungguhnya kenangan form6 sentiasa dalam ingatan...


p/s:trima kasih cikgu n semua sahabathttp://www.emocutez.com...




SATU PERJUANGAN...brother



Syukur Pada Yang Esa
Rahmat PemberianNya
Persaudaraan, Keharmonian Jalinkan Kasih Sayang
Hulurkanlah Bantuan
Kepada Yang Memerlukannya Mari Kita Bina Satu Ummah Majujaya
Mula Diri, Keluarga, Sahabat
Masyarakat Dan Negara
Dengan Satu Perjuangan
Satu Arah Tujuan
Di Bawah Rahmat Yang Esa
Kita Melangkah Seiringan
Satu Perjuangan
Rintangan Pasti Melanda
Jangan Undur Walau Selangkah
Teruskan Perjuangan
Hingga Ke Akhirnya
Andai Kau Gugur
Andai Kau Syahid
Kau DiredhaiNya....


....ZiBk's


Saturday, February 20, 2010

...Nur Insan...


...Nur Insan Buat Diriku...
(diri yang tak mampu menerangi insan lain, tapi cukuplah aku terangkan jiwaku dengan kasih-Mu...)


Terkaku aku melihat diluar jendela

Langit biru luas terbentang

Sang unggas berterbangan riang diangkasa

Ketenangan meresap ke dalam jiwa…

Hatiku mula bernyanyi senang…

Subhanallah ciptaan-Mu …

Alhamdulillah nikmat-Mu…

Angin…. pergilah membawa kenangan lalu…

Biar aku teguh berdiri

Biar aku tidak menangis lagi

Biar aku mengubah mimpi

Suria… sinarilah benak hatiku dengan cahayamu

Agar aku mampu menjadi nur menyuluh hidupku

Pelangi… izinkan aku menjadi sepertimu…

Agar insan2 disekelilingku bisa senang dengan kehadiranku…

Izinkan aku wahai PencIptaku, menjadi NUR INSAN buat diriku...



...Kala lara puisi tercipta,

ayat2 cinta menyentuh jiwa,

aku hanya insan pelupa.

yang sering mengharap kasih dari-Nya...

Friday, February 19, 2010

WARKAH UNTUK SAHABATKU...

Menemui sahabatku yang sangat aku sayangi... Rasanya sudah lama kita tidak bersua... Dahulu aku dijadikan teman untukmu meluahkan pelbagai rasa... Aku jua adalah sahabatmu disaat kau rebah tidak berdaya... dan aku jua adalah temanmu yang menadah air matamu bila dirimu menangis dihadapan yang Esa... Aku jua adalah kawanmu bila dirimu hanya mampu bersujud menghadap Maha Pencipta...

Masihkah kau ingat padaku sahabat???...
Aku layangkan warkah ini kerana aku menunggu kedatanganmu saban waktu... Tapi penantian itu hanya tinggal harapan... kau tidak juga muncul seperti dahulu... Aku hanya mampu memandangmu dari jauh... memerhati gerak gerimu yang seolah2 tidak lagi mengenaliku...

Apakah kau lupa padaku sahabat???...

Aku masih ingat... dahulu jika kemana sahaja kau berada, pasti aku tidak lupa dibawa bersama... malah setiap waktu, kau tidak lupa meluangkan masa mendampingi aku... sungguh!!! aku rindu saat2 itu sahabatku...

Kini dirimu sudah mula menjauhiku... adakala hanya jelingan yang kau lemparkan buat diriku... tiada lagi senyuman manis seperti dahulu... Tapi apa dayaku???... Aku perhatikan tingkahmu sahabat dari celah2 yang menjadi kediamanku... dirimu mula sibuk memikirkan soal duniawi... aku sedar kau telah mula memperoleh kejayaan yang kau ingini... dan aku juga mulai sedar bahawa dirimu seakan2 tidak lagi memerlukan aku disisi... alangkah malangnya dirimu sahabat...

Aku rasakan lebih baik diriku ditempatkan di atas kayu buruk yang hampir reput dari kayu jati yang tidak dihiraukan lagi... Andainya benar diriku memang telah kau lupakan, jadikanlah warkahku ini sebagai peringatan buat dirimu...ingatlah kembali janjimu yang pernah kau lafazkan saat aku menjadi saksi kesaktian cintamu... Kembalilah dirimu pada Maha Pencipta yang merindui suara tangismu saat insan lain sedang lena dibuai mimpi... Ketahuilah sahabat dirimu kini sedang dirundum malang dan bukan di atas puncak jaya seperti hematmu... nikmat yang kau kecapi bukan rahmat dari-Nya tapi kemurkaan tidak terhingga... Dan aku sahabat, masih setia menjadi penemanmu untuk bertemu Pencipta yang berkuasa...

...Ikhlas dari Sahabatmu, Sajadah @ alas sujudmu...


(coretan muhasabah cintaku...)

Wednesday, February 17, 2010

...Monolog Derita, dibumi Tercinta...




Pelarian satu penyiksaan
Sinar matamu menggambarkan kepedihan itu

Kau asing dibumi sendiri

Namun saban hari keserasian mula menapak dihati...





Sedari kecil kau diasuh ilmu peritnya hidup,

Bukan ilmu manisnya kedamaian,

Puas kau tangisi semua ini
Tapi kau tabah harunginya

Kerana kau sedar penaklukan bukan keindahan

Kerana kau sedar fisabilillah tidak berkesudahan

Kau juga sedar janji Tuhan pasti tunaikan


Tapi apa kesudahan drama penderitaan

kematian atau itu peleraian terindah???

dengan sinar pengharapan, kau lesu menagih jawapan....



.......Benarkah penderitaan itu sekadar bermusim.......
adakala simpati datang bertimpa-timpa, namun bila sering disogok kematian yang mengerikan ianya jadi lali dimata....

suatu masa kehendak diri terlalu kuat menyatakan bantahan, namun disuatu saat yang lain mereka hilang dari ingatan....

kadangkala pula sibuk menghulur bantuan, namun bila dibuai kenikmatan dunia saudara sendiri dilupa...



"Ya Allah bantulah mereka menghadapi musuh-Mu... kuatkan mereka pertahankan agama-Mu... Kasihkan mereka sebagai hamba-Mu... Raikanlah mereka saat ajal dipanggil menghadap-Mu...amin ya rabb..."

Sunday, February 14, 2010

Open Your Eyes


Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Saturday, February 13, 2010

Kuasa Indahnya Senyuman


Assalamualaikum dan salam senyum selalu.

Sebenarnya senyum itu perkara yang sangat mudah untuk dilakukan malah diberi ganjaran sedekah pula (tapi bukan nak cerita tentang sedekah dalam senyuman... nak cakap tentang The Power of Smile) cuma adakala kita lupa bahawa perkara yang dianggap remeh oleh 'kedaifan diri sendiri' (tanpa disedari) rupanya memberi impak yang sangat besar buat insan sekeliling kita sama ada kita sedar ataupun tidak.

Adakalanya terlalu sukar untuk seseorang itu memberi sedekah sebuah senyuman kepada saudaranya sendiri. Malah ada juga yang memilih untuk melemparkan senyuman hanya kepada insan2 tertentu sahaja. Persoalannya, adakah senyuman itu terlalu mahal hingga hanya orang2 tertentu sahaja yang berhak mendapatkannya???

Sedar ataupun tidak setiap perlakuan kita akan dinilai oleh mata2 yang memandang dan mampu melihat (malah insan yang tidak mampu melihat juga pasti akan merasa dan sekaligus menilai). Andainya senyuman itu terlalu 'mahal' harganya, bagaimana mungkin insan2 sekeliling akan berasa mudah untuk mendekati. Walhal masyarakat sebenarnya sangat suka 'Judge a Book By Its Cover' walau berjuta kali diingatkan jangan sesekali menilai sesuatu dari luaran. Namun itulah hakikatnya, kerana itu kita perlu menghadiahkan senyuman agar insan2 disekeliling mampu merasakan kehadiran mereka diterima.

Apa kepentingan mewujudkan perasaan 'diterima' dalam kalangan manusia2 lain??? Sedangkan 'kau bukan kenal aku, aku pun tak kenal ko... jadi tak payah terima aku pun aku peduli apa..." (Betul jugak ayat kat atas ni ye???.. dah tak kenal buat apa nak senyum kang dia kata kita ni apa plak kan...)..

Sebenarnya salah tu, salah satu kepentingannya ialah agar mewujudkan ikatan persaudaraan lebih2 lagi ikatan satu akidah. Bukankah islam itu bersaudara???.

Jadi senyumlah seikhlas hati kerana hakikatnya kita semua adalah insan2 kerdil yang dipinjamkan nyawa sebentar untuk bernafas dibumi-Nya... Malah seandainya dek kerana kelebihan yang dimiliki kita bersikap memandang insan lain dengan sinis, ketahuilah kelebihan itu adalah anugerah Allah yang diberi pinjam kepada kita untuk seketika....


Akhir kata, Senyuman itu sedekah... setiap sedekah itu ibadah,setiap ibadah diberi pahala,namun tidak semua senyuman itu dianggap sedekah... ... .

1.Membalas senyuman ibu adalah WAJIB.
2.Senyum pada bapa,keluarga dan sahabat adalah SUNAT
3.Senyuman pada org yg tak dikenali HARUS
4.Senyuman sewaktu sedang solat MAKRUH
5.Senyuman dgn tujuan menyindir,mengoda dan dlm pekara pekara maksiat adalah HARAM..http://www.emocutez.com

Tuesday, February 9, 2010

ikhlas


Tiara memerhatikan 2 orang rakan sebiliknya yang baru pulang dari cafe (urm..makan apalah agaknya.. nasi goreng pattaya ke...fuh sedap..=)... "Lambatnya kris dan ien balik, singgah mana2 ke tadi?." "kitorang singgah kat pondok budiman tadi, ada masalah sikit nak bincang.." Kristal menjawab sambil tersenyum hambar...(berat sangat masalah yang dihadapi agaknya=)... "Hish, tak elok anak dara dok kat luar senja2 ni, lagipun dah dekat pukul 8 malam nih. Law kena something camne..." Tiara menegur keterlanjuran temannya dalam nada gurauan...hehe...(perkataan 'something' merujuk kepada sesuatu yang jangan pandang belakang..huhu)

Intan hanya memerhati gelagat teman2nya. "Ni..dah solat maghrib ke belum?" "Belum lagilah Ti..." Kristal kembali menjawab. "Ien cuti hari ni." Intan memberi alasan. Sambil tu Intan membuka loker miliknya.

"Habis tu, kenapa tak solat lagi nih, dah nak abeh waktu. Kalau ia pun ada masalah, tanggungjawab jangan dilupa." Tiara mengingatkan. "Alah... solat ni kena ikhlas. Jap agi r. Nak lepak dulu." Kristal melangkah laju ke arah katil. 'Wahhh, nampak best gilew tilam nih..hehe...'

Tiara menghampiri Kristal, "Urm..ikhlas yer... Kris tau tak ikhlas tu cmne? Bley terangkan kat Ti?" Tiara mengambil tempat di sebelah Kristal. "erm..cmne yerk?, hah...buat dengan rela hati tanpa dipaksa2.. Cmtulah. Lagipun skung ni tengah penatlah Ti, macam2 hal yang berlaku... Ti takleh paksa." "Siapa kata Ti paksa?, Ti tak paksa Kris solat. Ti cuma tanya IKHLAS tu macam mana. Tu jew. Ada nada paksaan ke?" Tiara tersenyum (Tiara memang macam ni, suka sangat tanya soalan yang mencabar emosi..huhu) "takdelah...erm.." Kristal mati akal.

"Sebenarnya ikhlas tu macam semut hitam, dimalam yang kelam di atas batu yang gelap. Lebih kurang cmtulah. Kita tak tahu sama ada kita ikhlas ataupun tak. Kris kata tadi nak tunggu kejap lagi, baru nak solat. Kris tahu ke yang kejap lagi memang Kris nak solat bukan disebabkan keadaan yang mendesak atau dalam erti kata lain ikhlas macam yang Kris kata tadi?. Entah2 kejap lagi Kris solat sebab nak kejar waktu yang dah nak habis. Macam tu jugak bila kita solat zohor awal waktu. Betul ke kita ikhlas, atau sebenarnya sebab kita nak tengok TV pukul 2?..huhu..." Cam perli jew... maklumlah Tasbih Cintakan pukul 2..hehe... "Tapi Kris, dalam ibadah memang kena ikhlas. Namun, kita juga harus menyedari bahawa ikhlas itu rahsia Allah, hanya Dia yang tahu." Tiara melihat jam ditangan, 'Fuh..kena stop nih... dah hampir waktu isyak'.. "Jadi Kris, Kris rasa sekarang 'feel' ikhlas tu dah ada dalam hati ke?" Tiara memandang Kristal.. "Urm...hehe..." Kristal lantas bangun menuju ke pintu toilet yang tidak jauh...

Sunday, February 7, 2010

....no title...


Semalam sebuah perjalanan yang panjang. Tempat yang tidak pernah aku fikir akan jejaki, rupanya telah aku jejaki. Kami kira perjalanan malam hingga ke petang semalam tanpa dirancang, tapi rupanya Allah yang telah merancangnya untuk kami. Kami sangka semuanya akan berjalan dengan baik, tapi rupanya Allah takdirkan sebaliknya. Kami anggap bila kami sudah hampir separuh menyelesaikan perjalanan tersebut, kami sudah berjaya menyelesaikan baki perjalanan tersebut dengan baik sekali... namun Allah datangkan kesulitan buat kami. Kami dipaksa buat 2 pilihan (dan kedua2nya sulit untuk kami pilih), tapi Allah dah tentukan sebaik2 pilihan untuk kami dan Allah telah permudahkan segala kesulitan yang menimpa kami. Kami juga sangkakan kami tidak akan sampai ke destinasi sebenar, malah zudin juga telah putus harapan untuk meneruskan impian, tapi rupanya Allah dan pilih sebahagian kami untuk teruskan perjalanan tersebut walau kami ditimpa musibah.

Kami sedih tapi kami juga sedar dalam kejadian malam semalam, setiap kesulitan pasti adanya kemudahan. Dan sememangnya Allah telah permudahkan segalanya walaupun tidak berjalan seperti harapan kami kerana perancangan Allah itulah sebaik2 perancangan. Hari ini pula, perjalanan baru telah bermula.... insya-Allah zudin pun akan dihantar semula ke kem plkn walaupun dia berat hati nak masuk balik 'penjara' Sri Perkasa. Harap2 semuanya berjalan dengan baik...

Friday, February 5, 2010

Harapan Tidak Buta


Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Sudah menjadi suratan
Setiap sesuatu bersifat sementara
Jerih perit di dunia
Terungkai dek pawana
Hembusan ketaqwaan

Pilu melihat mereka
Dihimpit kemiskinan
Yang serba kekurangan
Berkat walau sedikit
Terukir keredhaan
Di wajah ketenangan

Masih ada harapan
Ubah nasib kehidupan
Bekalan ilmu yang berguna

Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Berusaha hindar keculasan
Waspada kefakiran
Jerumuskan kekufuran
Maruah dibela dijaga
Tidak meminta-minta
Hanya Tuhan segala

Mereka fakir di dunia
Namun berilmu dan beramal mulia..


by: alarm me

Tuesday, February 2, 2010

Judge a Book by Its Cover


Alhamdulillah ana diberi kesempatan untuk membaca buku Untukmu Wanita hasil tulisan Ustaz Zaharuddin. Buku ini merupakan sebuah buku yang memuatkan soal jawab isu2 kontemporari kaum wanita. (Sebenarnya belum habis baca lagi… baru sampai bahagian satu, bab 3). Namun, isu yang dibangkitkan dan hujah yang diberikan cukup menarik. Antaranya ‘Don’t Judge A Book By Its Cover’. Dalam buku ini, isu ini dikaitkan dengan tudung atau aurat wanita. Rasanya ungkapan ini agak familiar dengan kehidupan kita hari ini. Malah ungkapan ini juga sering menjadi bahan atau unsur penghujahan bagi insan yang tidak bertudung. Antara hujah yang sering diberikan oleh insan yang tidak bertudung ini ialah ‘yang penting hati baik’, ‘kami tak ganggu orang, kami tak mengumpat’, malah yang lebih ‘TER-kedepan’ lagi menggunakan hadis sahih riwayat Muslim “sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu.” Untuk menutup kesalahan sendiri lalu mengambil sebahagian islam mengikut kehendak nafsunya dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Namun, ustaz Zaharuddin telah membawa kepada sebuah kisah tentang seorang pekerja yang sibuk bermain game semasa waktu kerja, sedangkan document yang diminta oleh bosnya masih belum disiapkan. Lalu majikan tersebut berkata “bagaimana kamu mahu menjadi pekerja cemerlang kalau sikap kamu sebegini???.” Lalu jawab si pekerja, “Saya luaran sahaja nampak main game, Tuan. Tapi hati saya ikhlas dan saya bekerja dengan cemerlang!.” … Secara logik akal, adakah kita fikir majikan tersebut boleh menerima alasan pekerjanya? Adakah Allah SWT boleh menganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintah-Nya?...

Hakikatnya sesuatu yang baik dan suci ditentukan mengikut neraca Allah dan rasul-Nya, bukan mengikut neraca kita semata2. Menurut neraca islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya, daripada tindak-tanduknya. Ertinya, apabila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang ditentukan islam, ia adalah tanda kekotoran hati. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak islam, maka adalah harus ia dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai. Adapun baik di peringkat kedua ialah sama ada hatinya bertujuan kerana Allah atau selainnya…

Justeru , we can judge a book by its cover in certain cases iaitu apabila perkara asas islam dilanggar, maka sudah tentu that cover is reflecting what’s inside the heart of a person. Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan lain2; rujuk Naylul Awtar, 8/632, no. 3920… Hadis ini jelas menunjukkan seorang hakim dalam islam akan membuat hukum berdasarkan maklumat dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat. Tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh islam.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatiNya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya adalah benar, syurga dan neraka juga adalah benar. Jika mempercayainya, maka mengapa tindakan kita masih seperti meraguinya???... tepuk dada, tanya iman.

Walaubagaimanapun, ana sarankan kepada semua wanita diluar sana yang mempunyai kesempatan untuk membaca dan mendapatkan buku ini, maka dapatkanlah segera. Masih banyak isu dan persoalan lain yang dibincangkan dalam buku Untukmu Wanita ini(ada 3 bahagian semuanya dalam 1 buku, b.1:wanita, aurat dan maruah… b.2: Wanita dan Munakahat... Dan b.3: wanita dan rumah tangga) dan ana yakin ianya sangat bermanfaat. Selamat menimba ilmu dan beramal…

Monday, February 1, 2010

Nafas Baru


Assalamualaikum... alhamdulillah, akhirnya blog ni telah diberi nafas baru setelah berasa jemu dan bosan dengan segala 'keserabutan' yang melanda blog ini sejak beberapa bulan yang lalu. Dalam mencari 'nafas' baru untuk blog, sebenarnya ana juga mencari 'nafas' baru untuk diri sendiri. Sejak beberapa bulan ni, mungkin ana berada dalam keadaan agak 'tertekan' lebih2 lagi bila masyarakat mula berbicara tentang r^su^t .... rasanya lebih baik ana dihujani dengan soalan math T, dari memikirkan tentang 'tu'... apatah lagi bila memikirkan harapan insan2 yang ana sayang dunia dan akhirat http://www.emocutez.com(sebab tu selalu 'O.T.C' agaknya... jadi minta maaflah kepada insan2 yang terkena 'panggilan hangit'http://www.emocutez.comp/s: gurau tukn best).

Erm.. semalam jumpa Nisa 'Tek Che', dia dah mulakan kerjaya dengan nafas baru..huhu.. (tak sangka lepas 3 tahun tak jumpa boleh terjumpa malam semalam). Dan beberapa hari lepas dapat e-mail dari miza, tq miza sebab ingatkan emy pada hp yang sering ditinggalkan (buat kesekian kalinya kena 'tegur' tentang hp...aduhai) ...teguran miza pun memberi nafas baru...dan beberapa hari lepas juga dapat message dari Atie, erm... lepas 2 tahun tak dengar citer... 'apa citer ni atie???'... namun dalam banyak2 pertemuan, yang paling best sekali pertemuan pagi semalam dengan adik tercinta...http://www.emocutez.com (ksiannyalh....smoga cpt keluar dari kem yang menyiksakan jiwamuhttp://www.emocutez.com)

Tapi whatever pun nak wish Selamat Hari Lahir (hari ni 01/02/10)http://www.emocutez.com untuk sahabat yang kental jiwanya iaitu Mazni... dah tua rupanya sahabatku yang sorang nihttp://www.emocutez.com... usia yang bertambah melambangkan nafas yang semakin berkurang, semoga kebahagiaan dunia dan akhirat milikmu sahabat...

Rasanya masih belum terlalu terlambat untuk wish Selamat Hari Lahir dan Salam Takziah buat Suhaiza yang meyambut ulang tahun kelahiran yang ke-20 pada 24/01/10 yang lalu(terima kasih Sue tuk message malam sabtu aritu,memang memberi Semangat Baru... insya-Allah pasni boleh psiko sue lagi...), dan salam Takziah dan al-fatihah buat keluarga arwah Firdaus sahabat yang pernah berjuang bersamaku namun telah 'pergi' dahulu pada 24/01/09 yang lalu.... Dengan tarikh yang sama, tapi dua buah keluarga berada dalam situasi yang berbeza...


Namun apa sekalipun... sempena Nafas Baru, ana ingin menjadi insan 'baru' dengan azam baru dan jiwa baru... Sebenarnya, hari2 adalah nafas baru, jadi seharusnya hari2 'jiwa baru' dan 'semangat baru' okay...jangan mengalah!!! http://www.emocutez.com So, let's start a new journey with new spirit....http://www.emocutez.com fighting!!!


Walau macam mana sekalipun, nak minta maaf.. catatan blog ini hanyalah contengan insan yang daif dalam banyak perkara... tapi matlamatnya hanya satu...


p/s:lagu ni mmg kena dgn jiwa saat ini

Kelmarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok

Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan