F F December 2009 ~ ...PenCArI reDhA iLaHi... Sumber : http://sandydoank12.blogspot.com/2011/10/cara-buat-headlines-slide-show-pada.html#ixzz1ciRYCobR
...Tanganku akan hancur di dalam tanah,Yang kekal hanya tulisanku di atas buku, Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, Doakan keselamatan aku dari azab ~Imam Shafie~ ....

NIKMAT UJIAN...TERSENYUM DALAM KEPAYAHAN

Buat adik akak yang sedang diuji.... Saat mendengar luahan adik semalam, hati akak juga tersentuh... Akak juga pernah menghadapi hari2 sukar saat menghadapi peperiksaan SPM lantaran terpaksa mewujudkan "rumah kedua" dalam diary hidup ini...

BUAT HAWA: HARGA SEKUNTUM CINTA

Adalah suatu perkara yang sangat meyedihkan apabila mendapati sahabat dan saudara sejantina serta seagama, mempertaruhkan maruah diri semata2 kerana tidak mahu 'jual mahal'. Malah bagi diriku sendiri hal ini merupakan perlakuan yang sangat kejam buat diri sendiri.

MENCARI CINTA: COGITO ALLAH SUM

Semakin berjibaku wacana-wacana filsafat, aku semakin meragukan Hakikat Keberadaan Allah Hingga sempurnalah aku yang dulunya rajin ibadah kini enggan shalat, puasa, ngaji, suka maksiat, jago dugem, dan sebagainya.

Thursday, December 31, 2009

KENYATAAN HIDUP PADA PERMAINAN INI (2)


...sambungan...


Baik untuk permainan kedua...



" Gurunya meneruskannya. ..... "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.



Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar. "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."



"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwatul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... " "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun". "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."



RENUNGILAH SAHABAT SEMUA.. TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA...MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM! UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM......
AMIIINN. ..






(DARI CIKGU RASMAN BIN SAMSUDIN)
http://sejarahstpm.blogspot.com/

Tuesday, December 22, 2009

KEM KRISTAL 09...


Alhamdulillah dalam KESULITAN serta ketidak kesediaan akhirnya pada 18/12/2009 (jumaat) aku masih dipilih oleh Allah untuk mengikuti Kem Kristal (Remaja Unggul) di Taman Pertanian Kuantan sehingga 20/12/2009.Jadi banyak perkara yang ingin aku ceritakan dan kongsi ni, jadi jalan ceritanya ada dibawah... semoga ianya tidak membuang masa insan2 yang membaca=)...


Dalam jam 9 aisah dan aku telah menunggu di stesen bas bentong. Dalam jam 11 kami menerima SMS yang menyatakan kemungkinan besar kami tidak dapat mengikuti program tersebut kerana beberapa masalah (masalah paling berat ialah pengangkutan)... akhrnya aku mengambil keputusan untuk membatalkan sahaja niat untuk mengikuti program tersebut. Namun Aisah kelihatannya masih bersemangat. Akhirnya dalam jam 12.30 adikku telefon (dia ketawa terbahak2 sebab kami masih tersadai dekat bas stand, kurang asam jawa betul budak ni=)... kata adikku lebih baik kami balik je rumah dan makan nasi, lepas solat jumaat dia sendiri yang akan hantar kami ke kuantan...huhu...

Akhirnya jam 4.45 kot, kami sampai juga selepas tersesat..huhu... sampai je dekat pintu masuk taman tu (sementara menunggu seseorang yang akan menunjukkan jalan ke tempat program sebenar diadakan) aku excited jugalah sebab berdasarkan pengalaman adikku yang pernah menginap disini (time pertandingan marhaban negeri), dia tidur di villa, lagi pun keadaan sekeliling taman tu agak cantik... dalam hati aku berbisik 'wah bestnya, baru selesa..hehe..." bila dah betul2 sampai dekat tempat program tu, "alamak... tido dalam khemah rupanya...kwang kwang kwang...jauh dari pintu masuk, dan paling best sekali terlalu banyak lalat (coz ari hujan)...haha.. tergelak sorang aku memikirkan keadaan ini.."

Selepas menunaikan solat asar, aku melihat insan2 yang berada disekelilingku... terkeluar ayat dari mulutku dan Aisah "aku tersesat ke dekat sini ke atau aku bermimpi yang aku dah sampai????".. arghh... macam2 perasaan yang wujud termasuklah menyesal!! nak tau sebab apa... sebab semua insan2 disini ex-student SMA malah ada yang lepasan STAM, sedangkan aku... SMK, malah pernah pula bersekolah di sekolah Khatolik... terasa terlalu kecil diri ini... rasa nak balik time tu jugak!!! tapi macam kata Aisah buat jelah muka tak malu.. kwang kwang kwang...

Malam tu bermula aktiviti Ta'aruf dalam keadaan hujan dan atap bocor malah kejap2 black-out...pengajaran yang aku dapat dari sesi ta'aruf ni, tak salah kalau nak berurusan dengan kaum lawan (maksudnya antara hawa dengan adam) tapi masih ada batas2nya... Malam ni jgalah aku berkenalan dengan Kak Husna (fasi aku..huhu)... sebelum tidur malam tu kitorang baca Al-Mulk(first time aku join kem macam ni...) lepas tu, aku perasan rasa menyesal tu dah takde (lebih2 lagi bila diingatkan agar perbetulkan niat dan ikhlas)

Pukul 4 lebih aku melangkah ke surau untuk Qiyam (ni saat yang paling aku tunggu) sebab sebelum ni tak berkesempatan untuk buat secara berjamaah... Lepas solat subuh, baca Mathurat... kemudian ada tazkirah 7 min oleh setiap peserta dengan tajuk yang diberikan... "alamak... tazkirah..." hati aku gusar memikirkannya..hehe..aku tak tahu kenapa, sepanjang program ni aku tak dapat menjana minda dengan baik, malah seringkali dalam keadaan 'blur' sehingga menjadikan aku seorang pelupa dan segala ilmu yang sedikit dimiliki, tak tahu lepas kemana malah 'pertuturanku juga tidak selancar biasa' (mungkin kerana perasaan terlalu segan dengan insan2 disekelilingku yang bagiku pasti lebih mantop ilmunya)...tapi dalam kedua2 sesi tazkirah ni aku tidak terpilih untuk memberi tazkirah, mungkin aku boleh memanjatkan syukur kerana aku tidak terpilih...

Masa ceramah pulak dengan tajuk Akidah Penjana Kecemerlangan Insan (ustaz Mahfuzan Ghadafi B. Mahmud) banyak perkara yang aku belajar, malah aku sangat tersentuh dengan cerita tentang Tsunami yang diceritakan kerana cerita tersebut menunjukkan betapa berkuasanya Allah dalam menentukan segalanya... cerita tersebut turut mengingatkan apa yang pernah berlaku dalam hidupku walaupun apa yang aku lalui hanyalah kisah 'biasa2' sahaja namun terlalu bermakna... Sesungguhnya Allah berkuasa dalam tiap2 sesuatu dan tidak pernah menghampakan hamba-Nya...

Ceramah kedua pula dengan tajuk Akhlak Islamiah Remaja Masa Kini (Ustaz Mohd Khairi B. Abd Ghani) juga menarik dan banyak input. Antaranya adalah persoalan mengenai kenapa syahadah itu nombor 1 dalam rukun islam sedangkan syahadah itu kalau dilihat hanyalah mengucapkan satu kesaksian sahaja. Namun tanpa kita (atau mungkin aku sahaja) sedari sebenarnya itulah yang paling berat berbanding solat dan lain2, kerana dari kita mula2 baligh sebagai islam hinggalah meninggal dunia, kita dituntut untuk meyampaikan islam kepada semua... namun aku tersedar berapa ramai yang menyedarinya, malah aku sendiri, sejauhmana aku menyampaikan islam atau dalam erti kata lain berdakwah dengan ilmu yang sedikit ini (atas prinsip sampaikanlah walau satu ayat)....

Namun, berdasarkan kedua2 ceramah ini aku memahami bahawa akidah, ibadah, akhlak dan syariat islam boleh disimbolikkan sebagai pokok. Akidah adalah akar (kuat akar maka pokok akan berdiri teguh), akhlak (adalah buah, baik pokok maka akan menghasilkan buah yang baik), ibadah (baja yang menambah baikkan pokok) dan syariat islam (pagar yang membentengkan pokok agar terhindar dari ancaman tumbesaran yang baik)... jadi manusia itulah pokok=)..


Masa LDK pula, kami banyak berbincang tentang cabaran di universiti. Ahli kumpulanku (4 orang termasuk aku) rata2 menyatakan kegusaran untuk menghadapi cabaran alam kampus dan pengaruhnya. Sebenarnya, time mendengar cerita ahli group aku juga berdoa agar Allah tetapkan hati2 kami dan aku turut bersyukur kerana aku telah terbiasa berhadapan dengan insan2 yang menganggap hak itu sesuatu yang pelik, semoga pengalamanku mampu mentarbiah diriku agar lebih kuat... Pesan Kak Una (fasiku) yang penting kita sendiri kena kuat!. Ibarat akar pokok yang besar.

Dalam banyak2 aktiviti sepanjang program, yang paling aku suka slot resolusi yang ala2 explorace. Ada 5 check point dengan tema yang berbeza2. Pertama tema pengorbanan, yang penting disini ialah MATLAMAT TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA. seterusnya tak ingat temanya apa, tapi pengajarannya HATI PERLU DIISI DENGAN PENIGISIAN YANG BERMANFAAT JIKA TIDAK IA AKAN MUDAH PECAH SEPERTI BELON KOSONG YANG TERKENA FANA'NYA DUNIA... seterunya tema dakwah, yang penting dalam DAKWAH ITU ADA CARANYA TAK BOLEH MAIN TERJAH. Malah aku bertambah sedar bahawa dakwah itu perlu kesabaran yang tinggi (tapi aku ni kurang sabar orgnya..huhu) maklumlah banyak cabarannya... kemudian check point ukhwah (yang ni bagiku tak best, sebab aku jatuh longkang...huhu...time otw nak g check point, maklumlah jadi orang buta). Dan akhir sekali check point Ibadah (yang paling best)... first time aku solat dhuha atas tanah. sedih sangat sampai aku menitikkan air mata time sujud). malah ada juga ahli group aku yang menagis teruk (tapi atas reason yang berbeza dengan aku).

Tapi satu lagi pengalaman baru ialah makan dalam talam. First time aku buat dan terus terang aku cakap makanan dalam talam memang banyak, aku memang tak mampu nak habiskan malah aku fikir lepas ni lebih baik aku makan dalam pinggan je, bukan kerana tak nak amalkan konsep sharing, caring and loving dan merapatkan ukhwah...huhu... tapi untuk mengelakkan pembaziran..

Sepanjang kem ni juga, sebenarnya aku dapat rasakan betapa 'cemburunya' aku insan2 yang menuntut di sekolah agama ni (berdasarkan satu ayat dinyatakan oleh salah seorang peserta "dekat sekolah kita dah biasa dengar ceramah ustaz2)... sedangkan kami pelajar sekolah biasa hanya dapat mendengar ceramah di sekolah pada hari sambutan tertentu sahaja. Malah ukhwah yang terjalin antara mereka juga atas ikatan satu akidah yang mana menunjukkan ukhwah itu adalah ukhwah fillah, sedangkan di bumi SMK adalah sukar untuk mencari sahabat atas dasar ukhwah fillah. Jadi disini aku ingin sekali menyatakan bahawa kalian beruntung dan seharusnya bersyukur kerana dipilih oleh Allah... walau bagaimanapun, aku masih juga bersyukur dengan apa yang aku miliki, kerana apa yang aku lalui juga banyak mentarbiah diri ini. Malah aku sentiasa proud to be myself =)... agar aku tidak berasa rendah diri dalam kalangan manusia...

Akhir kata, sekali lagi dengan tegasnya aku menyatakan kem ni memang best dalam mentarbiah diri (jadi law bersempatan joinlah..huhu..) aku belajar banyak perkara... malah insya-Allah inilah yang aku jadikan sebagai penguat diriku dalam misi pencari redha Ilahi...



SEBAHAGIAN MEMORI KRISTAL 09...




(khemah yang menjadi tempat penginapan kami)



(sebahagian fasilitator dan urusetia yang terlibat)



(peserta muslimin seramai 8 orang) (peserta muslimat seramai 18 orang)



(group LDK ku )




(time riadah) (time resolusi-check point ukhwah)

















Saturday, December 19, 2009

personaliti ENTP


jom tengok personaliti ENTP: Extraverted iNtuitive Thinking Perceiving

(Extraverted Intuition with Introverted Thinking)kreatif dan kaya dengan kebijaksanaan. Pandai dalam banyak perkara.Suka akan perbahasan isu-isu.Termengah-mengah dengan idea dan project baru, sehingga mengabaikan aspek kehidupan harian. Suka bercakap tapi bersikap sombong.Mempunyai kebolehan yang cemerlang dalam memahami konsep dan mengaplikasikannya untuk mencari penyelesaian yang logik.

SEORANG YANG BERAKAL DAN BERIDEA
Sebagai seorang individu yang mempunyai personaliti ENTP, cara hidup utama mereka adalah fokus kepada luaran dimana mereka menilai sesuatu melalui gerak hati mereka.Cara hidup mereka yang kedua pula fokus kepada menilai sesuatu berdasarkan logik dan rational.

Minat utama individu ENTP ialah memahami dunia yang mereka tinggal. Mereka terpikat oleh oleh idea dan imej tentang situasi yang mereka berada sekarang. Menggunakan gerak hati mereka untuk memproses maklumat tersebut. Biasanya, mereka mempunyai kemolehan yang tepat dan cepat dalam menangai situasi yang mereka hadapi. ENTP mempunyai pemahaman yang lebih dalam mengenai kawasan sekeliling mereka berbanding dengan jenis personaliti yang lain.

Kebolehan memahami orang dan situasi merupakan salah satu kebaikan ENTP. ENTP adalah fleksibel dan dapat menyesuaikan diri edngan baik dalam apa jua tugas yang diberikan. Mereka buat dengan baik terhadap perkara yang menarik minat mereka.

ENTP ialah orang yang beridea. Kebolehan merasa dan mengerti membolehkan mereka melihat peluang di mana-mana sahaja. ENTP kurang berminat dalam membuat rancangan untuk tindakan ataupun membuat keputusan. Namum begitu, individu ENTP bersikap logik dan rational dalam membuat keputusan.

ENTP bercakap dengan lancar dalam perbualan dan suka bercakap dengan orang lain.
Kadang-kala, personaliti ENTP dirujuk sebagai jenis "peguam". Hal ini demikian, mereka bertindak dengan cepat dan tepat dalam memahami situasi dan menyelesaikan maalah dengan objektif dan logik. Apabila individu ENTP sedang mempertahankan klien mereka yang telah melakukan jenayah, ENTP akan mencari "lubang" di sisi undang-undang untuk melepaskan klien mereka daripda disabit kesalahan. Jika individu ENTP hendak menang dalam kes tersebut, mereka akan melihat sama ada tindakan mereka adil atau tidak dalam situasi tersebut.
Semasa menghadapi stress, individu ENTP akan kehilangan keupayaan untuk mencari peluang.
Secara umumnya, individu ENTP adalah seorang yang berakal,kreatif,pandai dan berilmu.

Kerjaya Bagi Individu ENTP

Sifat-sifat bagi personaliti ENTP
- berorientasi project
- suka menghasilkan idea dan teori
- kreative- terselah dan berkebolehan
- fleksibel dan pelbagai
- mempunyai kebolehan berkomunikasi yang cemerlang
- suka berbahas dengan orang lain
- mempunyai kebolehan bergaul dengan orang yang cemerlang
- pemimpin semula jadi, tetapi tidak suka mengawal orang
- tidak suka dikawal oleh orang lain
- bertenaga, mempunyai kebolehan untuk memotivasi orang
- mempunyai kebolehan untuk menangani konsep dan teori yang susah
- suka menyelesaikan masalah yang susah
- tidak suka tugas biasa

Pekerjaan yang sesuai bagi ENTP
- peguam
- psikologi
- usahawan
- jurugambar
- penasihat
- jurutera
- ahli sains
- pelakon
- jurujual
- programmer komputer, analisis sistem atau pakar komputer


Hubungan ENTP

Kebaikan ENTP
- antusias dan popular
- sangat menarik dan berbudi bicara
- mempunyai kebolehan berkomunikasi yang cemerlang
- sangat berminat dalam perkembangan kendiri dalam perhubungan mereka
- fleksibel, senang bergaul
- beridea
- pandai dalam mencari wang tapi tidak pandai dalam mengurusnya
- serius dalam sesuatu hubungan
- boleh meneruskan kehidupan selepas sesuatu hubungan tamat

kelemahan ENTP
- termengah-mengah dengan benda baru menyebabkan mereka selalu menukar pasangan
- berkecenderungan tidak mengikut jadual atau rancangan orang lain
- kesukaan perbahasan menyebabkan mereka memarahi hujah
- suka mengambil risiko dan suka menghabiskan wang
- walaupun mereka serius dalam hubungan, namum mereka akan menamatkan hubungan sekiranya mereka fikir tiada peluang untuk hubungan itu berkembang.

ENTP sebagai kekasih

1)Prihatin individu ENTP dalam hubungan dengan kekasih ialah perkembangan dan pembaikan. Mereka akan selalu menanya diri sendiri seperti bagaimana hubungan tesebut dapat diperbaiki? Adakah saya membesar dalam hubungan tersebut? Sikap dan niat individu ENTP membawa kesan yang positif dan sihat kepada sesuatu hubungan.

2)Satu masalah yang mungkin dihadapi oleh individu ENFJ ialah kecenderungan mereka yang tidak suka ikut skema. Hal ini akan menyebabkan kemarahan pasangan mereka. Pasangan mereka tidak akan percaya bahawa individu ENTP akan bertindak mengikut kehendak mereka.

3)Selain itu, kecenderungan individu ENTP untuk mengambil risiko menyebabkan ahli keluarga mereka tidak selesa dengan status kewangan individu ENTP. Hal ini akan memberi tekanan kepada hubungan tersebut.

4)Individu suka perkara yang berlaku secara spontan daripada mengikuti jadual.


Pasangan bagi individu ENTP:
individu INFJ dan individu INTJ


ENTP sebagai ibu bapa

Disebabkan oleh sedikit sifat kebudakan dalam individu ENTP, mereka menunjukkan sikap yang seronok dan penyayang dalam peranan ibu bapa. Akan tetapi, mereka suka membuatkan semua perkara dalam kehidupan sebagai latihan untuk mempelajari di mana ia akan membolehkan anak-anak berdikari dan menjadi seorang yang berfikiran logik.Individu tidak konsisten dalam menghabiskan masa dengan anak-anak. Kadang-kala, mereka menghabiskan masa bersama anak-anak dengan penuh prihatin dan minat, tapi selepas mereka terlibat dalam projek yang besar, mereka akan mengabaikan anak-anak.


ENTP sebagai kawan

ENTP boleh bergaul dengan semua jenis orang. Mereka adalah fleksibel, senang bergaul dan berminat untuk berinteraksi dengan orang lain.Walaupun individu ENTP boleh bergaul dengan semua jenis orang, namum mereka akan memilih orang sekeliling mereka yang bijak, berkeupayaan dan beridea




p/s:diambil dari ( http://tebaloi.blogspot.com/ )

Thursday, December 17, 2009

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN


Untuk renungan bersama sempena tahun baru yang selalunya bermula dengan azam dan semangat baru=)...



KENYATAAN HIDUP DI SEBALIK PERMAINAN INI....

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti...



Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, setelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya...



...bersambung....

Wednesday, December 16, 2009

Mana Silapnya???


Pagi tadi time tengah kemas2 rumah 'tertengok' MHI (malaysia hari ini), tajuk yang menjadi perbualan adalah tajuk utama harian metro hari ini (16/12/2009) mengenai seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di 'kenduri' (bahasa yang digunakan akhbar tersebut) oleh 5 orang lelaki.Perkara ini hanya diketahui oleh bapa remaja tersebut selepas dikatakan handset tersebut 'terlepas' ke tangan seorang ahli keluarga yang kemudiannya membuat pemeriksaan pada fail rakamanannya. Apa yang menyedihkan, remaja tersebut langsung tidak mempunyai apa2 perasaan selepas melakukan MAKSIAT tersebut! (apa agaknya yang remaja ni fikirkan???) Pelbagai respon yang diterima dari pemanggil studio MHI. Kebanyakannya melahirkan perasaan gusar melalui 'intonasi' suara yang dilemparkan.Namun yang paling terkesan adalah panggilan pertama dari seorang guru dalam keadaan sebak. Memang sedih. Ramai juga yang menyatakan soal pemantauan yang harus dilakukan terhadap anak2, namun tak kurang juga yang membangkitkan soal 'dimana tanggungjawab seorang lelaki?' yang sepatutnya melindungi wanita...

Apabila isu ini dibangkitkan, teringat aku pada tajuk debat kelas Pn. Nor Hana (tahun lepas)tajuknya 'Masalah sosial dalam kalangan remaja.Ibubapakah yang harus dipersalahkan'... macam2 hujah yang diutarakan... kesimpulan yang aku dapat hasil debat tu, walau macam mana sekalipun semuanya terletak pada diri kita sendiri... kadangkala ibubapa dah berusaha untuk dapatkan yang terbaik buat kita, tapi kita sendiri sebagai anak2 yang tak pernah nak kenang jasa dan pengorbanan mereka... Kata2 seorang adik padaku 'Saya tahu mak sedih tengok saya macam ni kak, saya tahu diorang tak nak saya jadi macam ni...tapi kak pengaruh rakan terlalu kuat'... sebenarnya bagiku, kalau kita sendiri juga kuat untuk melawan kehendak rakan dan nafsu sendiri, pasti kita takkan terjebak dengan perkara2 yang aku sifatkan sebagai perkara 'kiri' ini (sopan sikit bunyinya)...

Memang benar, ibubapa yang sibuk dengan material dunia (hingga tidak punya waktu untuk anak2) turut menjadi penyumbang kebenjatan sosial ini... oleh kerana itu, akal anugerah Allah ini kunci segalanya. Gunalah akal dalm menimbang baik dan buruk sesuatu perkara itu...Kalau kita boleh sedar bahawa kejayaan itu boleh diraih hasil usaha sendiri dengan bantuan Allah, kenapa kita tidak boleh sedar bahawa masalah sosial ini juga bergantung pada diri sendiri???...hah jawab jangan tak jawab...(membidas kata2 seseorang)..hakikatnya kejayaan atas usaha sendiri dan bantuan Allah..ingat tu!!!

Kesimpulannya, melalui pemerhatian dan pengalaman insan2 yang pernah melalui zaman gelapnya...aku dapati segalanya terletak pada diri sendiri...Persekitaran memang benar mampu mempengaruhi, namun disitulah letaknya sejauhmana kekuatan diri... Justeru dengan kemudahan yang ada hari ini, seharusnya kita manfaatkan dengan sebaiknya... Namun sejauhmana remaja mampu menilai baik dan buruk sesuatau perkara, segalanya bergantung pada diri sendiri. Sudah tiba masanya kita menyedari bahawa hidup ini adalah sejauh mana kebergantungan kita pada keupayaan diri sendiri dan kekuasaan Allah yang mencipta siapa diri kita...Jadi soal menyalahkan ibubapa atau yang lebih tak relevannya menyalahkan pihak sekolah bukanlah isu penting dalam kegawatan akhlak kini, sebaliknya usaha untuk menanganinya yang lebih menjadi pokok dan asas perbincangan...




Namun timbul pula persoalan, sejauhmana remaja sedar akan kegawatan akhlak ini???? hah..itu yang kita kena ambik tahu...apa2 pun HIDUP ADALAH DIATAS KAKI SENDIRI, DAN ALLAH TEMPAT MENYERAH DIRI...




p/s: teringat waktu b'jalan dekat BB buat pertama kalinya(insya-Allah yg t'akhr), mana satu llki n mna satu prmpn, mna satu islam mna satu bukan..xtaulah mcm ne nak cam????...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More