Saturday, November 28, 2009

ketika cinta bertasbih


" Sekalipun cinta telahku uraikan, dan kejelaskan panjang lebar namun, jika cintaku datangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri... meskipun lidahku telah mampu menguraikan namun tanpa lidah cinta ternyata lebih tenang sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya. Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta. Dalam menguraikan cinta akal terbaring tidak berdaya bagaikan keldai berbaring dalam lumpur. Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan pecinta.."


Bertuturlah cintaMengucap satu nama

Seindah goresan sabdamu dalam kitabku

Cinta yang bertasbih

Mengutus Hati ini

Kusandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku

Dalam butiran tasbih

Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta

Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah

Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu

Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang

Sujud sukur padamu atas segala cinta

HATI TIDAK CEKAL


Hati bertanya 'apa maksud ujian?'... akal menjawab 'bukankah ujian itu membuktikan sayang Allah padamu?'... hati masih meronta2. Apa mungkin ianya kecewa? kecewa kerana tidak memiliki apa yang diimpi dan diharapkan?... Hati kembali berkata 'aku hanya ingin dipermudahkan segala urusan, aku hanya ingin segalanya yang terbaik agar aku tidak lagi mengecewakan insan yang aku sayangi'...

akal menjawab 'Kau kecewa hati? kau kecewa dengan siapa? Layakkah dirimu untuk berasa kecewa setelah hanya sedikit sahaja permintaan-Mu tidak dipenuhi seperti mahumu?... sedarlah hati, Allah tidak mungkin menguji andai Dia tahu kemampuan kita tidak mencukupi. Allah hanya akan memberi yang terbaik untuk kita, walaupun adakala ianya menyakitkan dan tidak seperti yang diharapkan. Namun ketahuilah wahai hati, ujian itu bukti Allah masih peduli akan dirimu. Diuji agar dirimu tidak terleka dengan nikmat. Diuji agar kau sedar akan kekurangan. Diuji agar kau insaf segala ketidaksempurnaan...Ketahuilah hati, Allah mengetahui yang terbaik buatmu. Teguhkan keyakinanmu terhadap kekuasaan-Nya, pasti ada hikmah yang tersembunyi.'... Hati termenung.. Cuba meletakkan iman dihadapan pemikiran... Lalu hati berdoa penuh keinsafan dan pengharapan...


"Ya Allah diri ini sering tertewas dengan dugaan dan ujian-Mu. Aku tidak gagah untuk menghadapi apa yang telah Engkau bentangkan buatku saat ini. Justeru aku mohon bantuan-Mu, sesungguhnya segala dugaan dan ujian ini datangnya dari-Mu, Engkau permudahkanlah ia bagiku... Aku teramat mengharapkan bantuan-Mu... kerana hanya dengan kekuasaan-Mu aku mampu mengharungimya. Aku sedih ya Allah... aku kecewa dengan diri ini... aku tidak mampu menyembunyikan air mataku sendiri... aku hanya mampu menadah tangan memohon pertolongan-Mu... maafkan dan ampunkanlah diri ini ya Allah, kerana aku hanya hamba-Mu yang lemah..."


...sesungguhnya kasih sayang Allah sering mendahului kemurkaan-Nya...


p/s:moga ada sinar dihadapan buat hati yang rapuh...................

Wednesday, November 18, 2009

KISAH MALAS


Adakah anda seorang yang pemalas? ada satu kisah yang sangat lucu tentang ‘malas’…begini ceritanya…………

Al-kisah…pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku,

Katanya : “Saya adalah yang paling malas”
Raja pun bertanya : “Apa tahap malas awak?”
Lalu jawab lelaki tersebut :“Kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya”.
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : “Saya lebih malas lagi dari dia tuanku”.
Tuanku pun bertanya kepadanya : “Sampai mana pulak tahap malas awak?”
Maka jawabnya : “Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan”.
Maka raja pun terdiam? Ada juga orang yang macam ni, katanya dalam hati.
Tiba-tiba, tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:
“Saya adalah yang paling malas tuanku”.
Raja pun bertanya, : “Haa bagaimana pula tahap kemalasan awak?”
Budak itu pun menjawab dengan selambanya: “NAK CITER PUN MALAS DAA…”

kwang… kwang… kwang

Selamat berusaha untuk kejayaan STPM 2009 dan Semua A ( Insyaallah )……..Jangan malas-malas yer.

Pengajarannya :
MALAS penghalang kepada kejayaan! Jadi, jangan jadi pemalas kalau nak berjaya.

p/s:pesan untuk diri sendiri=)...