Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Lahir...


Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya, hari ini (22 september) merupakan hari lahir ku yang ke-19...hehe... dah tua rupanya aku... hehe... lawak2... sepanjang hidup aku yang dah 19 tahun menghirup oksigen yang free ni, aku banyak terfikir 'apakah aku telah banyak 'menyumbangkan' diriku kejalan yang diredhai-Nya?' ...

Aku sedar, diri ini terlalu banyak kekurangan dan kelemahan, malah adakala iman yang ku sangka teguh bertapak dihati rupanya rapuh dan goyah untuk bangun dari kekecewaan.

" Ya Allah, bantulah aku agar menggunakan kesempatan yang Engkau berikan untukku dengan sebaiknya... Ya Allah, janganlah Kau cabut hidayah yang telah Kau berikan kepadaku, lindungilah aku dari kemaksiatan dan jalan kemurkaan-Mu... Bantulah aku agar menjadi hamba-Mu yang patuh, anak yang solehah, adik yang baik, kakak yang terbaik, sahabat yang memberi manfaat buat sahabatnya, pelajar yang sentiasa menyenangkan hati gurunya, serta isteri yang yang sentiasa mendamaikan keresahan suaminya, dan ibu yang penyayang kepada mujahid dan mujahidah yang bakal lahir kedunia milik-Mu ya Allah. Bantulah aku agar aku mampu melawan godaan syaitan yang menghasut serta nafsu yang tidak tahu erti 'tidak'...."ameen.


....Semoga pertambahan usiaku, seiring kematangan akal dan fikiran....
Chaiyok!!! insya-Allah misi dan visi ku tahun ini pasti akan mejadi kenyataan!!!
...STPM just wait 4 me(",)...

Friday, September 11, 2009

solat minta petunjuk...


Assalamualaikum...alhamdulillah hari ni (jumaat) merupakan hari terakhir imtihan trial untuk tahun ini (paper sejarah malaysia dan asia)... sehari sebelum paper terakhir ni, class aku takde paper... jadi masa yang terluang mamberi kami peluang untuk study last minute bersama2.

Setelah penat 'menelaah', mulalah keluar cerita2 'merepek' dari teman2 seperjuanganku.Kisah soalan bocor melalui khidmat bomoh!... aku sedar mereka hanya bergurau bagi melepaskan tekanan. Cerita 'merepek' diorang memang lawak, aku yang mendengar memang 'terhibur' lah dengan cerita tersebut. Lebih2 lagi tukang karutnya adalah Syahir (rakan sekelasku). Bagaimana mereka membayangkan betapa susahnya 'bomoh' (yang diupah oleh teman2ku) melakukan amalan2 ritual untuk melihat soalan peperiksaan yang bakal dijawab oleh kami. Bermacam cara dilakukan termasuklah menyediakan 'ayam' hutan, kemenyan, pulut kuning dan seangkatan dengannya. Memang suka mengarut.

Akhirnya, kisah 'karut' yang telah melarut mereka berakhir apabila diingatkan tentang jalan 'short-cut'. Jalan tersebut adalah Solat Istikharah! Mereka terdiam. "Buat apalah bersusah payah cari bomoh dan pengeras. Yang Diatas selalu ada untuk kita, tak perlu susah payah dicaridan mencari"....
Allah telah memudahkan urusan hamba-Nya, namun hamba-Nya sendiri yang memilih untuk sukar. Namun memang itulah hakikat kehidupan manusia.

Saat aku menulis entry ni, teringat pada sabda Nabi s.a.w "Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusan: dan dianatara kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat istikharah daripada Allah dalam segala urusan"

Namun berapa ramai yang menjadikan solat ini sebagai alternatif dalam memilih? kita lebih senang mendengar pandangan orang ramai tentang kehidupan, berbanding meminta pandangan Allah yang mengatur dan merencana kehidupan (termasuklah yang menulis entry ni). Justeru aku mula terfikir, dimana letaknya kepercayaan yang penuh tentang kehidupan kita ditangan Allah?

Apabila ditanya, "sebelum memilih dah solat ke belum?" ramai yang menjawab, "takutlah..." (terutama soal jodoh). Takut? takut apa?, bukankah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Tapi disebabkan khuatir pilihan dan ketentuan Allah tidak sama dengan kehendak hati, maka kita pun meninggalkan solat yang digalakkan oleh Nabi saw. Saat diri dilanda masalah dengan pilihan yang telah dibuat, mulalah terfikir "ruginya aku tak minta petunjuk Allah terlebih dahulu"... Itualah yang dikatakan, dalam keadaan kesenangan kita sering lupa pada-Nya, namun bila kesusahan melanda, hanya Dialah tempat kita bergantung harap. Kejamnya kita... Jadi sebenarnya dimana keyakinan kita terhadap Allah swt?...alhamdulillah andai kalian bukanlah tergolong dalam golongan ini.

Namun selagi kita berkesempatan apa kata kita mengamalkan solat ini. Insya-Allah kebahagiaan akan megiringi langkah. Insya-Allah juga, setelah aku sendiri mengingatkan diriku, maka aku akan cuba mengamalkan solat ini dalam urusan kehidupan...


Cara Solat Istikharah
Lafaz niat solat Istikharah:
"Sahaja aku solat sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala"

Cara Mudah Solat Istikharah:
Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat pertama, baca surah Al-Kafiruun (1 kali)
Selepas itu, pada rakaat ke-2, baca surah Al-Ikhlas (1 kali)
Selepas memberi salam, bacalah doa berikut...

Doa Solat Istikharah:
"Ya Allah sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmuMu, aku minta kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara2 ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku, untuk agamaku, duniaku serta kesudahan urusanku buat masa ini dan masa akan datang, maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku, dan duniaku serta kesudahan urusanku buat masa ini dan masa akan datang, maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada. Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu,"

Thursday, September 3, 2009

PESANAN BUATMU...

Hari ini kau seorang menteri,
Dirimu disanjung dan dihormati,
Namamu gah disana sini,
Hingga kau lupa raut tua yang menunggumu,
Kau lupa pada tangan yang pernah memimpinmu,
Kau lupa pada insan yang membesarkanmu,
Insan yang sentiasa mendoakanmu,
dan insan yang dulu menyambut kelahiranmu.
Tidak pernah kau fikir soal ibu,
Tidak pernah sekali kau menjengahnya,
Jangan kau tunggu haruman kemboja menyambutmu,
Jangan kau nanti nisan itu mengganti ibumu,
Ucaplah salam, 'Buatmu Ibu'....

Nukilanku time bosan2..huhu..(02/05/09)
-Room-

Wednesday, September 2, 2009

CINTA MADINAH



CINTA MADINAH

Kembali kita berjauhan
Salam terpisah
Senyum tertahan
Rindu berbuah
Sayangmu merendang
Jauh begini hati teruji
Cinta Madinah dalam lembayung
Dalam terlarangTersinar yang agung
Bertopang cinta padamu nabi
Di bumi Madinah
Menjadi saksi
Cinta Madinah mekar berseri
Sinaran malar terik mentari
Dijurai dingin malam
Terukir setiamu
Kunjungan rindu
Mengatur alam rindu
Cinta Madinah menyebar harum
Menyebar semarak dalam kasih yang subur
Semarak dalam kasih cinta madinah

Prev: petikan dari novel ayat2 cinta